Selasa, 30 Jun 2020

(Ulasan) Episod 18 drama Bulan di Kota Langit di TV Okey

Berikut ulasan Episod 18 drama Bulan di Kota Langit di TV Okey.

One happy family dalam drama ini.

ED suka tengok hubungan kekeluargaan dalam drama ini. Abang-abang Munirah semuanya ambil berat tentang hubungan Munirah dengan Aditya. 

Munirah ambil keputusan untuk berhenti kerja sebab tak sanggup tengok muka Aditya. Jelita pula sudah tahu bahawa Munirah bekas kekasih Aditya dulu.

Oh, semakin best drama ni. Huhuhu....

Isnin, 29 Jun 2020

(Ulasan) Episod 17 drama Bulan di Kota Langit di TV Okey

Berikut ulasan episod 17 drama Bulan di Kota Langit di TV Okey.

Lakonan Risteena, Fezrul Khan, Fazren Rafi, Fahmy Redza dan Farez Ridzwan sebagai lima beradik.

Episod hari ini, Afiq menyumbangkan satu buah pinggangnya kepada Aathif. Pemindahan buah pinggang berjaya dan Aathif sembuh. Munirah pula memberitahu Uzir tentang kisahnya dan Aditya.

Dalam drama ini, jika keluarga Munirah ada masalah, pasti mereka lima beradik akan berbincang. Hubungan adik beradik Munirah juga baik. Satu contoh paparan yang baik!

Ahad, 28 Jun 2020

(Ulasan) Episod 16 drama Bulan di Kota Langit di TV Okey

Berikut ulasan episod 16 drama Bulan di Kota Langit di TV Okey.

Isa Khan dan Risteena. Drama ini menjadi saksi cinta mereka.

Sedikit demi sedikit ingatan Aditya pulih. Dia dapat mengingat kembali kenangannya bersama Munirah di Yogyakarta. Aditya pula lebih rapat sekarang dengan Munirah berbanding tunangnya Jelita. Munirah pula masih cintakan Aditya. Aathif masih belum sedarkan diri.

Drama ini sederhana berat, tidak ada watak yang kejam dan lebih tertumpu kepada cinta dan kehidupan. Sesuai tayang pukul 10.00 malam.

Sabtu, 27 Jun 2020

(Ulasan) Episod 15 drama Bulan di Kota Langit di TV Okey

Berikut ulasan episod 15 drama Bulan di Kota Langit di TV Okey.

Episod hari ini, dalan majlis keluarga Munirah, Aditya telah datang ke rumah Munirah untuk memulangkan barang Munirah. Munirah tidak sangka Aditya datang ke rumahnya. Aathif pula pengsan lalu dimasukkan ke hospital. Aathif memerlukan buah pinggang untuk pulih.

Amirul telah memberitahu adik-adiknya bahawa dia sudah berkahwin 3 tahun lepas. Aqil pula menunda majlis pertunangannya. Paling best hari ini, Aditya telah mengingat kembali bahawa Munirah ialah Bulan.

Macam-macam kisah adik-beradik Munirah hari ini. ED suka tengok kisah 5 beradik ni... Yang follow drama ni je tahu bestnya drama ni...

Jumaat, 26 Jun 2020

(Ulasan) Episod 14 drama Bulan di Kota Langit di TV Okey

Berikut ulasan Episod 14 drama Bulan di Kota Langit di TV Okey.

Uzir jatuh cinta pada Munirah. Uzir menyatakan cintanya pada Munirah di Terengganu. Paling best, Aditya nampak ketika Uzir menyatakan perasaannya pada Munirah.

Aathif pula memberitahu Afiq bahawa Amirul sudah berkahwin dan mempunyai anak seorang.

Best episod malam ini. Drama ini tinggal 6 episod lagi.

Khamis, 25 Jun 2020

(Ulasan) Episod 13 drama Bulan di Kota Langit di TV Okey

Berikut ulasan Episod 13 drama Bulan di Kota Langit di TV Okey.

Aditya semakin selesa dengan Munirah. Munirah baru tahu bahawa Aditya sudah bertunang dengan Jelita. Baru je Munirah rasa ada harapan untuk kembali bersama dengan Aditya tetapi lain yang berlaku.

Semakin menarik untuk ditonton drama ini. Udada Ubabye!!

Rabu, 24 Jun 2020

(Ulasan) Episod 12 drama Bulan di Kota Langit di TV Okey

Berikut ulasan Episod 12 drama Bulan di Kota Langit di TV Okey.

Farez Ridzwan sebagai Aathif. 

Dalam episod hari ini, Aathif masih sakit muntah-muntah tetapi belum tahu lagi dia sakit apa. Aathif sedih kerana kekasihnya berkahwin dengan orang lain.

Aditya pula tidak mengenali Munirah. Aditya juga sudah menjadi tunang kepada Jelita. Kesian Munirah...

ED suka la jalan ceritanya. Best dan tak bosan. 

Selasa, 23 Jun 2020

(Ulasan) Episod 11 drama Bulan di Kota Langit di TV Okey

Berikut ulasan Episod 11 drama Bulan di Kota Langit di TV Okey.


Episod hari ini memaparkan kisah 3 tahun kemudian. Anak Amirul sudah berumur 3 tahun dan Aqil sudah bertunang. Aathif pula risau kekasihnya akan dirisik oleh Uwais. Munirah pula masih mencintai Aditya. Aditya pula berada dan kerja di Malaysia tetapi dia lupa ingatan.

Munirah mula bekerja di sebuah syarikat. Rupa-rupanya pengarah urusan syarikat Munirah ialah Aditya.

Wah, semakin best drama ni...

(Sembang) Suka pulak tengok drama Until We Meet Again

Layan pula tengok drama Filipina, Until We Meet Again atau tajuk Filipinanya Hanggang Makita Kang Muli di TV3. Jalan ceritanya unik dan dahsyat. Hehehe.. 

Mengisahkan seorang perempuan, Ana yang dikurung lama dan apabila bebas, dia berkelakuan seperti binatang. Ini semua kerana dendam seorang wanita kepada ibunya. Pada suatu hari, Calvin berjumpa dengan Ana dan banyak membantu Ana.

Bea Binene sebagai Ana.

Derrick Monasterio sebagai Calvin.

Bolehlah follow drama ni petang-petang. Nak tengok perjalanan kisah Ana. Hehehe.. 

Isnin, 22 Jun 2020

(Ulasan) Episod 10 drama Bulan di Kota Langit di TV Okey

Berikut ulasan Episod 10 drama Bulan di Kota Langit di TV Okey.

Selepas Aditya menyatakan cinta kepada Munirah, Aditya menghilangkan diri. Selepas Munirah puas mencari Aditya tetapi gagal, Munirah balik ke Malaysia. Bagusnya, abang-abangnya tak marah dengan tindakan Munirah. Kesian Munirah, diberi harapan tetapi ditinggalkan kekasih hati.

Risteena memang seorang pelakong yang berbakat. ED menonton drama lakonannya dari drama Karlos lagi. Semoga sukses terus buat Risteena!

Ahad, 21 Jun 2020

(Ulasan) Episod 9 drama Bulan di Kota Langit di TV Okey

Berikut ulasan Episod 9 drama Bulan di Kota Langit di TV Okey.

Episod hari ini banyak memaparkan tentang Munirah dan Aditya membuat kajian di Indonesia. Secara tak langsung, dengan kita-kita sekali dapat tengok keindahan Indonesia. Akhirnya Aditya meluahkan perasaan cintanya kepada Munirah dengan cara yang romantik. Namun begitu, Aditya sedih kerana penyakitnya semakin teruk.

ED pernah cadangkan di TV Okey untuk namakan slot drama ini Traveldrama sebab kita boleh menonton panorama luar negara melalui drama tempatan.

Sabtu, 20 Jun 2020

(Ulasan) Telefilem Bapak di TV1 sedih dan terbaik!

Berikut ulasan telefilem sempena Hari Bapa, Bapak di TV1.

Lakonan Azhan Rani sebagai Zahari, Dynas Mokhtar sebagai Rokiah, Elisya Sandha sebagai Sophia dan Ikmal Amry sebagai Azrol.

Sinopsis:
Semenjak berkahwin dengan Rokiah, Zahari banyak berhutang! 10 tahun telah berlalu, Zahari kembali ke pangkuan isteri dan anak-anaknya. Namun kehadiran Zahari amat tidak disenangi oleh isterinya, Rokiah dan anak sulung mereka, Azrol. Hanya Sophea sahaja yang melayan bapanya dengan baik. Yang pasti, sejak Zahari kembali, kecoh kampung dengan kejadian kes pecah rumah yang semakin menjadi-jadi. Bukan Zahari yang mencuri tetapi Azrol. Apabila Azrol mahu dihantar ke balai polis, terbongkar selama ini, Rokiahlah yang mencuri tetapi Zahari yang menanggung kesalahan isterinya.

Ulasan:
Lakonan mantap Azhan Rani tak perlu diperkatakan lagi. Apa-apapun wataknya, sentiasa cemerlang lakonannya. Dynas Mokhtar, Elisya Sandha, Ikmal Amry juga berlakon dengan sangat baik dalam telefilem ini. ED suka plot cerita ini, pengorbanan seorang ayah yang terpaksa mencuri demi keluarganya. Watak bapak juga seorang yang terlalu baik dengan anak-anak & isterinya walaupun isterinya derhaka. Sedikit demi sedikit dipaparkan jalan cerita pengorbanan seorang ayah kepada penonton. Akhirnya, ada plot twist dalam cerita ini. Rokiahlah yang mencuri selama ini.

Paling ED suka, lagu latar cerita ini menghidupkan lagi kesyahduan telefilem ini. Seperti biasa, telefilem RTM sentiasa memaparkan perpaduan kaum di Malaysia.

Pengajaran daripada telefilem Bapak ialah jangan putus asa dan sentiasa bersabar meneruskan kehidupan walaupun diuji dengan pelbagai dugaan yang melibatkan ahli keluarga sendiri.

(Sembang) Dynas Mokhtar sesuai bawa watak jahat dan kahwin dengan lelaki kampung

ED sedang menonton Panggung RTM Bapak. Sambil tengok, ED nak sembang tentang pelakon Dynas Mokhtar yang kembali bersinar pada tahun ini.

Dynas Mokhtar ni sesuai bawa watak jahat dan kahwin dengan lelaki kampung. Wataknya sebagai Norizah drama Korban Kasih dan Kiah dalam telefilem Bapak menyerlahkan kredibilitinya sebagai pelakon. Wataknya yang seperti ini meninggalkan impak kepada penonton.

Kalau tengok dia bawa watak jahat, rasa geram je penonton di rumah. Maksudnya lakonannya menjadi. Terbaik lakonan Dynas Mokhtar.

Jumaat, 19 Jun 2020

(Ulasan) Episod 7 drama Bulan di Kota Langit di TV Okey

Berikut ulasan Episod 7 drama Bulan di Kota Langit di TV Okey.

Hampir semua babak hari ini tentang Aditya dan Munirah.

Aditya diterima bekerja di tempat kerja Munirah. Munirah mula cemburu apabila seorang pelanggan wanita menggoda Aditya. Rasanya mereka belum declare pacaran jadi dua-dua memendam perasaan.

Udada Ubabye!!

(Widuri TV1) Drama Saat Aku Berpaling ganti Memoir Karmila

Inilah drama baharu di slot Widuri TV1 bermula esok...
Drama Saat Aku Berpaling lakonan Nafiez Zaidi, Dayang Areeda, Jay Iswazir dan ramai lagi.

Drama ini bukan adaptasi novel. Selamat menonton. Udada Ubabye!!

(Ulasan) Episod akhir drama Memoir Karmila di TV1

Berikut ulasan episod akhir drama Memoir Karmila di TV1.

Happy ending. Akhirnya Karmila memaafkan Isham selepas Isham menjalani hukuman di penjara.

Karmila menulis kisahnya menerusi Memoir Karmila untuk dijadikan kenangan. Keseluruhannya, drama ini merupakan sebuah naskhah yang baik ditonton kerana ada elemen keagamaan dan pengajaran dalam kehidupan. Baru ED perasan, jalan cerita drama ini ada kaitan dengan kisah yang berlaku pada zaman para nabi kita.

Tamat..

Khamis, 18 Jun 2020

(Ulasan) Episod 6 drama Bulan di Kota Langit di TV Okey

Berikut ulasan Episod 6 drama Bulan di Kota Langit di TV Okey.

Aditya sudah bekerja di car wash tetapi Aditya mahu bekerja satu tempat dengan Munirah. Ini kerana Aditya mahu selalu dekat dengan Munirah. Aditya sudah benar2 dilamun cinta...

Episod hari ini ada paparan tentang cara-cara membuat pasu tanah liat. Selain drama, kita juga dapat ilmu pengetahuan juga. ED suka gabungan drama dan paparan seperti dokumentari dalam drama ini.

(Ulasan) Episod 12 drama Memoir Karmila di TV1

Berikut ulasan Episod 12 drama Memoir Karmila di TV1.

Akhirnya, Isham berjumpa dengan Karmila untuk meminta maaf. Walaupun Isham merayu, Karmila enggan memaafkannya.

Esok episod akhir drama ini.

Rabu, 17 Jun 2020

(Ulasan) Episod 5 drama Bulan di Kota Langit di TV Okey

Berikut ulasan Episod 5 drama Bulan di Kota Langit di TV Okey.

Gandingan serasi Risteena dan Isa Khan.

Munirah dan Aditya semakin rapat. Aditya banyak membantu Mun. Munirah juga telah dapat pekerjaan di Indonesia untuk menampung perbelanjaannya membuat kajian. Aditya sangat mengagumi kegigihan Munirah bekerja walaupun sebenarnya Munirah tidak perlu bekerja.

Drama ini best sebab mengisahkan tentang kegigihan, kekeluargaan dan persahabatan. ED suka!

Selasa, 16 Jun 2020

(Ulasan) Episod 4 drama Bulan di Kota Langit di TV Okey

Berikut ulasan Episod 4 drama Bulan di Kota Langit di TV Okey.

Isa Khan sebagai Aditya dan Risteena sebagai Bulan (Mun).

Episod hari ini, Munirah sudah sampai di Indonesia. Aditya merupakan pemandu pelancong Munirah di sana. Dompet Munirah dicuri di Indonesia, mujur ada Aditya. Aditya banyak menolong Mun.

Suka pulak tengok gandingan lakonan Risteena dan Isa Khan dalam drama ini. Seorang cakap Melayu, seorang lagi cakap Indonesia. Kita boleh belajar bahasa Indonesia juga menerusi drama ini.

(Bintang Turki) Trivia Pamir Pekin sebagai Murat drama Relationship Its Complicated

Penonton drama Turki Relationship Its Complicated di TV2, mesti kenal watak Murat lakonan Pamir Pekin. Sedikit Trivia mengenai Pamir Pekin di bawah ini...

Pamir Pekin. Berusia 41 tahun pada tahun ini. Tarikh lahirnya pada 31 Mei 1979. Beliau berasal dari Istanbul.

Selain pelakon, beliau juga seorang model. Beliau juga mempunyai ijazah dalam bidang ekonomi. Beliau tidak ada instagram. Udada Ubabye!!
Sumber: Google.

Isnin, 15 Jun 2020

(Ulasan) Episod 3 drama Bulan di Kota Langit di TV Okey

Berikut ulasan Episod 3 drama Bulan di Kota Langit di TV Okey.

Munirah nekad pergi ke Indonesia seorang diri. Apabila Aqil terjumpa nota di dalam bilik Munirah, abang-abangnya bergegas mencarinya di lapangan terbang. Dalam hal ni, Aathif perlu rasa bersalah sebab ini rancangannya. 

Selepas Munirah pergi, dia langsung tidak menelefon Aathif. Aathif risau kerana ini semua rancangannya.

Semakin menarik jalan ceritanya. ED seronok pulak layan drama ni.

Ahad, 14 Jun 2020

(Ulasan) Episod 2 drama Bulan di Kota Langit di TV Okey

Berikut ulasan Episod 2 drama Bulan di Kota Langit.

Okey, ED dah dapat cam nama watak adik-beradik Munirah mengikut turutan daripada sulung sehingga bongsu.

Fezrul Khan - Amirul (bomba)
Fazren Rafi - Aqil (peguam)
Fahmy Reza - Afiq (doktor)
Fariz Redzwan - Aathif (pelajar kolej)
Risteena - Munirah (pelajar kolej)

Episod hari ini, Munirah dapat tajuk tesis yang memerlukan dia buat kajian di Indonesia. Abang-abangnya risau akan Munirah dan selepas berbincang, Atif diminta menemankan Munirah di Indonesia. Atif pula cuba meyakinkan Munirah supaya pergi ke Indonesia seorang diri.

Rukun je tengok adik-beradik Munirah. Lagi-lagi watak Abang Long, sanggup berkorban untuk adik-adiknya.

Nice story tentang adik-beradik ramai dan berjaya dalam bidang masing-masing.

(Ulasan) Episod 11 drama Memoir Karmila di TV1

Berikut ulasan Episod 11 drama Memoir Karmila di TV1.

Akhirnya, Karmila tiba di Malaysia...

Sebelumnya...

Isham ditembak oleh orang suruhan Chai Wat ketika menyelamatkan Karmila. Karmila diculik oleh orang-orang Chai Wat.

Karmila berjaya melarikan diri dan dibantu oleh Tengku. Akhirnya, Karmila tiba juga di Malaysia dengan bantuan Tengku.

Drama Memoir Karmila ni direct to the point, mungkin sebab episodnya yang pendek... Minggu depan dah episod akhir.

Sabtu, 13 Jun 2020

(Ulasan) Episod 1 drama Bulan di Kota Langit di TV Okey

Berikut ulasan Episod 1 drama Bulan di Kota Langit di TV Okey.

Mengisahkan tentang Munirah lakonan Risteena bersama empat orang abangnya.

Abangnya yang pertama Amirul lakonan Fezrul Khan sebagai ahli bomba.

Ibu mereka meninggal selepas melahirkan Munirah. Episod 1 merupakan pengenalan watak-watak dalam drama ini. ED belum ingat lagi nama watak-watak dalam drama ini. 

Setiap watak adik-beradik Munirah, ada cerita mereka tersendiri. Menarik juga drama ini.

Takpe, esok boleh tengok lagi.

(Ulasan) Episod 10 drama Memoir Karmila di TV1

Berikut ulasan Episod 10 drama Memoir Karmila di TV1.

Tengku diculik oleh Chai Wat. Chai Wat menelefon Isham supaya membayar hutang Tengku RM300 ribu termasuk menyerahkan Karmila kepadanya. Sebabnya, Chai Wat dah banyak rugi kerana Karmila.

ED setuju dengan komen di ig EDtv semalam, drama ini ada cerita di dalam cerita. Bukan tentang watak utama semata-mata.

Jumaat, 12 Jun 2020

(Ulasan) Episod akhir drama Alergi Mamat Romantik di TV Okey

Berikut ulasan Episod 20 drama Alergi Mamat Romantik di TV Okey.

Pada awal episod, Juna masih belum memaafkan Ara. Selepas itu, banyak part Juna & Ara berjalan membawa diri di Paris. 

Alana akhirnya ingat semula tentang kisahnya dengan Razi. Akhirnya, seperti dijangka, Arjuna dan Ara berbaik semula. Tengok drama ni, macam dekat je Malaysia Paris ni.

Happy ending.

(Ulasan) Episod 9 drama Memoir Karmila di TV1

Berikut ulasan Episod 9 drama Memoir Karmila di TV1.

Karmila berjaya melarikan diri daripada Isham dan orang-orang Chai Wat. Isham yang menyelamatkan Karmila daripada orang-orang Chai Wat.

Episod hari ini, Karmila jumpa Mariam pula yang sarat mahu bersalin. Selepas Mariam bersalin, dia diburu oleh penjahat. Karmila membantu Mariam pula...

Karmila menipu ibunya bahawa dia menemankan Isham atas urusan bisnes di Terengganu. Karmila juga telah membuat laporan polis terhadap suaminya.

Tak sabar nak tahu kesudahan drama ini...

Khamis, 11 Jun 2020

(Ulasan) Episod 19 drama Alergi Mamat Romantik di TV Okey

Berikut ulasan Episod 19 drama Alergi Mamat Romantik di TV Okey.

Giliran Ara pulak mencari Arjuna untuk meminta maaf.

Ara disaman kerana menciplak karya novelis lain.

Arjuna merajuk tetapi dia masih teringat tentang Ara.

Ara pergi ke Paris untuk mencari suaminya tetapi Alana ikut sebab Ara minta bantuan Alana.

Nampak macam dekat je Malaysia Paris dalam drama ni. Hehehe....

(Ulasan) Episod 8 drama Memoir Karmila TV1

Assalamualaikum.

Berikut ulasan Episod 8 drama Memoir Karmila di TV1.

Isham pergi ke madrasah untuk mendapatkan Karmila balik. 

Ayah Aisyah akhirnya merestui hubungan anaknya dengan imam Murhadi. Isham juga dapat bertemu dengan Karmila tetapi...

Bersambung....

Rabu, 10 Jun 2020

(Ulasan) Episod 18 drama Alergi Mamat Romantik di TV Okey

Berikut ulasan Episod 18 Alergi Mamat Romantik di TV Okey.

Juna memarahi Ara kerana Ara memandai-mandai menyuruh Alana berkahwin dengan Juna. Bagus Juna!

Juna menghantar Ara balik ke rumah datuknya dan Juna pergi ke Paris balik untuk tenangkan fikiran.

Dah hujung-hujung drama ini, rasa geram pula tengom Ara. Huhuhu...

Selasa, 9 Jun 2020

(Ulasan) Episod 17 drama Alergi Mamat Romantik di TV Okey

Berikut ulasan Episod 17 drama Alergi Mamat Romantik di TV Okey.

Ara keguguran. Juna tidak tahu Ara mengandung.

Episod hari ini banyak kisah tentang Ara berharap dapat anak tetapi belum rezeki lagi. Bak pula dah kahwin dengan adik Juna, Mia. Mia, isteri Bak hamil dulu daripada Ara.

Ara mengizinkan Juna kahwin lain tetapi Ara kena sekolah balik dengan Juna. ED suka ayat Juna yang lebih kurang macam ni, kalau anak yang buat orang bahagia, takde pasangan suami isteri yang ada anak bercerai.

Geram pulak ED dengan Ara ni...

(Sembang) Gandingan lakonan Sharnaaz Ahmad dan Reen Rahim dalam Jam Tangan Pak Su serasi sangat!

Selepas ED tengok telefilem Jam Tangan Pak Su di TV1 Ahad lalu, ED nampak gandingan lakonan Sharnaaz Ahmad dan Reen Rahim serasi sangat! Lebih-lebih lagi dalam babak di restoran itu. Dua-dua mulut tak nak kalah.

Sharnaaz Ahmad dan Reen Rahim.

Kalau ada penerbit atau sesiapa nak cari hero & heroin drama atau telemovie selepas ini, ED nak cadangkan nama mereka. Mesti kecoh punya... ED suka pulak tengok lakonan mereka bersama pada Ahad lepas.

Udada Ubabye!!

(Drama Okey) Drama Bulan di Kota Langit ganti drama Alergi Mamat Romantik

Next, selepas tamat drama Alergi Mamat Romantik di TV Okey...

Saksikan drama terbaharu, Bulan di Kota Langit. Antara pelakonnya Risteena, Fezrul Khan, Fahmy Reza dan ramai lagi.

Tarikh siaran rujuk pada gambar. Udada Ubabye!!

Isnin, 8 Jun 2020

(Ulasan) Episod 16 drama Alergi Mamat Romantik di TV Okey

Berikut ulasan Episod 16 drama Alergi Mamat Romantik di TV Okey.

Akhirnya Ara dan Juna dah berbaik tetapi...

Arjuna upah orang untuk cari Bak, tetapi lain jadinya. Orang suruhannya pukul Bak pulak.

Selepas Bak dipukul, Juna datang menemui Ara dan menjelaskan segalanya.

Juna berjaya mendapatkan Ara kembali.

Ara meminta maaf kepada Juna.

Bak dimasukkan ke hospital. Semasa di hospital, Ara terdengar perbualan Juna dan orang upahannya. Ara tak sangka Juna seperti itu. Berlaku balik konflik antara mereka. Ara menyuruh Juna meminta maaf kepada Bak dan membayar ganti rugi dan bil hospital Bak jika mahu Ara memaafkannya. Juna bersetuju.

Semakin dah nak habis drama ini, ada sahaja masalah antara Juna dengan Ara.

Ahad, 7 Jun 2020

(Ulasan) Episod 15 drama Alergi Mamat Romantik di TV Okey

Berikut ulasan Episod 15 drama Alergi Mamat Romantik di TV Okey.

Hubungan Ara dengan Juna maaih belum okey. Bak mahu merampas Ara kembali daripada Juna.

ED sempat tengok sekejap je drama ni malam ni sebab ED tengok cerita TV1, Jam Tangan Pak Su.

(Ulasan) Telefilem Jam Tangan Pak Su terbaik!

Hai, ED nak ulas tentang telefilem Jam Tangan Pak Su di TV1.

Hujung-hujung sedih cerita ni...

Dibintangi Sharnaaz Ahmad sebagai Pak Su.

Dua pelakon kanak-kanak berbakat besar, Puteri Rayyana Rayqa dan Armand Ezra.

Puteri Rayyana Rayqa

Sinopsis:
Pak Su Adam terpaksa menjaga 2 orang anak saudaranya, Ali dan Fatimah selepas kematian ibu bapa mereka. Pak Su Adam ada dengan kakaknya. Walaupun Pak Su bekerja sebagai guard dan tidak suka kepada anak-anak buahnya tetapi ada juga rasa tanggungjawab Pak Su kepada mereka. Disebabkan Pak Su tiada jam tangan, Fatimah dan Ali menghadiahkan jam tangan pada hari jadi Pak Su tetapi berlaku kejadian yang tidak diingini berlaku. Peristiwa itu telah mengubah Pak Su.

Ulasan:
ED suka jalan cerita yang dipaparkan tentang kegigihan seorang Pak Su Adam menjaga 2 orang anak buahnya dan kegigihan Adam dan Fatimah meneruskan kehidupan walaupun tidak disukai oleh Pak Sunya. Latar tempat desa nun menghijau dalam telefilem ini juga cantik dipandang. Lagu latar Sumpah Naim Daniel menghidupkan lagi kesedihan telefilem ini. Telefilem ini bukan sedih memanjang, ada juga unsur lawak dalam drama ini. Watak Mak Siti dan Cikgu Wada menceriakan suasana. Kecomelan Fatimah juga menceriakan lagi telefilem ini.

Antara pengajaran penting dalam cerita ini ialah jangan ego dan panas baran. Selain itu, kasih sayang amat penting dalam kehidupan.

Reen Rahim turut berlakon dalam drama ini.

Part paling touching...

Tak salah kalau ED cakap, telefilem ini ialah telefilem terbaik pada Raya tahun ini. Jalan cerita menarik, para pelakon terbaik dan keseluruhannya semua terbaik. ED suka!

Udada Ubabye!!

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi