Isnin, 18 Disember 2017

(Zlurpp) Resipi bihun putih

Selamat pagi! ED masak bihun putih untuk sarapan pagi ini. Senang je masaknya...

Bihun putih ala EDtv

Resipi:
1 bungkus bihun 500g (rendam)

Tumbuk:
1 biji bawang merah besar
3 biji bawang putih

Minyak
Garam
Ajinomoto
Lada putih serbuk
1 Kiub pati ayam
3 gelas air

Rencah:
Isi ayam
Sosej digoreng dulu
Lobak
Telur dadar

Cara masak:
1. Panaskan minyak, tumis bawang yg ditumbuk sehingga harum. Masukkan isi ayam.
2. Masukkan air, kiub pati ayam & serbuk lada putih. Lepastu masukkan lobak. Biarkan mendidih.
3. Masukkan garam & ajinomoto. Masukkan bihun.
4. Last, masukkan sosej & kacau sehingga air kering.
5. Tabur telur dadar & siap.

ED guna bihun cap Teratai.

Selamat mencuba!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi