Rabu, 1 April 2020

(Sembang) Pengalaman ED jumpa Dato Seri Siti Nurhaliza semasa rakaman Jangan Tidur Lagi

Selamat Ulang Tahun ke 24 buat penyanyi nombor satu Malaysia, Dato Sri Siti Nurhaliza dalam industri muzik. ED antara orang yang membesar dengan lagu beliau dari Jerat Percintaan sehingga kini, 7 Nasihat.

Dato Sri Siti Nurhaliza

ED nak sembang tentang pengalaman ED menonton rakaman program Jangan Tidur Lagi bersama Dato Sri Siti Nurhaliza pada tahun 2007 tak silap. ED masih ingat tentang budi bahasa beliau, sopan-santun beliau & cara beliau melayan peminat dengan baik sekali. Apa yang diperkatakan ramai tentang Dato Sri Siti Nurhaliza, itu memang betul. Beliau artis yang sangat baik dan tak sombong. Senyuman sentiasa tak lekang di bibirnya. Selepas rakaman, pihak pengurusan beliau mahu beliau beredar cepat dari set rakaman tetapi Dato Sri Siti Nurhaliza tetap datang ke tempat penonton & bersalaman dengan penonton. ED dapat bersalam dengan beliau pada waktu itu. Memang gembira tak terkata. Itulah aura artis Dato' Sri Siti Nurhaliza.

ED nak ucapkan terima kasih kepada Dato'Sri Siti Nurhaliza & semoga Dato' Sri sentiasa sihat dan bahagia di samping keluarga.

Udada Ubabye!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi