Assalamu'alaikum.
Berikut ulasan Episod 21 drama Korban Kasih di TV1.
Jalil balik ke kampung dan meminta maaf kepada ibunya. Sedih part dia balik kampung tadi. Dapatlah dia tengok Imah kahwin.
Emak minta maaf kepada Jalil. Selesai dah kisah antara Jalil dan emaknya. Sebenarnya, emaknya mangsa keadaan ayahnya juga. Emak seorang yang tidak suka berkongsi dan emak juga tidak suka Jalil sebelum ini kerana Jalil mengingatkan emak pada ayahnya yang tidak merestui perkahwinannya.
Farah ikut Jalil ke kampung ketika majlis perkahwinan Imah. Imah mengakui kepada Kak Long yang dia menyukai Jalil.
Aisha yang kesepian. Rasanya Jamil suka kepada Aisha. Norizah mahu Jamil berkahwin dengan Aisha pulak, katanya sebab berkenan. Habislah...
Nenek Jalil pengsan pada hari jadi Norizah sebab terlalu rindu anaknya, apabila Jalil tanya tentang anak perempuan datuk, datuk marah Jalil. Katanya jangan masuk campur hal keluarganya. Jalil terdiam apabila Farah memberitahu hari jadi emak Jalil sama dengan hari jadi anak nenek saudaranya.
Datuk Jalil berjanji kepada isterinya akan membawa Norizah balik ke KL suatu hari nanti. Jalil pula mengajak datuk ke kampung untuk berjumpa dengan emaknya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan