Rabu, 13 Mei 2020

(Ulasan) Episod 20 drama Korban Kasih di TV1

Assalamualaikum.

Berikut ulasan Episod 20 drama Korban Kasih di TV1.

Episod hari ini memaparkan 3 tahun selepas itu. Aisha gembira menjadi guru di madrasah. Jalil juga berjaya di syarikat datuknya. Jamil dah nak habis belajar. Kak Long dah berkahwin dengan Nasir manakala Imah pula menyuruh Jalil balik ke kampung berjumpa dengan emak. 

Datuk menipu Aisha. Datuk cakap Jalil dah bertunang dengan Farah. Terdiam Aisha.

Imah dah nak kahwin dengan Ijal. Imah nak Jalil datang ke majlisnya. Emak menyesal atas perbuatannya. Emak menyuruh Imah beritahu Kak Long untuk menjemput Jalil balik ke rumah.

Jalil rindu dengan keluarga, emak dan arwah ayahnya. Bagus Jalil ni, tidak berdendam langsung dengan emaknya.

Jalil masuk televisyen. Jalil berjaya menjadi pengarah urusan syarikat arkitek sekarang. Menangis emak tengok Jalil. 

Bersambung...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi