Isnin, 25 Disember 2017

(Ulasan) Episod akhir Dekatkan Jarak Kita

Banyak nasihat Mama Ijah dalam episod akhir drama Dekatkan Jarak Kita. Contohnya, jangan sakitkan hati orang, nanti lagi banyak orang lain sakitkan hati kita.

Suka tengok Catriona Ross sebagai Mama Ijah. Menjadi betul gaya mak2 dia..

Sedikit sinopsis episod akhir tadi, Della meninggal dunia kemalangan. 5 tahun selepas itu, Alysa jadi cikgu tadika & bertemu kembali dgn Tash. Bila dah bertemu, cinta bertaut kembali & happy ending. Tak sangka ada babak sweet, Tash kirim bunga hari2 kat Alysa melalui Dian.

Syafiq Kyle, Ayda Jebat & Wan Sharmila juga memberikan lakonan terbaik dalam drama ini.

Keseluruhannya, drama ini mengajar penonton erti memaafkan & jangan menghukum kesalahan orang. Tengoklah, Ayah Kamil dimaafkan begitu saja.

Akhir kata, dengarlah pesanan Mama Ijah, jaga solat kerana solat itu tiang agama. Di sebalik drama, ada mesejnya. Udada Ubabye!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi