Assalamualaikum.
Berikut ulasan Episod 18 drama Korban Kasih di TV1.
Jalil mengelak bertemu dengan Aisha tetapi Aisha mahu mendengar penjelasan Jalil tentang kenapa Jalil mengelak bertemu dengannya. Selepas Jalil cakap tak nak kawan lagi dengan Aisha, Aisha meninggalkan Jalil lalu terjatuh. Jalil menolong Aisha & persahabatan mereka terjalin semula.
Farah mula terbuka dengan Jalil. Farah ada hati dengan Jalil. Kata Farah, berkawan jangan bersyarat, yang penting ikhlas. Habislah, Aisha dengan Farah akan bersaing dapatkan Jalil.
Jalil transfer duit RM1000 untuk emak tetapi emak suruh pulang balik. Imah menegur emaknya supaya jangan ego dengan Jalil. Jika tidak, mungkin emaknya tidak akan berjumpa dengan Jalil sampai bila-bila. Menangis Norizah di dalam bilik seorang diri. Nampak tak, Norizah dah mula rindu Jalil. Dah la mimpi Jalil. Hehehe...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan