Selasa, 10 Oktober 2017

(Sembang) Penulis novel jelaskan persoalan netizen tentang drama Awak Suka Saya Tak?

ED suka dgn penjelasan penulis novel Awak Suka Saya Tak, Melur Jelita. Seperti biasa, jika ada drama, kecaman mesti ada. ED suka point2 yg dijelaskan oleh beliau.


KENYATAAN PENTING TENTANG DRAMA AWAK SUKA SAYA TAK - ASTRO RIA

Assalamualaikum divaz jelitawans yang saya hormati,

( Sila baca dengan tenang dan lemah lembut)

Dah banyak kali saya diminta memberi pandangan tentang drama AWAK SUKA SAYA TAK yang sedang hangat ditayangkan ketika ini di ASTRO RIA setiap Isnin - Khamis pada jam 10 malam.

Saya lebih suka menutup mulut dari mengulas apa-apa sebab saya tidak mahu apa yang saya cakap akan menimbulkan ketidakselesaan kepada mana-mana pihak.

Tetapi bila saya semakin diam, semakin menjadi-jadi pula komen-komen yang pedas terutama dari divaz jelitawans saya sendiri, Maaf cakap, dari entah sesiapa yang saya tidak pernah kenal. Tiba-tiba saja masuk komen dengan komen yang saya kurang berkenan. Sangat ghairah berkomen sehingga berpuluh-puluh kali.

 Boleh dikatakan divaz jelitawans yang rapat dengan saya tahu bagaimana orangnya saya. Apa yang saya tidak suka dan apa yang suka.

Saya cukup benci komen-komen negatif.

Anda boleh komen apa saja di page lain tetapi tidak di page saya. Saya sangat menjaga keharmonian page ini dari kata-kata negatif dan provokasi.

Ini rumah saya. Hak saya. Undang-undang saya. Suka, like page ini. Tak suka, boleh unlike.

Tak ada hal.

Saya sebagai penulis/pembelasah AWAK SUKA SAYA TAK? lebih memahami intipati kisah ini dari orang lain. ASST jiwa saya. Baby sulung saya yang sangat saya sayangi

Sila baca di bawah dengan hati yang tenang:

1. Saya bersetuju  AWAK SUKA SAYA TAK? diadaptasi kerana saya mahu mesej di dalamnya tersebar dengan lebih luas.

2. Drama ASST ditujukan khas kepada rakyat Malaysia yang tiada masa membaca. Khas untuk kaki drama

3. Boleh dilayan bila-bila masa bersama keluarga. Sesuai untuk tontonan seisi keluarga.

4. Sekurang-kurangnya ASST menjadi drama pilihan dari drama-drama lain. Kisahnya lain dari yang lain. Membuka minda dengan sesuatu yang baru. 

5. Kisah tentang bagaimana seorang yang bukan Islam memeluk Islam. Perasaannya. Penerimaan masyarakat Melayu dan salah faham orang Melayu tentang saudara kita ni.

6. Dan nahhh...ternyata pemilihan Alvin Chong sebagai Hilman telah menimbulkan persoalan yang hebat di kalangan para penonton.

7. Ada yang mempertikaikan Alvin sebagai seorang bukan Islam kenapa dia boleh pegang AL Quran, mengaji dan solat?

8. Tidak salah Alvin berbuat yang demikian. Islam ini agama kasih sayang.

9. Islam tidak pernah menghalang orang bukan Islam menyentuh Al Quran, azan dan sebagainya.

10. Tidak salah!

11. Kerana kita terlalu menyempitkan Islam sedemikianlah menyebabkan Islam ni enggan didekati oleh orang lain.

12. Bukan kerana Islam yang sempit tetapi orang Islam yang sempit.

13. Anda telah menjadikan Islam ni begitu ekslusif sehingga masjid pun tidak boleh didekati oleh orang bukan Islam.

14. Alhamdulillah, telah banyak masjid membuka pintu dengan luas membenarkan pengunjung bukan Islam masuk ke dalamnya.

15. Katanya. Alvin pelat dan tidak menjiwai watak Hilman sebagai saudara kita maka lebih sesuai pelakon Melayu mix Chinese yang berlakon.

16. Mungkin anda tidak pernah atau jarang bergaul dengan saudara kita, memang mereka pelat dalam membaca Al Quran atau menyebut kalimah Arab yang bagi saya tiada masalah pun.

17. Allah menerima setiap munajat hambanya dalam bahasa apapun walaupun pelat kerana ALlah yang Maha Memahami.

18. Jangan nak Melayukan watak Hilman kerana dia tetap seorang Cina yang beragama Islam bukan beragama Melayu.

19. Dia masuk Islam bukan masuk Melayu. Dia tak fasih Melayu, tak fasih sebutan Arab bukan bermakna Allah menolaknya.

20. Saya menulis ASST dengan kajian yang bertahun, rujukan kepada guru-guru saya dan pergaulan saya dengan saudara kita ini.

21. Jadi kepada pembaca ASST yang kononnya ( sebilangan kecil saja) memahami ASST dan watak Hilman, anda mempersoalkan sebutan Alvin. Cara solat dan azannya, saya anggap anda tidak memahami intipati sebenar-benar ASST. Sila belajar lagi tentang Islam. Bukakan minda dan hati anda. Insya ALLAH, Allah akan beri pertunjuk.

22. Jika penerangan saya sebagai penulis tetap anda tentang, maka saya berlepas diri dari kejahilan anda semua. Terpulang. Tepuk dada tanya iman.

23. KENAPA ALVIN CHONG? sebagai Hilman? Bukan pelakon Melayu? Bukan pelakon Melayu Mix Chinese? Dan bla bla bla

24. Alvin Chong dipilih kerana pihak produser dan saya telah berbincang ada dailog-dailog ketika Hilman kembali menjadi Damien, dibimbangi jika dilafazkan oleh pelakon yang beragama Islam, boleh jatuh syahadah tanpa disedari. Jatuh murtad. Terkeluar dari Islam.

25. Dibimbangi keadaan yang demikian oleh kami yang jahil agama ni, maka kami memutuskan ALvin Chong sebagai Hilman. Kami tidak mahu menanggung dosa murtad jika seorang pelakon Islam membawa watak Hilman. Nauzubillah

26. Berlakon, berlakon juga. Tapi dari segi hukum, pihak ASTRO, produser dan saya sendiri amat teliti dan berhati-hati.

27. Kenapa Emma gedik? Bagi saya, Emma berlakon mengikut skrip. Saya dah baca skrip tu tapi agak terlewat kerana mereka telah shooting. Saya tak sempat membetulkan dan saya tak salahkan penulis skrip, pelakon atau sesiapa saja sebab itu pemahaman mereka bila membaca novel ASST saya.

28. Itu yang mereka faham dan itu yang mereka tulis. Itu yang mereka lakon.

29. Apapun saya sangat bertuah kerana produser dan pengarah membaca ASST dan sangat menyukainya.

30. Semua pihak telah sedaya upaya memberi yang terbaik berdasarkan apa yang mereka faham.

31. Divaz jelitawans yang bijaksana tentu fahamkan. Pemahaman kita berbeza-beza. Malahan ada divaz yang berulangkali khatam ASST pun masih tak faham-faham intipati ASST. Dan saya tak salahkan divaz jelitawans. Dah itu yang anda faham, kan.

32. Persetujuan saya ASST diadaptasi, di masa yang sama, saya tahu ada pro dan kon.

33. Saya bersedia menerima tohmahan demi niat, saya mahu kasih sayang ASST tersebar luas dalam berbagai bentuk medium.

34. Ada yang suka drama, ada yang suka novel.

35. Saya raikan semua kesukaan anda.

36. Jika anda mahu saya layan kesukaan anda tentang drama, saya layan.

37. Jika anda mahu saya layan kesukaan anda tentang novel, saya layan.

38. Saya ni seorang yang mudah. Tak suka nak bermusuh dengan sesiapa

39. Tetapi sebagai tuan rumah dan penulis, saya sayangkan pembaca-pembaca saya. Jika anda BENAR-BENAR pembaca saya.

40. Saya tidak dapat menahan diri dari menegur jika ada komen yang keterlaluan sebab saya ingin mengelakkan anda dari berbuat dosa dan menjaga hati orang lain.

41. Suka drama, layan. Tak suka, tukar channel.

42. Suka novel ASST, baca. Tak suka, tutup buku.

43. Mudah, kan?

44. Cukup sekali dua, anda komen tak suka, tak minat, boring bla bla bla. Cukup.

45. Satu penghargaan bagi saya bila ramai yang komen novel saya lebih menyengat. ALhamdulillah999x

46. Tapi bila berulangkali, komen yang sama berulang, saya memikirkan perasaan pelakon.

47. Novel-novel saya tidak menjadi kesukaan semua pihak. Biasa la tu. Memang ada yang obses gila-gila dengan novel saya dan ada yang benci gila-gila. Saya terima dan redha. Suka atau benci

48. Tapi saya memikirkan tidak semua orang memiliki perasaan seperti saya. Boleh redha dengan semua keadaan. Boleh buat lek, boleh buat pis.

49. Saya jenis tidak suka curahkan pasir ke dalam periuk nasi orang.

50. Alvin, Emma dan crew mencari rezeki dalam dunia seni.

51. Tidakkah anda terfikir komen-komen negatif anda akan menutup periuk nasi mereka?

52. Bayangkan bagaimana jika anda diperlakukan yang sama? Hari-hari orang mengumpat kata kerja anda sehingga majikan memberhentikan anda?

53. Dunia ini sudah cukup zalim. Jangan anda menjadi salah seorang penzalim!

54. Ini drama je. Bukannya hal negara pun. Dan drama ni penuh dengan nilai-nilai murni. Cuma kerana pelakon-pelakonnya tidak disukai anda, anda hentam mereka siang dan malam.

55. Saya hanya bercakap tentang ini dengan anda. Ya anda! Pembaca saya. Peminat Hilman Intan. Divaz jelitawans saya.

56. Anda yang kononnya sangat meminati penulisan saya maka cubalah menjadi seperti watak Hilman. Sabar. Tenang. Sopan dan sangat berbudi bahasa,.

57. Saya menegur kerana saya sangat menyayangi anda, pembaca-pembaca saya. Kita sama-sama mahu masuk syurga, kan?

58. Memahami perasaan anda yang begitu mendalami watak-watak dalam ASST, menjiwai setiap bab dan menghafal setiap dailog, SAYA TERBITKAN KHAS AWAK SUKA SAYA TAK? EDISI JELITA TERKINI.

59. KHAS. TERISTIMEWA. DARI HATI SAYA. DENGAN PENUH KASIH SAYANG YANG TIDAK BERBELAH BAHAGI. Untuk divas jelitawans.

60. Saya memahami hati seorang pembaca yang sangat mencintai ASST dan jiwa ASST.

61. Saya tulis khas AWAK SUKA SAYA TAK? EDISI JELITA TERKINI untuk memenuhi kehendak anda yang tidak tercapai dengan drama ASST.

62. Saya mahu ubat kelukaan hati anda. Sebab saya tahu anda semua sangat teringin Hilman benar-benar direalisasikan.

63. Saya faham perasaan  anda. Saya sebagai ibu kepada Hilman lebih lagi terasa. Tapi beza saya dan anda, saya jenis redha. Keh3

64. AWAK SUKA SAYA TAK EDISI JELITA TERKINI hadiah untuk peminat tegar ASST.

65. Drama AWAK SUKA SAYA TAK? hadiah untuk penonton drama.

66. Mari kita sama-sama raikan keduanya semoga drama dan versi JEK akan terus menyebarkan kasih sayang dan melebarkan sayapnya seluas yang mungkin di dunia ini.

67. Tidakkah anda mahu hidup aman damai dalam dunia kasih sayang?

68. Dari kita bertelingkah, drama best, novel best? Novel tak best. Drama best?

69. Dengan rendah hati, saya memohon kita menonton drama ASST beramai-ramai dan trendingkannya sehingga menjadi nombor satu yang mana memang telah trending pun. Terima kasih divaz jelitawans. Tengok untuk suka-suka je. Mana tahu watak Hilman dan Intan akan lebih menjadi dalam episod akan datang. Ataupun Firman dan Iris akan lebih memedas? 

70. Dengan rendah hati, saya memohon sokong dan belilah novel saya, AWAK SUKA SAYA TAK? EDISI JELITA TERKINI demi untuk menyaksikan kelahiran novel-novel AWAK SUKA SAYA TAK? seterusnya! Insya ALLAH

Novel ASST JEK boleh didapati di Muda Osman, MPH dan KINOKUNIYA.

RM60 dengan ketebalan 1300 mukasurat.

Sangat berpatutan dengan isinya yang boleh membuat anda tergolek jatuh  dari katil! keh3

Dengan kasih sayang Allah, tiada yang mustahil.

#melurjelita
#awaksukasayatak
#edisijelitaterkini

Sumber: facebook Melur Jelita

Udada Ubabye!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi