Ahad, 26 Ogos 2018

(Sembang) Selesai tengok 74 episod drama Kara Sevda

Akhirnya.... Hari ini ED habis jugak tengok semua 74 episod drama Turki, Kara Sevda. Drama ni antara drama fenomena di Turki & banyak lagi negara. ED rasa stesen TV Malaysia tak akan tayang drama ni sebab tak sesuai dgn budaya di negara kita. Kalau tayang, mesti kena kecam drama ni.

Para pelakon drama Kara Sevda.

Apa yg best sangat drama Turki ni? ED ulas sikit drama ni ye secara point2..

1. ED suka semua lagu latar dalam drama ni. Menghidupkan lagi drama ni.

2. Banyak babak sedih. ED suka drama sedih2 ni. Memang sedih wei...

3. Lakonan para pelakonnya buat kita rasa macam drama ni betul2 berlaku. Bila ada babak kematian, ED siap cakap dlm hati, janganlah watak ni mati. Nampak tak debaran tengok drama ni?

4. Banyak plot twist yg kita tak jangka jalan ceritanya macam tu.

5. Episod akhir tadi sedih giler... Sangat sedih! 

Best drama ni. Feeling habis tengok. Okelah, tak nak ulas lebih2 sebab nanti korang yg belum tengok, kalau tengok tak best pulak. ED tengok drama ni di youtube yg ada English subtitles. Udada Ubabye!!

1 ulasan:

  1. sakit hati tengok ending dia sebab setelah mcm2 dugaan yang diorang lalui, akhirnya laki tu mati. xpatut...huhuuhu

    BalasPadam

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi