Jumaat, 23 Oktober 2020

(Hiburan) Muna Shahirah duet bersama Zack Zakwan


Kegagalan lagu TEGUH SETIA ke Anugerah Juara Lagu telah membuatkan penyanyi MUNA SHAHIRAH – 26 TAHUN rasa kecewa kerana sewaktu mempersembahkan lagu ciptaan Ibnu & Gouffran di pentas separuh akhir Juala Lagu, Muna telah memberi sepenuh jiwa dan membuat sehabis baik. Tetapi nasib tidak menyebelahi beliau. Mungkin bagi sesetengah penyanyi gagal melangkah ke Anugerah Juara Lagu adalah perkara biasa, tertapi bagi Muna pula sebaliknya.

Muna Shahirah dan Zack Zakwan

Bagi Muna yang juga pemegang ijazah Sains - Matematik (USM), pentas akhir AJL merupakan pintu untuk menonjolkan diri serta bakatnya. Dan berada dipentas besar seperti AJL memang menjadi sasaran utama bagi meletatkan nama beliau setingkat lebih tinggi.

Menurut Muna “Bukan tidak cermin diri atau menolak takdir, tetapi bagi saya peluang tidak selalunya datang kali ke 2 terutama pada pendatang baru seperti saya, memandangkan kini begitu ramai penyanyi baru tumbuh setiap hari. Sebab itu saya paksa diri saya untuk buat sehabis baik sewaktu separuh akhir, dan bila keputusannya begitu saya rasa amat kecewa”.

Setelah Teguh Setia, Muna muncul dengan 2 lagi single solo berjudul Suratan Luka (ciptaan Sharon Paul & Gouffran, Lirik – Fedtri Yahya & A.Aida)  dan Takdir Cinta (ciptaan – Nadi JM, Ibnu & Gouffran, Lirik – Nadi JM ) walaubagimana pun single ke 2 dan ke 3 beliau tidak menyerlah seperti Teguh Setia.

23hb Oktober 2020 – single terbaru MUNA SHAHIRAH duet bersama pendatang baru ZACK ZAKWAN akan dilancarkan di channel Youtube FMC Music jam 8 malam. 

BAGAIMANA ( lagu / lirik ciptaan Gouffran & Sang Hitam ), “ Lagu ini benar benar mengembalikan semangat saya untuk Kembali berdiri, pertama kali dengar melodi dan baca lirik lagu ini membuatkan bulu roma saya meremang, seolah olah ada roh di dalam lagu ini yang memberi saya seribu kekutan dan keyakinan .

Namun kali ini Muna tidak berseorangan. Lagu Duet berentak balada ini dinyanyikan bersama seorang lagi penyanyi lelaki FMC music yang mempunyai karakter vocal yang mantap. 

ZACK ZAKWAN atau nama sebenar Muhamad Shahrul b Mohd Zakuan - 25 tahun sebelum ini pernah muncul dengan single pertama beliau berjudul – KENANGAN ciptaan Haqiem Rusli & Sir Khan. Zack anak ke – 4 dari 6 orang adik beradik merupakan anak jati Negeri Johor. Beliau Lahir dan dibesarkan di Tampoi Johor. 

Bakat beliau yang dicungkil dari aplikasi SMULE  merupakan seorang yang pendiam dan pemalu. Berbekalkan vokal yang baik gandingan Muna Shahirah dan Zack Zakwan serta melodi yang kuat, FMC Music yakin lagu Duet  BAGAIMANA ini akan menjadi lagu yang HIT. Dan pihak FMC Music mengalu alukan pihak produksi drama atau filem untuk menggunakan lagu BAGAIMANA ini sebagai runut bunyi. Kerana melodi serta feel lagu ini sangat bersesuaian dengan drama yang konsepkan kisah romantis
Muna Shahirah dan Zack Zakwan berharap single duet pertama mereka ini diterima peminat serta penggemar lagu lagu romantis khususnya.

“Peminat kami boleh menonton muzik video official lagu BAGAIMANA ini di channel youtube FMC Music mulai jumaat ini (Esok) jam 8 malam. Semoga kalian suka mendengar dan menonton muzik video buah tangan dari kami berdua untuk anda semua” – Muna Shahirah & Zack Zakwan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi