KUALA LUMPUR, 18 SEPTEMBER 2020 - MIKASERIES – Asal nama yang diilhamkan dari Malaikat MIKAIL, Malaikat yang ditugaskan menurunkan (hujan) rezeki. Bermula dari angan – angan yang direalisasikan dengan modal yang sedikit tanpa bantuan daripada pihak lain, hasil keringat pengasas, pelakon, pengacara dan selebriti Zoey Rahman atau pemilik nama MOHD HAIREY AZHAR B ABD RAHMAN.
Mula ditubuhkan dari syarikat enterprise pada tahun 2016 beralamat di Lake Field Sungai Besi,syarikat ini telah melalui beberapa fasa perubahan. MIKASERIES hanya bermula dengan 3 ahli sahaja (Zoey Rahman, Ridhwan Mishani, dan Zafar) yang memainkan peranan masing-masing dalam membantu merialisasikan pelancarannya. Di awal penubuhan, produk pertama yang di pasarkan ialah MIKA WHITENING (SET PENJAGAAN KULIT 3 DALAM 1) dan MIKA BRIGHT (SUPLEMEN UNTUK MENCERAHKAN KULIT DAN MEMBANTU SISTEM PENCERNAAN). Berkat dari kejayaan jualan produk tersebut MIKASERIES mengorak langkah mengembangkan perniagaan mengikut kehendak dan pasaran semasa. MIKABLACKMASK antara produk yang menjadi ‘killer’ produk setelah MIKAWHITENING dan MIKABRIGHT.
Dari Lake Field berpindah ke Cheras Business Centre, bermulanya episod baru dalam perjuangan mengembangkan perniagaan. Jika sebelum ini sekadar mencuba-cuba, di lokasi yang baru CEO Zoey Rahman lebih fokus dan menumpukan perhatian dengan mengurangkan sedikit aktiviti seninya setelah lebih setahun melebarkan sayap lakonan dan pengacaraan di Jakarta. Dan pada waktu kini, antara produk yang menjadi “killer” ialah MIKAGLO dan MIKADATION, telah terjual beberapa ribu unit dan mendapat maklum balas yang positif dari pengguna dan “rating” lima bintang. Dengan maklum balas yang positif dan rating lima bintang itu ia sangat penting kepada Mikaseires, kerana dapat memberikan keyakinan kepada pelanggan baru yang mahu mencuba produk Mikaseries. Untuk membuktikan kenyataan diatas, anda boleh melawat laman rasmi Shopee Mall Mikaseries di “www.shopee.com.my/mikaseries ” .
Setelah melebarkan sayap di serata Malaysia melalui online dan ejen jualan, MIKASERIES di tawarkan oleh MOODREPUBLIK untuk menyertai acara booth tahunan mereka di beberapa lokasi bandar – bandar utama di Malaysia. Ternyata pilihan untuk menyertai MOODREPUBLIK membuahkan hasil, dan MIKASERIES semakin dikenali.
2018 – Ibarat hujan mencurah ke bumi, Zoey Rahman dijemput oleh platform e-dagang no.1 Malaysia, Shopee untuk menyertai Skuad Selebriti Shopee dan menjadi sebahagian daripada perintis Skuad tersebut. Skuad Selebriti Shopee merupakan sebuah halaman dalam aplikasi Shopee yang didedikasikan untuk menampilkan produk selebriti sahaja. Sejak menyertai Shopee, prestasi jualan dan populariti MIKASERIES menyaksikan peningkatan yang ketara dan menjadikan kedai rasmi MIKASERIES antara TOP 10 dalam kategori Kesihatan dan Kecantikan di Skuad Selebriti Shopee. Hasil kejayaan jualan dan kesungguhan Zoey Rahman berjaya memacu jenama ke mercu jaya yang lebih tinggi dan MIKASERIES berjaya meraihkan anugerah-anugerah berikut: - SQUAD CELEBRITY ICON 2018 – Ukhwah For Ummah - THE MOST ADMIRED LEADERS OF ASIA 2019 Anjuran Global Business Symposium, BARC (Brand Advertising Research and Consulting), ERTC Media (Mumbai India) - SPECIAL TALENT ENTREPRENEUR (100 TOP YOUNG CEO 2019) Anjuran IKON Malaysia dan MOCAD (Malaysian Organization of Company Director’s) - 2 COMMA TRIBE Road to First Million (For Achieving Million in Sales mentored by SifuBads) 2020 – MIKASERIES sekali lagi melalui fasa perubahan penjenamaan logo baharu serta berpindah ke lokasi yang lebih strategik. Kini pejabat urusan MIKASERIES yang beralamat di Bandar Sri Permaisuri Cheras semakin bersedia untuk berdiri saing dengan jenama - jenama antarabangsa yang lain. Ianya berdasarkan maklumat dan kajian pengguna produk yang menyatakan dan membandingkan bahawa hasil menggunakan produk jenama MIKASERIES setanding dengan kualiti produk jenama gah antarabangsa. Kajian dan maklum balas dari pengguna ini bukan sahaja kami perolehi dari dalam Malaysia malah ianya dari pengguna MIKASERIES dari Singapura, Indonesia, Brunei serta Korea. MIKASERIES amat berterima kasih kepada Shopee atas sokongan dan kepercayaan yang diberikan sehingga tercetusnya evolusi sama ada dalam penjenamaan mahupun peningkatan hasil dan kualiti produk. MIKASERIES menuju sasaran menjadi peneraju produk “Unisex Beauty and Cosmetic” No.1 di Malaysia.
Untuk meraikan perkongsian kukuh dengan Shopee dan memeriahkan kempen 10.10 Shopee Brands Festival yang bakal menjelang, pakej edisi terhad MIKASERIES X Shopee yang hanya boleh didapati di Shopee dengan pembelian Set Combo yang terpilih. Menjelang penghujung tahun 2020 sasaran MIKASERIES untuk melebarkan cabang perniagaan offline tercapai, apabila pihak MIKASERIES telah memetrai perjanjian bersama peruncit kesihatan dan kecantikan terkemuka di Malaysia, WATSONS. Pengguna dan pencinta produk MIKASERIES boleh mendapatkan produk kosmetik MIKASERIES di 50 buah cawangan WATSONS (untuk permulaan) seluruh Malaysia. Maklumat lanjut akan kami khabarkan melalui sidang media seterusnya yang akan kami maklumkan kemudian. Selain itu, MIKASERIES juga akan berada di pusat membeli belah terkemuka Q store (Tingkat 1) Quill City Mall di Kuala Lumpur mulai penghujung tahun 2020.
Ketua Pegawai Eksekutif, MIKASERIES, Zoey Rahman berkata, “Harapan kami di MIKASERIES serta MIKAVANGERS, agar jenama MIKASERIES terus melekat di hati penggguna. Apa yang kami tawarkan bukan sekadar produk biasa, tetapi produk berjenama dan berkualiti yang melalui proses “RND” berkali-kali sehingga mencapai tahap piawaian yang kami inginkan sebelum kami pasarkan kepada pengguna. Terima kasih dari hati Ketua Pegawai Eksekutif MIKASERIES – ZOEY RAHMAN kepada semua pihak yang telah mempercayai serta membantu beliau dari awal penubuhan sehingga jenama MIKASERIES berada di tahap ini. Doakan MIKASERIES terus berkembang maju dan terus berdaya saing secara positif di pasaran yang lebih luas.
Tahniah!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan