Berikut ulasan telefilem sempena Hari Bapa, Bapak di TV1.
Lakonan Azhan Rani sebagai Zahari, Dynas Mokhtar sebagai Rokiah, Elisya Sandha sebagai Sophia dan Ikmal Amry sebagai Azrol.
Sinopsis:
Semenjak berkahwin dengan Rokiah, Zahari banyak berhutang! 10 tahun telah berlalu, Zahari kembali ke pangkuan isteri dan anak-anaknya. Namun kehadiran Zahari amat tidak disenangi oleh isterinya, Rokiah dan anak sulung mereka, Azrol. Hanya Sophea sahaja yang melayan bapanya dengan baik. Yang pasti, sejak Zahari kembali, kecoh kampung dengan kejadian kes pecah rumah yang semakin menjadi-jadi. Bukan Zahari yang mencuri tetapi Azrol. Apabila Azrol mahu dihantar ke balai polis, terbongkar selama ini, Rokiahlah yang mencuri tetapi Zahari yang menanggung kesalahan isterinya.
Ulasan:
Lakonan mantap Azhan Rani tak perlu diperkatakan lagi. Apa-apapun wataknya, sentiasa cemerlang lakonannya. Dynas Mokhtar, Elisya Sandha, Ikmal Amry juga berlakon dengan sangat baik dalam telefilem ini. ED suka plot cerita ini, pengorbanan seorang ayah yang terpaksa mencuri demi keluarganya. Watak bapak juga seorang yang terlalu baik dengan anak-anak & isterinya walaupun isterinya derhaka. Sedikit demi sedikit dipaparkan jalan cerita pengorbanan seorang ayah kepada penonton. Akhirnya, ada plot twist dalam cerita ini. Rokiahlah yang mencuri selama ini.
Paling ED suka, lagu latar cerita ini menghidupkan lagi kesyahduan telefilem ini. Seperti biasa, telefilem RTM sentiasa memaparkan perpaduan kaum di Malaysia.
Pengajaran daripada telefilem Bapak ialah jangan putus asa dan sentiasa bersabar meneruskan kehidupan walaupun diuji dengan pelbagai dugaan yang melibatkan ahli keluarga sendiri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan