Pertama kali dapat novel ini, ED fikir ni mesti novel cinta-cintun ni sebab tajuknya macam jiwang. Sekali dah baca, persepsi awal ED silap! Semalam, ED selesai baca novel Setulus Kasih Alif.
Hari ini, ED nak ulas dalam bentuk point2 tentang 10 yg menarik novel ini.
Novel Setulus Kasih Alif karya El Medina. Terima kasih El Medina atas pemberian ini.
10 yang menarik tentang novel Setulus Kasih Alif:
1. Novel ini bukan sekadar novel cinta dua orang manusia tetapi cinta kepada Allah, keluarga, rakan2, masyarakat & orang susah. Besar skop penceritaan yg diketengahkan oleh penulis.
2. Banyak pendidikan agama yg terdapat dalam novel ini. Sambil membaca, sambil dapat ilmu agama. Tak rugi baca novel ni...
3. ED suka watak Daniel Alif dalam novel ni. Bila baca, dalam hati berkata, "baik betullah Alif ni...." . Banyak nilai murni yg boleh dicontohi daripada watak Daniel Alif.
4. Bila baca novel ni juga, kita rasa macam ada dalam keluarga Daniel Alif. Kita dapat rasa gembira & duka keluarga Alif apabila membaca novel ini. ED hafal tau adik beradik Alif, ada Amar, Syahid, Zara & Aisyah.
5. Novel ni keseluruhannya positif tetapi ada juga beberapa orang watak hitam seperti orang yang lukakan tangan Alif & melanggar Alif (tak sengaja). Nak tahu, kena baca sendiri.
6. Safiya Medina, watak ini ada jalan ceritanya tersendiri. ED ingat lagi bahagian Safiya Medina ingin diperkosa & ada lelaki lain mahu melamar Safiya padahal Safiya hanya cintakan Alif. Suspen baca bahagian yg ni..
7. Jalan cerita novel ini bermain dgn emosi pembaca. ED ingat lagi semalam, ED terkesan bila baca bahagian Alif nazak. Sedih wei!
8. Dari awal sampai nak ke penghujung novel, pembaca mesti tertanya2, adakah Alif dapat hidup lama sebab dia sakit yang tak memungkinkan dia hidup lama. Nak tahu, kena baca sendiri.
9. Novel ini bukan novel tangkap muat, banyak ilmu yang dapat kita pelajari seperti ilmu kesihatan & istilah kosa kata Bahasa Melayu.
10. Tahniah penulis kerana penulisan yang matang, ada kajian & bermanfaat untuk pembaca.
ED share sinopsis di belakang kulit novel.
Itu je yg ED boleh kongsi. Selebihnya korang kena beli & baca sendiri. Tak rugi beli sebab novel ni berilmu. Kita boleh sedut ilmu2 tu. Akhir kata, selamat maju jaya utk El Medina & novel ini best! Udada Ubabye!!
ED: ulasan jujur dari hati..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan