Khamis, 7 Mei 2020

(Ulasan) Episod 14 drama Korban Kasih di TV1

Assalamu'alaikum.

Berikut ulasan Episod 14 drama Korban Kasih di TV1.

Emak menangis selepas dimarahi Jamil. Mungkin emak menyesal sebab sudah buruk sangka pada Jalil selama ini.

Dalam episod hari ini, Jamil sudah mempunyai kekasih anak orang kaya.

Hassan sudah berani datang ke rumah Aziah. Dia bawa Aisha sekali. Emak macam tak suka dengan Hassan. Hassan ni bagus, berani datang ke rumah bakal mak mertua walaupun layanan emak Aziah sinis. Emak cakap terserah Aziah nak pilih jodoh dia.

Setelah Aziah menjelaskan kepada emak tentang pentingnya restu emak kepada jodohnya, emak bersetuju dan merestui hubungan Aziah dengan Hassan. Secara tak langsung, emak teringat kisahnya yang berkahwin tanpa restu ayahnya.

Keesokannya, emak menyuruh Hassan meminang secara adat selepas ini. Jalil pula mahu membuat praktikal di syarikat datuknya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi