Isnin, 11 Disember 2017

(Zlurpp) Resipi spiral goreng

Ada yg minta resipi spiral goreng yg ED masak pagi tadi. Ini resipinya...

Spiral goreng mudah.

Resipi:
1 bungkus spiral (ED guna jenama Kimball)
1 bungkus sosej
1 biji lada benggala hijau
Garam
Ajinomoto
Sos tiram
Sos cili
Kicap manis
Daun oregano kering
Minyak

Bahan kisar:
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
15 lada kering

Cara masak:
1. Rebus spiral sehingga lembut. Toskan.
2. Panaskan minyak, goreng sosej separuh masak, lepas tu letak bahan kisar & secubit daun oregano.
3. Letak sos tiram, sos cili, kicap, garam & ajinomoto secukup rasa.
4. Masukkan spiral yg dah direbus tadi & lada benggala.
5. Kacau sebati sehingga masak sempurna. Rasa, kalau tak masin, tambah garam lagi.
6. Boleh dihidangkan.

Selamat mencuba. Udada Ubabye!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi