Khamis, 9 April 2020

(Jom Kenal) Fariz Isqandar watak Yoyol drama Budak Tebing

Antara watak dalam drama Budak Tebing yang mencuri perhatian ramai ialah Yoyol. Kenakalan dia dalam drama tersebut membuatkan penonton geram. Kira lakonannya menjadi la kan? ED sempat menemubual dengan pelakon yang memegang watak Yoyol di instagram petang tadi. Jom kenali Fariz Isqandar, dialah yang memegang sebagai watak Yoyol.

Nama penuhnya Muhamad Fariz Isqandar bin Zulkifli. Dia baru berumur 15 tahun dan berasal dari Selangor. Dia akan menduduki PT3 pada tahun ini.

Bagaimana dia boleh menceburi bidang lakonan? Pada mulanya, dia hanya masuk gameshow dengan kawan emaknya secara suka-suka, selepas itu ada seseorang ni ajak dia untuk cuba casting. Selepas itu, emaknya membawa dia untuk cuba casting. Alhamdullilah, dia berjaya dalam casting tersebut. Dari situlah bermula ceritanya dia menjadi pelakon.

Pelakon kesukaannya, Datuk Rosyam Nor, Sabri Yunus, Shaheizy Sam dan Johnny Depp.

Selepas drama Budak Tebing, Faris masih lagi akan aktif dalam bidang lakonan cuma untuk tahun ini dia kena kurangkan untuk fokus pada PT3.
Kredit gambar: ig countryuniversalsdnbhd

Harapan dia dalam bidang lakonan ini, dia nak kembangkan lagi bakatnya dan dia berharap dapat terus berkarya dalam industri perfileman Malaysia.

Akhir sekali, ED tampal balik ucapannya untuk peminatnya dan drama Budak Tebing di bawah ini...

Ucapan saya untuk peminat saya terima kasih sebab sudi menonton Budak Tebing sampai habis, terima kasih sebab support saya dan pelakon-pelakon yang lain dalam drama Budak Tebing dan kepada semua peminat saya jangan pernah berhenti untuk menyokong drama dan filem-filem Melayu.
-Fariz Isqandar-

Selamat maju jaya kepada Fariz Isqandar! Antara pelapis pelakon berbakat besar di Malaysia. Udada Ubabye!!

16 ulasan:

  1. Balasan
    1. Ada nama ig dia @farizisqandar

      Padam
    2. Ada nama ig dia @farizisqandar

      Padam
    3. Semooga rariz berjaya didunia dan berjaya diakhirat, tahniah fariz memberi lakonan yg terbaik
      Salam.sayang utk fariz dari Ckamin

      Padam
  2. Semoga berjaya fariz isqandar.
    All the best fariz isqandar..
    Good luck for exam

    BalasPadam
  3. selamat maju jaya .fariz iskandar.mudah mudahan dapat membanggakan orang tua..semoga kita dapat bertemu

    BalasPadam
  4. selamat maju jaya buat Fariz Iskandar.semoga kita dapat bertemu

    BalasPadam
  5. Goodluck Fariz...๐Ÿ˜Ž๐Ÿ˜

    BalasPadam
  6. GOOD LUCK FARIZ ISKANDAR SEMOGA MEMPEROLEHI RESULT YANG CEMERLANG DAN BERJAYA DUNIA AKHIRAT...

    BalasPadam
  7. Semoga berjaya pt3 Fariz.Moga sukses selalu @farizisqandar

    BalasPadam
  8. Gdluck FARIZ ISQANDAR.Mga pt3 dpt great result yee... @farizisqandar

    BalasPadam
  9. Goodluck fariz semoga berjaya dlm apa bidang fariz ambik

    BalasPadam
  10. Goodluck for pt3...all the best๐Ÿ˜‰

    BalasPadam

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi