Assalamualaikum.
Berikut ulasan Episod 4 drama Korban Kasih di TV1.
Hari ini Jalil demam tetapi emak dia buat tak kisah. Emak suruh Imah masak bubur. Lagi satu, gara2 salah faham, emak pukul Jalil gara2 berus gigi. Tergamaknya emak! Huhuuu....
Kak Long sedih kerana terpaksa belajar mengikut pilihan emaknya supaya jadi pensyarah. Rupa2nya emak dia nak jadi pensyarah dulu tetapi tak dapat selepas berkahwin dengan ayahnya. Ayah meminta Kak Long berkorban untuknya supaya mengikut pilihan emaknya.
Dalam episod 4, penonton baru tahu kenapa emak tak sayang Jalil? Emak tak sayang Jalil sebab ayah lebih sayang Jalil & emaknya menganggap Jalil merampas kasih sayang ayah daripadanya. Macam tu pun ada juga erk?
Mana nak dapat drama macam ni kan? Jalan ceritanya dekat dengan masyarakat. Realiti kehidupan masyarakat kita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan