Apabila takdir merenggut kebahagiaan dalam sekelip mata,mampukah sebuah janji setia bertahan menempuh badai pengkhianatan dan ketaksuban terlarang? Sepenuh Hati Rindu sebuah drama berat 20 episod yang sarat dengan konflik jiwa, ketabahan wanita dan ujian kasih sayang, bakal menemui penonton bermula 27 Oktober ini, setiap Isnin hingga
Khamis, jam 10.00 malam menerusi slot Samarinda di TV3.
Menampilkan gandingan mantap Farah Nabilah, Shahz Jaszle dan Razzuan Rosli sebagai teraju utama, drama ini turut dibintangi Syafie Naswip, Raja Azmi, Adam Corrie, Lan Siro dan Sayf Mikael. Diterbitkan untuk sajian emosi penonton, Sepenuh Hati Rindu menyelami kisah duka seorang wanita yang bangkit daripada kemurungan selepas kehilangan suami tercinta, hanya untuk terperangkap dalam sangkar ketaksuban insan lain.
Shah Jaszle
Sepenuh Hati Rindu mengisahkan Summayah (Farah Nabilah), seorang wanita berjiwa kental yang mendirikan rumah tangga bersama Imran (Shahz Jaszle), seorang pemuda anak yatim yang gigih membuktikan cintanya. Namun, kebahagiaan yang baru dibina mereka hancur berkecai apabila Imran dilaporkan hilang dan dianggap telah meninggal dunia dalam satu tragedi bot karam ketika menyertai misi dakwah di Batam.
Kehilangan suami ketika sarat mengandung membawa Summayah ke jurang tekanan emosi dan kemurungan teruk selepas melahirkan anaknya, Qhalifah Dhany (Sayf Mikael).
Demi memulihkan semangat dan kestabilan jiwanya, Summayah dihantar ke pusat terapi Baiti Syifa di mana dia bertemu dengan Luth Mikael (Razzuan Rosli), salah seorang pakar terapi di pusat tersebut yang kelihatan berkarisma. Kehadiran Luth secara perlahan-lahan menjadi sandaran emosi buat Summayah sehingga terbit satu ikatan baharu antara meraka. Namun, mampukah hubungan ini
merawat luka lama Summayah, atau ia sekadar permulaan kepada takdir yang lebih mencabar?
Farah Nabilah
Mengulas mengenai penglibatannya dalam drama ini, Farah Nabilah berkongsi bahawa watak Summayah membawa cabaran emosi yang sangat mendalam buat dirinya. "Watak Summayah adalah satu perjalanan jiwa yang sangat berat dan mencabar. Daripada seorang wanita yang ceria dan tegas, dia jatuh ke fasa kemurungan yang teruk akibat kehilangan suami, sebelum terpaksa berdepan dengan
ujian rumahtangga baharu yang toksik. Saya berharap penonton dapat merasai penderitaan,
keberanian, dan perjuangan Summayah dalam mempertahankan anaknya serta mencari keadilan buat cintanya,” katanya.

Razzuan Rosli
Bukan sekadar drama rumahtangga biasa, Sepenuh Hati Rindu membawa mesej mendalam tentang kesihatan mental, realiti keganasan domestik, ketabahan seorang ibu, serta nilai pengorbanan sebuah cinta sejati. Dengan plot yang penuh suspen, emosi air mata dan konflik yang mendebarkan, drama ini
berupaya membuai jiwa penonton sepanjang 20 episod tayangannya. Jangan lepaskan peluang menyaksikan Sepenuh Hati Rindu, bermula 27 Oktober 2026, setiap Isnin
hingga Khamis, jam 10.00 malam di slot Samarinda TV3. Penonton juga boleh menyaksikan episod baharu 24 jam lebih awal melalui striman dalam talian di www.tonton.com.my atau dengan memuat
turun aplikasi Tonton di Google Play dan App Store.
Selamat menonton.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan