Semalam ED menonton filem Bisik Pada Langit di pawagam. Ada orang belanja ED tiket wayang. Disebabkan filem ni best, ED pun tengoklah..
Jom, ED ulas tentang filem Bisik Pada Langit.
Pertama sekali, kekuatan filem ini terletak pada para pelakon yang hebat dan mantap. Kalau jalan cerita menarik, tetapi pelakon biasa, filem itu akan menjadi biasa. Filem ini, dahlah pemandangan cantik, jalan cerita menarik, persembahan para pelakon sangat terbaik!
Jalil Hamid sebagai Rosli (Ayah). Lakonannya real, rasa macam ayah sendiri pulak. Lakonan beliau meresap ke jiwa. Air matanya membuatkan penonton nak mengalirkan air mata juga. Serius, sedih wei tengok lakonan Jalil Hamid semalam.
Ummi Nazeera sebagai Hajar. Part paling sedih ialah part Hajar nazak. Macam betul2 wei.. Part tu paling menyentuh hati.
Beto Kusyairi sebagai Zaidi. Watak baiknya menjadi kesukaan penonton. Lakonan beliau ikhlas dan penonton dapat rasa pengorbanannya. Baik betul la dia ni..
Naim Daniel sebagai Ikram. ED bagi 5 bintang lakonannya. Lakonannya memberikan kesan kepada penonton. Part paling diingati ialah dia ni asyik kena lempang dengan bapaknya. Hehehe.. Bakal pelakon harapan dia ni.
Erwin Dawson sebagai Irwan. Walaupun wataknya tidak sesedih keluarga Hajar, dia mampu buat penonton suka dan mahu kawan baik sepertinya. Lakonan Erwin juga hebat dan memberikan kesan tersendiri.
Lakonan Fadilah Mansor sebagai emak juga mantap! Sedih tengok dia juga semalam.
Keseluruhannya, ED puji filem ni & kalau anda seorang yang mudah menangis, dijamin anda akan menangis. Tak boleh ulas banyak2, korang kena tengok sendiri. Udada Ubabye!!
ED: 9/10 bintang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan