Khamis, 26 Mac 2020

(Tahniah) Pencapaian Wany Hasrita selama empat tahun dalam industri seni

Diam tak diam, sudah empat tahun Wany Hasrita dalam industri seni ini. Jom kita imbas balik pencapaian Wany Hasrita selama 4 tahun dalam bidang ini.

Hajah Wany Hasrita.

Walaupun Baru 4 tahun perjalanan seni Wany Hasrita (28 tahun), namun beliau telah berjaya menempatkan nama beliau hingga melekat di hati peminat serta memenangi Anugerah Bintang Paling Popular 2018. Mula dikenali menerusi single meletop Menahan Rindu dan semakin melonjak dengan single duet Di Sana Cinta Di Sini Rindu (duet bersama Tajul). 

Selama 4 tahun dalam industri, 8 single beliau telah mendapat perhatian penggemar lagu-lagu  Melayu tempatan. Rintihan Rindu, Rindu Dalam Benci (duet Tajul), Aku Serius (duet Tajul), Semarak Syawal dan Semaikan Cinta. Selain lagu berentak balada,  Wany turut menyerlahkan bakat nyanyian beliau dalam mempertaruhkan lagu irama tradisional. Ewah Ewah lagu ciptaan Allahyarham Pak Ngah kini mencecah hampir 4 juta penonton di YouTube.

Turut membanggakan apabila tertunai hasrat beliau untuk berduet dan merakamkan lagu bersama idola Datuk Jamal Abdillah. Lagu BELENGGU RINDU telah mencatatkan 11 juta penonton di YouTube walaupun baru 6 bulan muzik video ini dimuatnaik.

Sukses terus untuk Wany Hasrita.

EDtv ucapkan tahniah kepada Wany Hasrita! Lagu beliau yang paling ED suka semestinya lagu Terlalu Memuja, ost drama Curi-Curi Cinta.

Udada Ubabye!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi