Assalamualaikum.
Berikut ulasan Episod 11 drama Korban Kasih di TV1.
Imah demam. Sebelumnya, Imah meminta izin emak supaya Jalil tinggal serumah dengan mereka lagi. Emak tidak mengiyakan dan tidak menidakkan. Ijal menggalakkan Jalil tinggal serumah dengan Imah supaya kalau ada apa2 jadi, Jalil boleh jaga emak dan Imah.
Selepas itu, emak pulak pengsan. Jalil tetap menjaga dan menyayangi emaknya. Siap bawa bunga cempaka. Sama seperti perangai ayahnya. Emak teringat kembali kenangan bunga cempaka pemberian ayah.
Pak Long datang ke rumah Jalil memberitahu emak bahawa Jalil telah memajak tanah kebun milik ayah. Apa lagi, marahlah emak Jalil. Habis ditampar-tamparnya Jalil. Huhuhu...
Sedih lagi episod hari ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan