Rabu, 3 Jun 2020

(Sembang) Respect cara Nabila Razali!

Hai, ED dah jarang update blog tentang artis tetapi hari ini ED nak tulis tentang penyanyi dan pelakon Nabila Razali.

Baru-baru ini hangat di twitter tentang kritikan nyanyian Nabila Razali dalam salah sebuah program televisyen. ED yakin tiada siapa yang mahu atau sengaja untuk menyanyikan lagu sebegitu rupa. ED turut bersimpati dengan beliau kerana boleh tahan hebat beliau dikecam oleh pengguna media sosial yang majoriti bukan peminatnya. Yang mana tidak berkenan dengan Nabila Razali, maka lagi hebatlah kritikan yang dilontarkan. Apa yang pasti, kejadian itu adalah di luar kawalan manusia. Orang kata, benda dah nak jadi..

Nabila Razali

Apa yang ED respect tentang Nabila Razali ialah cara beliau respons kejadian tersebut. Beliau menyalahkan diri sendiri tanpa melibatkan mana-mana pihak. Beliau bertanggungjawab tentang perkara yang telah terjadi. ED suka sikap profesional yang ada pada beliau.

Semoga Nabila Razali tabah dengan dugaan ini dan bangkit dengan semangat baharu. Bagi ED, Nabila Razali boleh menyanyi dan berlakon. Lagunya juga sentiasa menjadi perhatian para peminatnya.

Akhir sekali, selamat maju jaya untuk Nabila Razali. Kita manusia biasa, tak lepas daripada melakukan kesilapan. Udada Ubabye!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi