Jumaat, 31 Mei 2019

(Jom Kenal) Ghazi Mat Lawi, lelaki berbaju Melayu kelabu dalam video klip Jom Raya

Dalam video klip Jom Raya nyanyian Datuk Alif Syukri, lelaki berbaju Melayu kelabu ini paling banyak mencuri perhatian. ED pun tengok dia je waktu part tarian tu. Maaf, bagi ED, dia jujur apa adanya. Kelainan itu yg menjadikan video klip Jom Raya bertambah menarik.

Siapakah dia? Mengapakah dia menari sebegitu rupa? Ikuti penjelasannya.

Ghazi Mat Lawi, lelaki berbaju Melayu kelabu dalam video klip Jom Raya.

Nah, baca ni... Tak baik komen yg bukan2.
Sumber: instagram ghazi_ml

Video klip Jom Raya


Tak silap, dia ni setiausaha Datuk Alif Syukri. Apa2 pun, ED terhibur tengok video klip Jom Raya. Perbezaan itu indah. Udada Ubabye!!


(Ulasan) Episod 26 drama Aku Yang Kau Tinggalkan di TV1

Berikut ulasan Episod 26 drama Aku Yang Kau Tinggalkan di TV1 hari ini...

Nia & Zaril dah balik ke rumah ibu bapa Zaril.

Zainal ada niat tak baik untuk pisahkan abangnya dgn Nia...


Tinggal masalah Zainal & ibunya dengan Nia je lagi... Lain2 dah settled.

Nia diuji dengan ibu mertua yg masih belum boleh terima dia...

Pn. Nida yg keras kepala.

Setiap hari, ada je konflik dalam drama ini. Hari ini banyak cerita tentang Zainal. Dia macam suka Nia juga.

Setakat ini dahulu. Udada Ubabye!!

(Akasia TV3) Tarikh siaran drama Bukan Cinta Aku

Drama Bukan Cinta Aku akan menggantikan drama 30 Pesanan Suara di slot Akasia TV3.

Lakonan Syafiq Kyle, Janna Nick, Baim Wong & ramai lagi..

Kita tengok pula gandingan Syafiq Janna pula lepas ni...

Untung Janna Nick & Syafiq Kyle, sentiasa ada drama mereka di TV3. Selamat menonton. Udada Ubabye!!

Khamis, 30 Mei 2019

(Ulasan) Episod 25 drama Aku Yang Kau Tinggalkan di TV1

Berikut ulasan Episod 25 drama Aku Yang Kau Tinggalkan di TV1 hari ini...

Kantoi! Puan Nida nak kantoikan Zaril dgn Nia, sekali suami dia kantoikan dia tipu surat Farid sebelum ini. Puan Nida punca Zaril benci Nia sebelum ini. Padan muka.

Zaril dah tak berahsia lagi tentang dia dgn Nia.

Nia balik ke kampung. Zaril suruh Nia nasihatkan adik beradiknya supaya layan ayah Nia baik2. Zaril nampak Ani layan ayahnya dgn teruk.

Nia paling baik dgn ayahnya. Nia minta maaf & beri ayahnya duit. Ayahnya menangis terharu.

Terasa dah drama ni dah di hujung2 episod. Setakat ini dahulu. Udada Ubabye!!

(Ulasan) Episod 19 drama Destiny Ties, Hiyanet Sarmali di TV3

Berikut ulasan Episod 19 drama Destiny Ties, Hiyanet Sarmali di TV3 hari ini...

Mereka dah besar...

Ferhat

Ayaz

Canan

Episod hari ini banyak kisah tentang Canan & Ayaz. Canan ajak Ayaz kawen. Tetapi Kilic mahu jodohkan anak dia Savas dgn Canan.

Menarik. Setakat ini dahulu. Udada Ubabye!!

(Astro Ria) Tarikh siaran Senafas Rindu Raya

Syawal keenam ada telemovie Senafas Rindu Raya ini di Astro Ria.

Lakonan Elizabeth Tan & Syafiq Kyle serta ramai lagi.

Selamat menonton. Udada Ubabye!!

(Sembang) Ramai yang suka tengok Abang Is lakonan Talha Harith dalam Curi-Curi Cinta

Semua pelakon memberikan impak dalam drama Curi-Curi Cinta. Termasuk juga watak Abang Is lakonan Talha Harith. Sejuk mata memandang tengok lakonannya sebagai Abang Is. Baik sangat. Kena dengan air muka Talha Harith.

Talha Harith.

Nama Talha Harith melonjak kembali dengan lakonannya dalam drama ini. ED tengok lakonan Talha sejak drama Juvana lagi. Semoga terus sukses dalam bidang ini.

Udada Ubabye!!

Rabu, 29 Mei 2019

(Ulasan) Episod 24 drama Aku Yang Kau Tinggalkan di TV1

Berikut ulasan Episod 24 drama Aku Yang Kau Tinggalkan di TV1 hari ini...

Zainal ni sibuk nak siasat tentang Nia & anaknya.

Zainal pergi ke rumah Zaril sebab nak cari Nia, selamat Nia takde. Nia nak balik kampung. Pn. Nida pulak diajak oleh kawan dia untuk melancong ke luar negara sebab ada pemandu pelancong, Nia Athirah. Kantoi, Pn. Nida dah tahu tentang Nia ada anak.

Best episod hari ini. Setakat ini dahulu. Udada Ubabye!!

(Ulasan) Episod 18 drama Destiny Ties, Hiyanet Sarmali di TV3

Berikut ulasan Episod 18 drama Destiny Ties, Hiyanet Sarmali di TV3 hari ini...

Tak satu2 masalah yg menimpa adik beradik Ferhat termasuk Ferhat.

Ferhat diuji dengan mesin pengesan tipu atau tidak oleh Kilic. Ferhat dah beritahu kpd Kilic yg dia sebenarnya ingin membunuh seseorang tetapi dia tidak sebut nama orang itu. Dia dah janji pd diri sendiri. Maka, Ferhat terselamat drpd Kilic.

Ayaz pula dimasukkan ke dalam lokap. Sato telah membuat saksi palsu bahawa dia nampak Ayaz bunuh Ahmet. Sato telah diupah oleh Savas (anak Kilic).

Akhirnya Ayaz dibebaskan dgn bantuan Haldun. Haldun minta bantuan Kilic. Kilic suruh Ferhat selesaikan di balai polis.

Huhuhu... Setakat ini dahulu. Udada Ubabye!!

(Sembang) Lakonan terbaik Aiman Hakim Ridza dalam Curi-Curi Cinta

Episod 18 drama Curi-Curi Cinta semalam, ramai yg menyumpah2 dengan watak Daniel lakonan Aiman Hakim Ridza di media sosial. Apakah maknanya itu? Maknanya, lakonan Aiman Hakim Ridza juga cemerlang dalam drama ini.

Aiman Hakim Ridza sebagai Daniel.

Wataknya berat juga dalam drama ini kerana daripada awal disukai penonton berubah kepada dibenci penonton. Good job!

Sepanjang dia berlakon, ED rasa drama ini paling menyerlahkan lagi kepelbagaian watak lakonan Aiman Hakim Ridza.

Selalunya, kita tengok dia bawa watak jiwang2. Dalam drama ni, fuhh.... lain drpd yg lain watak yg dibawanya. ED pun geram juga tengok episod semalam. 

Setakat ini dahulu. Udada Ubabye!!

Selasa, 28 Mei 2019

(Sembang) Liza Zain ibu kepada Aedy Ashraf

ED pernah post di instagram tentang pelakon yg memegang watak Pn. Hanida dalam drama Aku Yang Kau Tinggalkan ialah ibu kepada Aedy Ashraf. Ada yg tanya lagi tak percaya.

Ya, Liza Zain yg memegang watak Pn. Hanida ialah ibu kpd Aedy Ashraf. Ibu & anak berlakon dlm drama yg sama. Pegang watak pun sebagai ibu & anak.

First time ED tengok lakonan antagonis mak Aedy Ashraf ni. Menjadi sangat dgn ekspresi mukanya. Next time, harap2 boleh tengok lagi lakonan mak Aedy Ashraf dlm drama lain pulak.

Udada Ubabye!!

(Ulasan) Episod 23 drama Aku Yang Kau Tinggalkan di TV1

Berikut ulasan Episod 23 drama Aku Yang Kau Tinggalkan di TV1 hari ini...

Mak Zaril datang ke rumah Zaril, selamat Nia keluar dgn adik & anaknya.

Mak Zaril jumpa anak patung di rumah Zaril. ED suka tengok babak ni. Kelakar!

Selamat Zaril pandai cover. Dia cakap tu anak patung kawan anak dia.

Episod sekarang lebih kpd Mak Zaril nak tahu tentang Zaril & Nia. Kita tengok kesudahan cerita mereka nanti.

Setakat ini dahulu. Udada Ubabye!!

(Ulasan) Episod 17 drama Destiny Ties, Hiyanet Sarmali di TV3

Berikut ulasan Episod 17 drama Destiny Ties, Hiyanet Sarmali di TV3 hari ini.

Ahmet kawan Ayaz telah teruk dipukul oleh gang Savas (anak Kilic). 

Ahmet tenat & dimasukkan ke dalam hospital. Sebelah katil Ahmet, katil Beyaz. Dua2 tengah tenat. Ayaz datang melawat tetapi dia tak nampak Beyaz di sebelah. Bikin suspens je drama ni...

Ahmet. ED suka tengok dia. Comel, unik & suaranya lain daripada yg lain. Sayangnya watak dia dah takde. Ahmet mati.

Savas buat laporan palsu, dia cakap Ayaz bunuh Ahmet. Ayaz ditahan polis. Memang emosi tengok drama ni.

Setakat ini dahulu. Udada Ubabye!!

(Astro Ria) Tarikh siaran Cik Reen Encik Ngok Ngek Raya

Mereka kembali lagi versi Raya.

Berikut tarikh siaran telefilem Cik Reen Encik Ngok Ngek Raya di Astro Ria.

Lakonan Fikry Ibrahim & Farah Nabilah serta ramai lagi.

Selamat menonton. Udada Ubabye!!

(Sembang) Lakonan terbaik Zahirah Macwilson dalam drama Curi-Curi Cinta

Dah 17 episod drama Curi-Curi Cinta bersiaran di Astro Ria. Sedihkan kan episod 17? ED nak sembang tentang lakonan Zahirah Macwilson sebagai Intan Raihana dalam drama ni...

Zahirah Macwilson

Lakonan Zahirah Macwilson dalam drama ini sangat cemerlang. Dia mampu buat penonton geram di awal episod, selepas itu buat penonton suka bila dia berubah & kemudian buat penonton kesian. Lakonannya menjadi sangat.

ED bagi gred A untuk lakonan Zahirah dalam drama Curi-Curi Cinta. Udada Ubabye!!

Isnin, 27 Mei 2019

(Ulasan) Episod 22 drama Aku Yang Kau Tinggalkan di TV1

Berikut ulasan Episod 22 drama Aku Yang Kau Tinggalkan di TV1 hari ini...

Mereka dah berbaik. Yeayyy!

Nia dah duduk di rumah Zaril.

Seronok tengok episod arini...

Zaril dah berterus-terang dgn Nia yg dia sayangkan Nia.

Nia & Zaril dah berbaik semula. Semua persoalan antara Nia & Zaril dah terjawab. Nia hamil lagi. Seronok tengok episod hari ini.

Setakat ini dahulu. Udada Ubabye!!

(Ulasan) Episod 16 drama Destiny Ties, Hiyanet Sarmali di TV3

Berikut ulasan Episod 16 drama Destiny Ties, Hiyanet Sarmali di TV3 hari ini...

Kesian Beyaz, rupanya kena juga paksa buat pembedahan untuk bagi buah pinggangnya kpd anak perempuan itu. Kejam la part ni... Mentang2 anak yatim piatu, sesuka hati je nurse tu buat macam tu...

Ayaz pula selamat daripada kebakaran itu.

Setiap episod drama ini sedih. Huhuhu... Setakat ini dahulu. Udada Ubabye!!

(TV3) Tarikh siaran Pujaan Hati Kanda Raya

Seperti yg diketahui ramai, berikut tarikh siaran telefilem Pujaan Hati Kanda Raya di TV3.

Lakonan Mira Filzah, Remy Ishak & ramai lagi...

Ramai yg tunggu cerita ni kan? Selamat menonton. Udada Ubabye!!

Ahad, 26 Mei 2019

(Ulasan) Episod 21 drama Aku Yang Kau Tinggalkan di TV1

Berikut ulasan Episod 21 drama Aku Yang Kau Tinggalkan di TV1 hari ini...

Nia pengsan & dimasukkan ke hospital. Zaril nekad untuk ambil Zara.

Zaril mahu Nia kembali kepadanya supaya Zara ada keluarga yg sempurna, ada ibu & bapa. Nia suruh Zaril ingat balik kata2nya iaitu Nia bukan ibu yg baik.

Yeayyy... Sahid dah jumpa Zaril & jelaskan semua yg berlaku pada Zaril.

Baik pulak Zaril hari ini sebab bagi Nia jaga Zara. Setakat ini dahulu. Udada Ubabye!!

Sabtu, 25 Mei 2019

(Ulasan) Episod 20 drama Aku Yang Kau Tinggalkan di TV1

Berikut ulasan Episod 20 drama Aku Yang Kau Tinggalkan di TV1 hari ini. Episod hari ini sangat best.

Nia & Zara dah balik ke Malaysia. Zaril pulak semakin yakin, Zara itu anaknya. Zaril mahu mengambil anaknya daripada Nia.

Akhirnya, Zaril berpeluang untuk dapatkan Zara. Nia merayu supaya Zaril tidak mengambil Zara. Kalau ikut perjanjian, kalau Nia & Zaril bercerai, anak akan dapat kpd Zaril. Huhuhu...

Sedihnya episod arini. Setakat ini dahulu. Udada Ubabye!!

Jumaat, 24 Mei 2019

(Jom Kenal) Izzat Mushtaq semakin dikenali

Bulan puasa ni, wajah pelakon ini ada dalam 2 drama popular iaitu Pia & Aku Yang Kau Tinggalkan. Dia ialah Izzat Mushtaq.

Izzat Mushtaq. Nama yg semakin dikenali ramai. Dia memegang watak Dr. Karl dalam drama Pia & Maximo dalam drama Aku Yang Kau Tinggalkan.

Berasal dari Klang & menetap di Kuala Lumpur.

Berumur 27 tahun & tarikh lahirnya 28 April. Sebelum menjadi pelakon, Izzat pernah bekerja sebagai juruaudit.

Merupakan graduan di universiti luar negara, University of Exeter.

Lakonan Izzat Mushtaq boleh tahan. Dengan pakej yg ada, boleh jadi next hero drama Melayu. ED doakan dia sentiasa sukses dalam bidang lakonan. Udada Ubabye!!

Kredit:
Facebook Izzat Mushtaq
Harian Metro

(Ulasan) Episod 19 drama Aku Yang Kau Tinggalkan di TV1

Berikut ulasan Episod 19 drama Aku Yang Kau Tinggalkan di TV1 hari ini...

Nia ternampak kad undangan Zaril & Suzana di internet. Nia kecewa. Walau bagaimanapun, Nia masih enggan memberitahu Zaril tentang Zara.

Gambar ni part Nia Atirah gembira, kawan dia Erika nak kawen.

Nia juga gembira dapat mengajar orang2 istimewa.

Zaril sebenarnya sudah mula terfikir tentang sayang yg selalu disebut oleh Nia & budak perempuan yg dengan Hajar di kawasan rumah Nia tersebut. Lebih2 lagi bila Nizam cakap, budak yg panggil Nia mama tu ada iras sikit macam Zaril.

Setakat ini dahulu. Udada Ubabye!!

Khamis, 23 Mei 2019

(Ulasan) Episod 18 drama Aku Yang Kau Tinggalkan di TV1

Berikut ulasan Episod 18 drama Aku Yang Kau Tinggalkan di TV1 hari ini..

Nia dah sign dokumen penceraian dgn Zaril.

Zaril bagi dokumen tu supaya Nia merayu jangan ceraikan dia. Tetapi lain jadinya..

2 hari lagi Nia akan diceraikan.

Nia suruh Maximo berlakon jadi pasangan kekasih supaya Zaril tak ganggu dirinya & Zara.

Semakin menarik. Setakat ini dahulu. Udada Ubabye!!

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi