Ahad, 31 Mei 2020

(Ulasan) Episod 8 drama Alergi Mamat Romantik di TV Okey

Berikut ulasan Episod 8 drama Alergi Mamat Romantik di TV Okey.

Best episod hari ini...

Ara tipu Juna bahawa dia dah ada boyfriend. Ara nak Juna setia dengan kekasih dia Sara tu. Ara minta bantuan Bak supaya jadi boyfriend upahan dia.

Di sebuah pusat beli-belah, Ara ternampak Juna dengan adiknya tetapi Juna tipu, itu tunangnya. Selepas itu, Bak pun datang. Ara pula cakap Bak adalah kekasihnya. Ha, dua-dua frust, dua-dua kena tipu.

Ara minta Bak kahwin dengan dia supaya dia dapat melupakan Juna.

Juna minta tolong Ara jumpa ibunya untuk menggantikan tempat Mia Sara (calon isteri rekaannya).

(Ulasan) Episod 4 drama Memoir Karmila di TV1

Assalamu'alaikum.

Berikut ulasan Episod 4 drama Memoir Karmila di TV1.

Karmila menceritakan hal sebenarnya kepada Kak Kathy.

Isham pula sudah berada di Kelantan. Isham dah tahu & jumpa Karmila di Kelantan tetapi Karmila berjaya melarikan diri. Isham menyuruh kawan-kawannya mencari Karmila sampai dapat.

Berdebar la tengok drama ni... Tak boleh nak jangka apa yang akan terjadi pada next episode.

Sabtu, 30 Mei 2020

(Ulasan) Episod 7 drama Alergi Mamat Romantik di TV Okey

Berikut ulasan Episod 7 drama Alergi Mamat Romantik di TV Okey.

Juna dah luah perasaan suka kepada Ara. Juna juga dah beritahu kepada ibunya tentang calon isterinya ialah Ara.

Ara ceritakan pada kawan baiknya Bak.

Bak tak kisah Ara pilih Juna asalkan Ara bahagia. Dalam hati Bak, Tuhan je yang tahu.

Juna suruh ibunya meminang Ara tanpa pengetahuan Ara.

Ara makan malam bersama Juna. Juna melayan Ara dengan baik sekali. Ara tak boleh biarkan perasaan sukanya kepada mamat romantik walaupun dia memang dah jatuh cinta pada Juna.

Lana datang ke pejabat untuk jumpa Juna melalui Ara. Ara ingat Lana kekasih Juna. Lana ni la yang tinggalkan Juna sebelum ini. Bila dah amnesia, barulah dia terhegeh-hegeh nak dekat Juna balik.

(Ulasan) Episod 3 drama Memoir Karmila di TV1

Assalamualaikum.

Berikut ulasan Episod 3 drama Memoir Karmila di TV1.

Ini Kak Kathy. Baik Kak Kathy ni, suka beri makan anjing, suka beri makanan kepada manusia yang memerlukan. Kak Kathy juga yang menolong Karmila di Kelantan.

Karmila dah sampai di Kelantan. Karmila berjaya melarikan diri dengan bersembunyi di dalam lori. Lori tersebut bergerak ke Kelantan.

Isham pula masih hidup. Isham mencari Karmila dan dia dah tahu Karmila dah balik ke Malaysia.

Naim dah tahu tentang aktiviti jahat Tengku. Isham sebenarnya terpaksa melibatkan diri dalam kes penjualan perempuan kerana memerlukan duit dan diugut oleh Tengku.

Drama ni tak meleret. Direct to the point.

Jumaat, 29 Mei 2020

(Ulasan) Episod 6 drama Alergi Mamat Romantik di TV Okey

Berikut ulasan Episod 6 drama Alergi Mamat Romantik di TV Okey.

Syarikat Ara buat holiday di Langkawi. Ara takut dan benci dengan laut tetapi Ara tidak memberitahu Juna. Juna pula mahu membuktikan bahawa lelaki romantik itu wujud di Langkawi.

Rupanya Ara benci laut kerana ibu bapanya meninggal dunia kerana karam di laut. Akhirnya, Ara memberitahu Juna juga selepas dia hampir lemas di laut.

Di Langkawi, Juna beri hint bahawa dia menyukai Ara tetapi Ara anggap Juna adalah milik Sara. Ara tidak tahu Sara tu ialah dia.

Indah-indah madah dalam drama ini. Hehehe...

(Ulasan) Episod 2 drama Memoir Karmila di TV1

Assalamualaikum.

Berikut ulasan Episod 2 drama Memoir Karmila di TV1.

Karmila diburu oleh bapak ayam di Thailand. Episod hari ini banyak memaparkan tentang perjuangan Karmila menyelamatkan dirinya.

Serius, drama ni lain daripada yang lain. Penonton berdebar-debar tengok drama ini. 

Khamis, 28 Mei 2020

(Ulasan) Episod 5 drama Alergi Mamat Romantik di TV Okey

Assalamu'alaikum.

Berikut ulasan Episod 5 drama Alergi Mamat Romantik di TV Okey.

Ara marah kepada Juna kerana Ara anggap Juna menipunya tentang novelnya laris di pasaran. Ara merajuk & tak mahu bercakap dengan Juna.

Selepas Ara berkongsi cerita dengan Bak, Bak tahu Ara dah jatuh cinta pada Arjuna. Kesian Bak...

Ara terbayang balik perbualannya dengan Juna. Juna cakap jika Allah dah kata kun, maka fayakun la... Siapa kita untuk menolaknya. 

Juna pujuk Ara dengan menghadiahkan Ara vitamin B kompleks untuk mengelakkan rambutnya gugur. Ara gelak lalu Juna pun muncul. Dah berbaik lagi mereka.

Rupanya Juna beli banyak novel Ara untuk diberikan kepada kawan-kawannya & untuk support Ara.

(Ulasan) Episod 1 drama Memoir Karmila di TV1

Assalamualaikum.

Berikut ulasan Episod 1 drama Memoir Karmila di TV1.

Hisyam kahwin dengan Karmila. Hisyam lakonan Aedy Ashraf.

Episod pertama hari ini mengisahkan Karmila yang memilih calon suami yang menyenangkan masa depannya. Hisyam pernah ditolak oleh Karmila sebab Karmila memilih Naim. Selepas Naim susah dapat kerja, Hisyam pula kaya dan berjaya, Karmila memilih Hisyam pulak. Karmila bersetuju berkahwin dengan Hisyam dan meninggalkan Naim.

Karmila lakonan Atikah Suhaime

Naim lakonan Ikmal Amry

Tak baik la Karmila ni... Hisyam sebenarnya berkahwin dengan Karmila sebab mahu membalas dendam. Di Thailand, Hisyam mahu menjual isterinya kepada lelaki lain.

Bersambung...

Rabu, 27 Mei 2020

(Ulasan) Episod 4 drama Alergi Mamat Romantik di TV Okey

Assalamualaikum.

Berikut ulasan Episod 4 drama Alergi Mamat Romantik di TV Okey.

Ara balik ke kampung. Neneknya memberikan cincin lamaran daripada emak Bak. Ara pulangkan balik cincin itu kepada Bak.
Kesian Bak tetapi dia okey. Dia tetap terbuka dengan keputusan Ara.

Ara tak pandai buat kopi sebab dia tak minum kopi. Juna tolong ajar dia buat kopi.

Juna ajak Ara pergi reunion dengan kawan-kawannya. Juna suruh Ara jadi kekasih olok-oloknya dengan alasan tak nak kalah dengan bekas kekasihnya dulu.

Di pejabat, Ara dapat tahu bahawa Juna beli novelnya banyak-banyak. Kenapa erk?

Selasa, 26 Mei 2020

(Ulasan) Episod 3 drama Alergi Mamat Romantik di TV Okey

Assalamualaikum.

Berikut ulasan Episod 3 drama Alergi Mamat Romantik di TV Okey.

Ara diundang dalam sesi meet and greet penulis novel dengan peminat. Nama pena Ara dalam novel ialah Sassy Girl.

Juna datang ke sesi meet and greet tersebut. Terkejut Ara. Juna peminat novel karya Ara. Juna minta Ara ajar dia menjadi seorang yang romantik. Jika Ara tak nak ajar, Juna mengugutnya akan memberitahu semua pekerja office tentang dia adalah seorang penulis novel. Hahaha...

Selepas kejadian itu, Juna semakin ceria dan suka menyakat Ara. Juna juga minta nombor telefon Ara.

Rupanya keluarga Bak dah pergi meminang Ara tetapi ditolak oleh Ara. Walau bagaimanapun, Bak tetap baik kepada Ara. Ara tidak mahu kawan baiknya jadi suaminya.

Isnin, 25 Mei 2020

(Ulasan) Episod 2 drama Alergi Mamat Romantik di TV Okey

Assalamu'alaikum.

Berikut ulasan Episod 2 drama Alergi Mamat Romantik di TV Okey.

Juna tak sengaja terlanggar Ara di pejabat. Juna merupakan peguam baharu di pejabat Ara. Bermulalah babak Juna dan Ara. Juna suka menyakat Ara.

Ara tidak suka Juna memanggilnya dengan nama Sara.

Ara alergi dengan lelaki yang romantik. Dia tak suka lelaki romantik. 

Kesian Bak, rupanya dia memang menaruh hati pada Ara.

Juna pilih Ara jadi pembantunya. Juna suka kenakan Ara. Hahaha...

Ahad, 24 Mei 2020

(Ulasan) Episod 1 drama Alergi Mamat Romantik di TV Okey

Assalamu'alaikum.

Berikut ulasan drama Alergi Mamat Romantik di TV Okey.

Untuk episod pertama, kita kenal dulu watak dalam drama ini secara ringkas.

Ini Juna lakonan Fadlan Hazim. Dia baru putus cinta kerana kekasihnya ada lelaki lain. Disebabkan itu, dia asyik meradang di tempat kerja.

Ini Ara lakonan Zara Zya. Ara seorang penulis novel.

Ini Bak lakonan Syazwan Zulkifly. Bak kawan karib Ara.

Cerita hari ini, Bak mahu Ara jadi kekasih percubaannya sebab mereka dah lama kenal. Ara pun setuju untuk mencubanya. Ara & Bak ni kawan karib yang gila-gila.

Emak Bak bersungguh-sungguh nak anaknya dengan Ara disatukan. Emak dia tak tahu mereka hanyalah mencuba untuk bercinta. 

Di hujung episod, Bak lamar Ara. Bersambung...

Drama ni santai dan ada unsur komedi. Tersenyum tengok drama ni.

(Zlurpp) Menu Hari Raya 2020

Assalamualaikum.

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir dan batin. Raya PKPB tahun ini. Ini menu hari raya di rumah hari ini.

Burasak beli dan rendang daging emak masak.

Alhamdulillah. 

Sabtu, 23 Mei 2020

(Menu Buka Puasa) 30 Ramadan 1441 H

Hari terakhir puasa pada tahun ini.

Saya buka nasi putih dengan lauk ayam goreng dan kari ayam. ED masak hari ini.

Alhamdulillah.

(Ulasan) Episod Akhir drama Korban Kasih di TV1

Assalamualaikum.

Berikut ulasan episod akhir drama Korban Kasih di TV1.

Norizah dapat jumpa dengan ibu bapanya...

Farah kena culik pulak dah episod akhir hari ini.

Sebelumnya...

Jamil balik ke kampung rupanya nak kembali kepada Aisya, tetapi lain jadinya.

Emak marah Jamil dan tak benarkan Jamil merampas Aisya daripada Jalil. Jamil akhirnya dapat terima Jalil berkahwin dengan Aisya selepas Imah memberitahu perkara sebenar. Jalil memang cintakan Aisya sebelum Jamil lagi.

Aisya bahagia jadi isteri Jalil.

Jalil tidak akan berkorban kasih dengan Aisya lagi.

Farah kena culik dengan Fuad pulak. Fuad juga telah menyuruh orang-orangnya memukul bapak Fika. Farah berjaya selamatkan diri. Fuad akhirnya ditangkap.

Jamil akhirnya berhijrah ke sesuatu tempat. Datuk Ismail pula akhirnya mengaku kepada Jalil bahawa dia adalah datuk Jalil.

Datuk dan isterinya ikut Jalil ke kampung. Mereka berjumpa dengan anak mereka, Norizah. Sedih pulak tengok mereka bersatu.

Setahun kemudian, Jalil dan Aisya bakal dapat anak. Jamil pula pulang ke kampung bawa isteri barunya. Fika jadi gila dan ayahnya lumpuh. Pada pagi raya, datuk pula rebah.

Tamat...

Jumaat, 22 Mei 2020

(Menu Buka Puasa) 29 Ramadan 1441 H

29 Ramadan 1441 H.

ED berbuka dengan produk Tesco. Roti floss Tesco, Roti sosej Tesco & pau kacang merah Tesco.

Alhamdulillah.

(Ulasan) Episod 29 drama Korban Kasih di TV1

Assalamualaikum.

Berikut ulasan Episod 29 drama Korban Kasih di TV1.

Akhirnya, Aisya dan Jalil berkahwin.

Farah dah tahu Jalil cintakan Aisya.

Sebelumnya...

Aisya buat solat istikharah sebelum terima lamaran Jalil.

Jamil dah balik ke Malaysia. Dia jumpa Ben dan minta Ben rahsiakan dia ada di Malaysia.

Bijak Jalil. Dia cuba perangkap ayah Fika dengan berbuat baik kepadanya. Jalil juga mengorek cerita tentang Jamil daripada ayah Fika.

Farah dah tahu segalanya tentang plan datuk. Farah dah tahu, datuk nak Jalil kahwin dengannya sebab Jalil cucu datuk dan Jalil memang cintakan Aisya.

Nyaris-nyaris datuk nak beritahu Jalil tentang Jalil adalah cucunya, tetapi tak jadi pulak.

Jamil menceraikan Fika dengan talak 3 atas kecurangan Fika. Bayi dalam kandungan Fika bukan anak Jamil. Jamil pasang kamera tertutup rupanya di rumah mereka..

Jalil kahwin juga dengan Aisya.

Di hujung episod, Jalil bernikah dengan Aisya lalu Jamil pulang ke kampung.

Bersambung...

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi