Ada yg minta resipi ayam paprik cara ED masak. Oke, ED kongsi di sini ye..
Ayam paprik.
Resipi:
Ayam - ED guna 3 dada ayam yg besar potong kecil2
Bahan utk dikisar:
1 biji bawang besar merah
2 biji bawang putih
10 biji lada kering
Bahan untuk menumis:
Sedikit minyak
1 batang serai diketuk
1 kiub ayam
1 sudu sos cili
1 sudu sos tiram
Garam secukup rasa
Daun limau purut
Air secukup rasa
7 Kacang panjang
1 biji Lobak
Bunga kobis
2 biji Tomato
#ikut citarasa
2 biji bawang besar kuning dihiris (letak last)
Cara masak:
1. Panaskan minyak & masukkan serai.
2. Tumis bahan kisar & letak daun limau purut.
3. Letak kiub ayam, sos cili & sos tiram.
4. Masukkan ayam. Tutup kuali supaya ayam cepat masak, saya tutup selama 5 minit.
5. Nak berkuah, boleh tambah air. Lepas tu, masukkan sayur tadi kecuali tomato. Biarkan ayam tadi betul2 masak.
6. Akhir sekali masukkan tomato, bawang besar kuning & garam secukup rasa.
7. Ayam paprik siap!
Selamat mencuba! Udada Ubabye!!
ED: sedap...
Nice resepi to share. Nanti la GV try masak. hihi.
BalasPadam