Sabtu, 19 Januari 2019

(Jom Kenal) Naim Shamshol rela DIPERKOSA demi lakonan

Dalam segmen Jom Kenal hari ini, jom kita kenali dengan seorang pelakon dari Langkawi yang banyak melakonkan watak pelakon pembantu dalam drama & filem. Dia ialah Naim Shamsol. Banyak cerita & pengalaman Naim yg dikongsikan utk blog EDtv.

Nama penuh Mohammad Naim bin Shamshol Nahar, berumur 27 tahun, & berasal dari Langkawi Kedah. Dia datang ke KL semata-mata ingin mencuba nasib untuk menjadi seorang pelakon.


Jom ikuti cerita & kegigihan Naim Shamsol untuk menjadi seorang pelakon..

Saya bermula dari menjadi krew produksi freelancer, dan secara tak sengaja saya diberi peluang untuk berlakon sebagai stay in watak Hantu dalam filem JWANITA. Bermula dari situ, saya cuba untuk mengorak langkah mencari peluang dalam bidang lakonan ini.

 "Diperkosa" maksud saya adalah saya rela buat apa sahaja demi mendapatkan peluang berlakon, tetapi jangan salah faham ya, maksudnya saya sering dipanggil berlakon tetapi syaratnya saya mesti menjadi krew produksi pada masa yang sama. Beberapa telemovie saya lakukan sebegitu demi mendapatkan peluang berlakon.

Bermula daripada stay in, saya melangkah ke watak extra berdialog, dari situ saya cuba mencari peluang untuk menjadi pelakon pembantu. Saya pernah DIPERKOSA dalam sebuah telemovie apabila saya diberikan watak pembantu sebagai seorang budak CACAT dengan hanya menerima bayaran RM300 untuk 14 hari pengambaran. Walaupun ramai yang rasa harga itu sangat tak masuk akal, tapi bagi saya, saya tak peduli kerana peluang itu lebih berharga daripada bayaran yang saya dapat. 

Hidup penuh cabaran di KL ini dengan kos sara hidup yang tinggi, saya perlu lebih bekerja keras untuk mencapai cita-cita saya. Daripada telemovie Alien Planet Cinta itu, saya mula diberi peluang untuk memegang watak pembantu dalam beberapa telemovie dan drama bersiri lain seperti Jula Juli Bintang Cinta, Kuntom, Budak Boy, Hilang Akal, Kerna Syurga Bukan Percuma, Teksi Love dan Syaitan. Antara watak yang saya pernah bawa ,watak lelaki LEMBUT, CACAT, LURUS BENDUL, BUDAK NAKAL SEKOLAH, dan PHYSCHO. 

Tipu lah kalau saya tak ada watak idaman saya, saya sebenarnya dah lama mengidamkan sebuah watak yang bermain dengan emosi, yang memaksa saya mengeluarkan air mata, kerana dari kecik saya dibesarkan dengan drama dan telemovie air mata di televisyen. Antara drama dan telemovie yang saya selalu tonton dan masih ingat ialah ketika era kegemilangan karya Rashid Sibir. Dengan berbekalkan pengalaman yang baru setahun jagung ini , saya bersemangat untuk lebih mencari peluang bagi menaikkan lagi karier saya untuk bersinar dalam industri seni tanah air ini.

Good luck untuk Naim Shamsol.

ED rasa, penerbit2 perlu mencari pelakon2 seperti Naim Shamsol yg mempunyai minat yg tinggi dalam bidang lakonan. Semoga pelakon ini dapat memegang watak utama satu hari nanti. InsyaAllah.

2 ulasan:

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi