Jumaat, 30 Oktober 2020

(Ulasan) Suka tengok chemistry Halim Radzi dan Sharifah Husna dalam Dia Bidadari Dari Syurga

Drama Dia Bidadari Dari Syurga di TV Okey berjaya tarik ED menontonnya pada setiap malam. ED suka jalan ceritanya serta chemistry hero & heroin drama ini. Serasi sangat! Banyak kali juga tersenyum sendiri tengok watak Marisa & Naqib Zakwan. Bagi ED, mereka berjaya bawa watak utama.

Sharifah Husna dan Halim Radzi.
Kredit gambar: ig iameffabasri

Episod hari ini sweet sangat lakonan Marisa dan Zakwan di kampung Zakwan. Rupa-rupanya, Zakwan memang jatuh cinta pada Marisa.

Rabu, 28 Oktober 2020

(Update) 4 pelakon utama drama Cukup Derita Itu

Senarai pelakon drama adaptasi novel Cukup Derita Itu sudah diketahui hari ini.

4 pelakon utama drama ini ialah Aeril Zafrel, Janna Nick, Puteri Aishah dan Yusuf Bahrin.

Senarai pelakon penuh boleh tengok di instagram Siti Rosmizah, penulis novelnya. 

Nantikan di slot Samarinda Ramadan 2021. Udada Ubabye!!

Selasa, 27 Oktober 2020

(Sembang) ED pilih tengok drama Dia Bidadari Dari Syurga

Drama pukul 10.00 malam yang ED pilih untuk ditonton ialah drama ini...

Drama Dia Bidadari Dari Syurga lakonan utama Halim Radzi dan Sharifah Husna di TV Okey.

ED pilih drama ni sebab lebih santai dan menghiburkan. Suka tengok watak Naqib Zakwan & Marisa dalam drama ni. Hehehe..m

Udada Ubabye!!

Isnin, 26 Oktober 2020

(Sembang) EA Food Fest Kuantan Parade


EA FESTIVAL KINI KEMBALI .. SEMUA WARGA PANTAI TIMUR DI JEMPUT HADIR BAGI MEMBERI SOKONGAN KEPADA BARISAN USAHAWAN DAN USAHAWAN CELEBRITY YG SUDAH KEHILANGAN SUMBER PENDAPATAN SEPANJANG MUSIM PKP, BANTULAH PARA USAHAWAN SEMALAYSIA #KITAJAGAKITA 

FEST SERENTAKKKKK CHINGGGGG

PERTAMA KALI DALAM SEJARAH EA FESTIVAL BERLANDASKAN SOP YG DITETAPKAN OLEH PIHAK KERAJAAN #KITAJAGAKITA .. JAGA JARAK JAGA SOP JAGA KESELAMATAN .. BANTULAH PARA USAHAWAN YG HILANG SUMBER PENDAPATAN

REFERENCE LAMAN SOSIAL

INSTAGRAM
https://instagram.com/ea_festivalofficial?igshid=1ojpi3qj0xal

FACEBOOK
https://www.facebook.com/eafestival/

EA FESTIVAL HQ WHATSAPP 
https://eafestivalofficial.wasap.my/
_🎪EA Festival Musim KeTujuh (EA7)
_📍Kuantan Parade, Kuantan
_🌍 Pahang Darul Makmur
_🗓‪ 6 Nov 2020 ~ 8 Nov 2020
_📋 Jumaat, Sabtu dan Ahad 
_‪⏰ 10 PAGI - 11 MALAM‬
🎗40 usahawan beauty and fashion🎗
🎗40 usahawan food and beverage🎗
🏆PESTA HARGA RAILING TINGGAL TULANG dan PESTA MENGHIMPUNKANKAN makanan terhebat malaysia hanya di EA Festival musim ketujuh🏆

Ahad, 25 Oktober 2020

(Ulasan) Suka pulak tengok drama Dia Bidadari Dari Syurga

Selesai tengok episod 2 drama Dia Bidadari Dari Syurga malam ini. Apa yang ED boleh katakan, ED suka drama ini. Santai dan ada babak2 kelakar. Tak stres dan tak sakit hati tengok drama ni.

Sharifah Husna & Halim Radzi. Chemistry mereka nampak ngam dalam drama ini.

Drama ini tayang setiap hari pukul 10 malam di TV Okey.

Jumaat, 23 Oktober 2020

(Hiburan) Muna Shahirah duet bersama Zack Zakwan


Kegagalan lagu TEGUH SETIA ke Anugerah Juara Lagu telah membuatkan penyanyi MUNA SHAHIRAH – 26 TAHUN rasa kecewa kerana sewaktu mempersembahkan lagu ciptaan Ibnu & Gouffran di pentas separuh akhir Juala Lagu, Muna telah memberi sepenuh jiwa dan membuat sehabis baik. Tetapi nasib tidak menyebelahi beliau. Mungkin bagi sesetengah penyanyi gagal melangkah ke Anugerah Juara Lagu adalah perkara biasa, tertapi bagi Muna pula sebaliknya.

Muna Shahirah dan Zack Zakwan

Bagi Muna yang juga pemegang ijazah Sains - Matematik (USM), pentas akhir AJL merupakan pintu untuk menonjolkan diri serta bakatnya. Dan berada dipentas besar seperti AJL memang menjadi sasaran utama bagi meletatkan nama beliau setingkat lebih tinggi.

Menurut Muna “Bukan tidak cermin diri atau menolak takdir, tetapi bagi saya peluang tidak selalunya datang kali ke 2 terutama pada pendatang baru seperti saya, memandangkan kini begitu ramai penyanyi baru tumbuh setiap hari. Sebab itu saya paksa diri saya untuk buat sehabis baik sewaktu separuh akhir, dan bila keputusannya begitu saya rasa amat kecewa”.

Setelah Teguh Setia, Muna muncul dengan 2 lagi single solo berjudul Suratan Luka (ciptaan Sharon Paul & Gouffran, Lirik – Fedtri Yahya & A.Aida)  dan Takdir Cinta (ciptaan – Nadi JM, Ibnu & Gouffran, Lirik – Nadi JM ) walaubagimana pun single ke 2 dan ke 3 beliau tidak menyerlah seperti Teguh Setia.

23hb Oktober 2020 – single terbaru MUNA SHAHIRAH duet bersama pendatang baru ZACK ZAKWAN akan dilancarkan di channel Youtube FMC Music jam 8 malam. 

BAGAIMANA ( lagu / lirik ciptaan Gouffran & Sang Hitam ), “ Lagu ini benar benar mengembalikan semangat saya untuk Kembali berdiri, pertama kali dengar melodi dan baca lirik lagu ini membuatkan bulu roma saya meremang, seolah olah ada roh di dalam lagu ini yang memberi saya seribu kekutan dan keyakinan .

Namun kali ini Muna tidak berseorangan. Lagu Duet berentak balada ini dinyanyikan bersama seorang lagi penyanyi lelaki FMC music yang mempunyai karakter vocal yang mantap. 

ZACK ZAKWAN atau nama sebenar Muhamad Shahrul b Mohd Zakuan - 25 tahun sebelum ini pernah muncul dengan single pertama beliau berjudul – KENANGAN ciptaan Haqiem Rusli & Sir Khan. Zack anak ke – 4 dari 6 orang adik beradik merupakan anak jati Negeri Johor. Beliau Lahir dan dibesarkan di Tampoi Johor. 

Bakat beliau yang dicungkil dari aplikasi SMULE  merupakan seorang yang pendiam dan pemalu. Berbekalkan vokal yang baik gandingan Muna Shahirah dan Zack Zakwan serta melodi yang kuat, FMC Music yakin lagu Duet  BAGAIMANA ini akan menjadi lagu yang HIT. Dan pihak FMC Music mengalu alukan pihak produksi drama atau filem untuk menggunakan lagu BAGAIMANA ini sebagai runut bunyi. Kerana melodi serta feel lagu ini sangat bersesuaian dengan drama yang konsepkan kisah romantis
Muna Shahirah dan Zack Zakwan berharap single duet pertama mereka ini diterima peminat serta penggemar lagu lagu romantis khususnya.

“Peminat kami boleh menonton muzik video official lagu BAGAIMANA ini di channel youtube FMC Music mulai jumaat ini (Esok) jam 8 malam. Semoga kalian suka mendengar dan menonton muzik video buah tangan dari kami berdua untuk anda semua” – Muna Shahirah & Zack Zakwan

Khamis, 22 Oktober 2020

(Sembang) Drama Nur 3, pengarah sedang cari penulis skrip

Drama Nur 3, mungkin akan ditayangkan di kaca tv.

Syafiq Kyle & Amyra Rosli hero dan heroin drama Nur.

Pengarah drama Shahrulezad Mohameddin sedang cari penulis skrip untuk drama Nur 3. Ini tanda-tanda akan ada drama Nur 3. Sama-sama kita nantikan perkembangan drama Nur 3.

Isnin, 19 Oktober 2020

(Ulasan) Episod 2 drama Hati Yang Tersakiti

Berikut ulasan episod 2 drama Hati Yang Tersakiti.

Sinopsis:
Rumah Farah disita. Mona mengajak Farah tinggal bersama di rumahnya sementara Farah ada tempat tinggal. Haris keberatan tetapi terpaksa kerana Mona. Haris tidak suka Farah tinggal bersama mereka. Farah mula menunjukkan minat kepada Haris. Mona pula hamil.

Nad Zainal sebagai Mona. 

Ulasan:
Kebaikan Mona mengajak kawannya tinggal bersama dia dan suaminya hari ini menyebabkan penonton rasa geram. Kenapa dia lebih utamakan kawan dia? Apa2 jadi selepas ini, padan muka. Hehehe...

Khamis, 15 Oktober 2020

(Ulasan) Episod 1 drama Hati Yang Tersakiti

Hai, berikut ulasan episod 1 drama Hati Yang Tersakiti.

Sinopsis:
Farah (Mimi Lana) bercerai dengan suaminya kerana suaminya tidak mengizinkannya menjadi model. Pada suatu hari, Mona (Nad Zainal) kawan baiknya mengajak Farah tidur di rumah Mona. Apabila Haris (Remy Ishak) suami Mona balik ke rumah, terkejutnya dia apabila melihat Farah sedang tidur di rumahnya.

Mimi Lana sebagai Farah.

Ulasan:
Drama ini bukan adaptasi bulat2 drama The World of The Married ye... Jalan ceritanya lain. ED suka tengok Mimi Lana bawa watak antagonis dalam drama ini. Hehehe...

Isnin, 12 Oktober 2020

(Update) Dua pelakon utama drama Cukup Derita Itu sudah diketahui

Ini kemas kini drama adaptasi novel Cukup Derita Itu. Dua orang pelakonnya telah diumumkan hari ini oleh penulis novel Siti Rosmizah.

Aeril Zafrel sebagai Zarul dan Janna Nick sebagai Ellani. Kembar Ellani iaitu watak Ellani belum diketahui lagi.

Nantikan drama ini pada Ramadan tahun depan di slot Samarinda TV3. Udada Ubabye!!

Rabu, 7 Oktober 2020

(Drama RTM) Drama Jangan Pernah Lupakan Aku, akan datang...

Drama terbaharu ini adaptasi novel Bahasa Inggeris, Dont Forget To Remember karya Sonia Mael.

Drama Jangan Pernah Lupakan Aku lakonan Julia Farhana Marin dan hero baharu, Bong Wei Jian.

Bong Wei Jian sebagai Jeremy.

Julia Farhana Marin sebagai Ariana.

Uniknya drama ni! Drama ini akan disiarkan di RTM. ED belum tahu tayang tv mana. Nantikan! Udada Ubabye!!

Sabtu, 3 Oktober 2020

(Jom Kenal) Dr. Faisal Ahmad pengacara Agrotek TV1 ialah pensyarah UPSI

Tahukah anda? Pengacara rancangan Agrotrek TV1 ialah seorang pensyarah. 

Dr. Faisal Ahmad merupakan seorang pensyarah di UPSI.

Beliau mempunyai keterampilan tersendiri dalam bidang pengacaraan. Beliau sudah sinonim dengan rancangan Agrotrek.

Beliau meminati sukan lasak dan aktiviti larian.

Tak lekang dengan senyuman...

Kalau dengar suara Dr. Faisal Ahmad, rancangan sukan pun sesuai dikendalikannya.

Rancangan Agrotek TV1 bersiaran pada hari Sabtu pukul 6.00 petang. Bagus rancangan ni tentang pertanian. Udada Ubabye!!

Jumaat, 2 Oktober 2020

(Samarinda TV3) Drama Cukup Derita Itu, Ramadan 2021

Drama Ramadan Slot Samarinda TV3 2021dah tahu dah...

Drama adaptasi novel Siti Rosmizah, Cukup Derita Itu. Pelakon utama belum dipilih lagi.

Drama ini akan dibuat sebanyak 40 episod. Nantikan kemas kini tentang drama ini pada siaran seterusnya. Udada Ubabye!!

Khamis, 1 Oktober 2020

(Jom Kenal) Zali Rusli - Pewangi

Memperkenalkan Zali Rusli, adik Haqiem Rusli.

Zali Rusli.

Baru berusia 15 tahun.

Bakal keluar dengan single Pewangi.

Penyanyi haqiem rusli turut merasa debaran apabila single pertama adik beliau ZALI RUSLI – 15 tahun berjudul PEWANGI ciptaan Haqiem Rusli dan Ibnu bakal dilancarkan tepat jam 12 malam ini (02hb 10 2020) di semua platform streaming – Joox, spotify, deezer dan lain lain.  Manakala muzik video akan di lancarkan bermula jam 8 malam ( 02hb 10 2020) di channel youtube FMC Music.  la muzik video akan di lancarkan bermula jam 8 malam ( 02hb 10 2020) di channel youtube FMC Music.  

Mengikut jejak Haqiem, Zali yang masih ditingkatan 3, merupakan anak bongsu dari 4 beradik turut meminati bidang nyanyian. Acapkali mengikuti dan menonton persembahan abang beliau, Zali merasa teruja dan menyimpan hasrat untuk berkongsi pentas bersama abangnya suatu masa nanti.

Setelah dilamar oleh syarikat rakaman FMC Music, zali dikenakan syarat oleh kedua ibu bapanya agar tidak mengabaikan pelajaran. Malahan Haqiem sendiri selaku abang memberi sokongan sepenuhnya kepada Zali untuk melangkahkan kaki sebagai anak seni tetapi harus memberi tumpuan juga pada pelajaran.

Mempertaruhkan lagu ciptaan abang beliau sendiri, ZALI RUSLI meletakkan harapan yang tinggi pada lagu tersebut dan berharap agar pendengar tidak membandingkan beliau dengan abangnya. Kerana menurut Zali beliau menyampaikan lagu PEWANGI dengan cara nyanyian beliau sendiri dan tidak terpengaruh dengan  cara nyanyian Haqiem Rusli walaupun lagu tersebut dicipta oleh abangnya. 

Video Zali Rusli berduet dengan abangnya, Haqiem Rusli.

PEWANGI lagu terbitan dan edaran FMC Music – Ciptaan HAQIEM RUSLI / IBNU , dan lirik ciptaan sepenuhnya oleh HAQIEM RUSLI.

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi