Sabtu, 7 Mac 2020

(Widuri TV1) Drama Isteriku 120kg ganti Rahsia Hati

Drama adaptasi novel Isteriku 120kg akan menggantikan drama Rahsia Hati di slot Widuri TV1.

Lakonan utama Jaja Iliyes & Amar Asyraf.

Sinopsis
Ini wasiat yang paling gila dan tidak masuk akal! Itulah yang bermain dalam fikiran Aiman Zafril apabila Nenek Masyitah mahu dia berkahwin dengan Nelydia yang gemuk dan tiada apa-apa keistimewaan. Dia tiada pilihan. Perlu berkahwin jika mahu harta menjadi miliknya. Setelah bergelar suami kepada Nelydia seberat 120 kg itu, Nenek Masyitah membuat onar lagi. Mahukan cicit! Jika tidak, jangan harap Nenek Masyitah akan memberikan harta. Gelap hitam dunia Aiman Zafril. Bagaimana dia mahu menyentuh Nelydia sedangkan melihat wanita itu sahaja tekaknya sudah loya? Nenek Masyitah pula makin hari makin mendesak mahukan cicit. Ah, bingung jadinya! Tetapi, lain pula bagi pihak Nelydia yang berasa cukup bertuah kerana dapat menjadi isteri kepada lelaki kacak dan kaya seperti Aiman Zafril. Namun, sukar sekali untuk membuatkan Aiman Zafril jatuh hati kepadanya. Untuk terus menjadi isteri Aiman Zafril demi mengecap kemewahan, Nelydia perlu memberikan zuriat buat lelaki itu. Nelydia buntu dan keliru. Perlukah Nelydia berkorban sejauh itu?

Drama ini dijadualkan tayang pada 12 Mac ini. Nantikan. Udada Ubabye!!

1 ulasan:

  1. If you're looking to lose weight then you certainly have to start following this totally brand new custom keto meal plan diet.

    To create this keto diet, certified nutritionists, personal trainers, and chefs have joined together to develop keto meal plans that are useful, decent, price-efficient, and delicious.

    Since their first launch in early 2019, hundreds of people have already remodeled their body and well-being with the benefits a great keto meal plan diet can provide.

    Speaking of benefits: clicking this link, you'll discover 8 scientifically-certified ones offered by the keto meal plan diet.

    BalasPadam

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi