Isnin, 30 November 2020

(Ulasan) Episod 9 drama Beri Sedikit Waktu

Berikut ulasan episod 9 drama Beri Sedikit Waktu.

Aqasha sebagai Imran. Happy betul dia dalam episod hari ini.

Sinopsis:
Episod hari ini, Imran asyik menyakat Nia sahaja. Dari pasar raya hingga di rumah, Imran asyik menyakat Nia. Imran juga mula suka pada Nia tetapi Nia ada masa sebulan lagi bekerja di rumahnya. Patutlah tajuk drama ini Beri Sedikit Waktu.

Ulasan:
ED tak sangka, lama-kelamaan drama ini jadi drama komedi pulak. Kelakar pulak temgok gelagat Aqasha dan Zara Zya dalam drama ini. Ingatkan drama ni jenis drama sedih memanjang. Drama santai macam ni yang penonton suka tengok.

(Ulasan) Episod 18 drama Cinta Sekali Lagi

Berikut ulasan episod 18 drama Cinta Sekali Lagi.

Amanda dah tahu pasal perangai Amani.

Penampilan istimewa, Dai Syed.

Sinopsis:
Sewaktu Amanda bekerja di luar, Fahad mengajak Amani duduk di rumahnya bersama anak-anak dan Mak Wan. Amani semakin menjadi-jadi perangainya. Amanda mula syak suaminya seperti disihir & Amanda mengajak Fahad dekat kepada Allah kembali. Nasib Amani tak selalu cerah, selepas Amanda tahu perangai sebenarnya daripada Mukhlis dan Yuna, Amanda bekerja balik di Anggun Jewels dan Amanda rapat balik dengan Fahad. Amanda kini semakin tegas dengan Amani.

Ulasan:
Setakat ini, episod hari ini paling best. Sukanya tengok plan Amani gagal & kebangkitan Amanda mempertahankan rumah tangganya. Syok tengok episod hari ini!

Jumaat, 27 November 2020

(Ulasan) Episod 17 drama Cinta Sekali Lagi

Berikut ulasan episod 17 drama Cinta Sekali Lagi.

Lakonan Hannah Delisha sebagai watak antagonis, layak diberi pujian.

Sinopsis:
Fahad semakin dingin dengan Amanda & anak-anaknya. Di pejabat, Fahad juga lebih menyebelahi Amani daripada kawannya Takiyudin. Amani tak putus asa menggunakan jampi untuk mendapatkan Fahad.

Ulasan:
Maaf, setakat ini watak jahat Amani paling menyerlah dalam drama ini. 

(Muzik) Lagu Gerak Lu nyanyian Afieq Shazwan

MUHAMMMAD SHAFIEQ SHAZWAN  atau lebih sinonim dengan panggilan  AFIEQ SHAZWAN – 23, agak terkilan apabila ada pihak yang tidak bertanggung jawap cuba mencemarkan nama baik beliau baru-  baru ini dengan menghebohkan kononnya video telanjang beliau viral di twitter. 

Afieq Shazwan

“Afieq terkejut juga dengar cerita ni, dan afieq cari juga di twitter sebab ramai yang DM afieq kata ada video tak senonoh afieq di twitter, tapi bila cari tak jumpa pun. Dan setahu afieq tak pernah lagi saya bervideo call atau menghantar video yang bukan - bukan pada sesiapa”.

Bercakap tentang perkembangan terkini, Afieq Shazwan bakal melancarkan single dan muzik video terbaru beliau di seluruh saluran digital – Joox, spotify dan lain - lain serta di youtube rasmi FMC MUSIC jumaat ini (27hb NOV 2020) jam 8 malam.

Terdapat khabar yang mengatakan bahawa Afieq agak berang apabila tidak dapat merealisasikan konsep yang dibayangkan sewaktu menyiapkan muzik video single terbaru – GERAK LU. “Actually konsep dan idea muzik video ni dah ok, Cuma afieq ada menyuarakan pendapat untuk muncul lebih berani dalam muzik video kali ini, Afieq nak keluar dengan konsep muzik video yang lebih daring ala barat dan K- pop, afieq request ada babak di mana afieq menari tidak berbaju bersama penari biar Nampak lebih maskulin dan wow. Tetapi malangnya idea tersebut tidak mendapat persetujuan dari pihak syarikat rakaman, memang afieq ada berkeras sikit waktu tu tetapi lepas tu ok dah. Dan afieq memang dah mempuat persiapan dan senaman khusus di gym bersama trainer agar badan afieq betul betul nampak mantap dan seksi dalam muzik video GERAK LU tetapi hanya sia-sia”.

Afieq berpendapat sesuatu muzik video yang dihasilkan perlulah ada Wow Factor 
“sebagai artis kita kena berani. Kalau nak buat biasa – biasa sahaja takut penonton jemu,tambahan pula sekarang ini zaman media sosial, peminat dan penonton lebih suka tonton sesuatu yang unik dan trendy. Tetapi saya tak kata muzik video ni tak menarik Cuma kalau nak tahu apa yang afieq buat kena lah tonton GERAK LU  di youtube. Dan mungkin ada adegan yang kononnya dikatakan viral di twitter tu”  kata afieq berseloroh.

Sebelum single LELAKI DI TELEFON yang hampir mencecah 10 juta tontonan di youtube, Afieq pernah muncul dengan dua buah single balada berjudul SEANDAINYA dan DARJAT. Tetapi malangnya kedua buah lagu ini kurang mendapat sambutan.

“Entah kenapa, mungkin rezeki afieq lebih kepada lagu – lagu rancak agaknya, walau bagaimana pun Afieq tidak akan berputus asa dan akan tetap hasilkan lagu genre balada yang meletop juga nanti, mungkin belum ada rezeki  untuk saya nyanyikan lagu – lagu balada yang kuat dan dapat melekap kat hati pendengar”.

GERAK LU lagu hasil ciptaan dan lirik – DJ Fuzz, Aziquebeats dan faezal merupakan single berentak R&B, single ke 4 Afieq Syazwan. Dan ini merupakan single ke 2 Afieq digandingkan bersama Malik Abdullah setelah  single Lelaki Di Telefon.

“Apa pun afieq tetap rasa puas dengan hasil pembikinan muzik video GERAK LU walaupun tidak semua yang afieq nak tu dapat (menari seksi), tetapi gambaran yang afieq fikirkan  sebelum ini sedikit sebanyak tercapai dalam muzik video GERAK LU.  Sorry pada peminat afieq yang mengharapkan afieq tampil seksi dalam muzik video kali ini”.

Bercakap tentang lirik lagu GERAK LU, afieq berkata kebetulan lirik lagu ini seperti terkena dengan kisah hidup afieq. Dan afieq tujukan lagu ini khas buat seseorang. Siapa orang itu biarlah rahsia dan biar dia sahaja yang tahu. 
“Afieq berharapa lagu gerak Lu ini dapat diterima semua peminat dan pendengar khusunya peminat R&B. sebelum ni Afieq tak sangka Lelaki di telefon mendapat sambutan yang luar biasa, dan moga semua suka dan boleh enjoy dengan buah tangan terbaru afieq ni, tanpa sokongan peminat siapalah Afieq".

Single dan Muzik video GERAK LU akan di lancarkan serentak di semua saluran online digital  termasuk saluran youtube FMC Music mulai Jumaat (27hb November 2020) jam 8 malam.

Khamis, 26 November 2020

(Ulasan) Episod 8 drama Beri Sedikit Waktu

Berikut ulasan episod 8 drama Beri Sedikit Waktu.

Zara Zya sebagai Hananiyah.

Sinopsis:
Nia tak sengaja memecahkan cawan kesukaan Imran. Nia risau jika dia dipecat. Akhirnya, Nia selamat. Imran tidak memecat Nia. Farhan dan isterinya telah diberkas oleh ahlong.

Ulasan:
Suka tengok gelagat watak Nia dan Imran lakonan Zara Zya dan Aqasha. Mereka berjaya menghidupkan drama ini.

(Ulasan) Episod 16 drama Cinta Sekali Lagi

Berikut ulasan episod 16 drama Cinta Sekali Lagi.

Amani mula menggunakan ilmu hitam untuk mendapatkan Fahad.

Sinopsis:
Fahad mula sukakan Amani kerana Fahad sudah terkena ilmu hitam buatan Amani. Perangai Fahad juga mula berubah, kuat berpeluh dan kuat meradang. Fahad juga mula tinggal solat. Mak Wan muka syak sesuatu dengan Amani.

Ulasan:
Tengok drama ada unsur-unsur mistik ni, teringat slot seram di tv3 pada dahulu kala. Satu lagi, jahatnya ko Amani...... Dah mula geram dah dengan dia. Hehehe...

Rabu, 25 November 2020

(Ulasan) Episod 7 drama Beri Sedikit Waktu

Berikut ulasan episod 7 drama Beri Sedikit Waktu.

Aqasha sebagai Imran.

Sinopsis:
Imran dah tahu Nia sudah bercerai dan mempunyai seorang anak. Imran juga menghalau Myra yang datang ke pejabatnya. Imran benci pada Myra. Bekas suami Nia pula ketakutan diburu ahlong.

Ulasan:
ED setuju dengan pendapat ramai, drama ni rasa sekejap je masa tayangannya, lepas tu dah nak pukul 11.00 malam. Sebab apa? Sebab drama ni best. Serius best.

(Ulasan) Episod 15 drama Cinta Sekali Lagi

Berikut ulasan episod 15 drama Cinta Sekali Lagi.

Nelydia Senrose sebagai Amanda.

Sinopsis:
Amanda syak Fahad ada perempuan lain selepas melihat Fahad angkat telefon pada waktu tengah malam. Amani pula jadi batu api, memberitahu Fahad bahawa Amanda memberitahu ibunya tentang Fahad. Mereka sempat bergaduh, selepas itu mereka baik balik. Amani mahu gunakan ilmu penunduk untuk pikat Fahad.

Ulasan:
Drama ini mengingatkan ED kepada beberapa kisah benar di luar sana. Selepas isteri tidak bekerja, si suami buat hal. 

Selasa, 24 November 2020

(Ulasan) Episod 6 drama Beri Sedikit Waktu

Berikut ulasan episod 6 drama Beri Sedikit Waktu.

Puteri Lofea sebagai Myra.

Sinopsis:
Imran demam. Nia menjaga Imran dengan baik. Tiba-tiba, Myra datang ke rumah Imran dan memarahi Nia kerana tidak memberitahunya Imran sakit. Katanya, dia bakal tunang Imran (perasan).

Ulasan:
Pertama kali ED tengok lakonan Puteri Lofea ni. ED nak puji Suhan Movies kerana banyak beri peluang kepada wajah-wajah baharu.

(Ulasan) Episod 14 drama Cinta Sekali Lagi

Berikut ulasan episod 14 drama Cinta Sekali Lagi.

Habis la... Fahad macam dah suka dengan Amani. Fahad ajak Amani makan malam untuk melepaskan tekanan.

Sinopsis:
Rancangan Amani untuk mendekati Fahad semakin menjadi. Amani cuba membuat kakaknya curiga kepada Fahad. Amani juga selalu datang ke rumah bonda & Amani cuba mengambil hati Fahad dengan bersembang topik bola sepak, kesukaan Fahad.

Ulasan:
Dalam episod hari ini, ED belum geram lagi sebab Amanda terlalu memanjakan Amani. Jadi, ED masih tunggu lagi part yang ED boleh sakit hati. Hehehe....

Isnin, 23 November 2020

(Ulasan) Episod 5 drama Beri Sedikit Waktu

Berikut ulasan episod 5 drama Beri Sedikit Waktu.

Aqasha dan Zara Zya.

Sinopsis:
Mira datang ke rumah Imran waktu Imran tiada. Mira pandai-pandai mengubahsuai barang-barang di rumah Imran. Tanpa tahu perkara sebenar, Imran marah dan memecat Nia. Imran ingat Nia yang buat. Akhirnya, Mira beritahu Imran bahawa dia yang ubah suai rumah Imran. Menggelabah Imran.

Ulasan:
ED suka jalan cerita drama ni. Tak bosan tengok.

(Ulasan) Episod 13 drama Cinta Sekali Lagi

Berikut ulasan episod 13 drama Cinta Sekali Lagi.

Saharul Ridzwan dan Hannah Delisha.

Sinopsis:
Akhirnya Amanda setuju untuk berhenti kerja. Amani pula meminta bantuan kakaknya supaya dapat kerja di syarikat Fahad. Habis la, Amani dapat bekerja di syarikat Fahad. Amani mendekati bonda Fahad supaya dapat memikat hati Fahad.

Ulasan:
Dahsyat jalan cerita drama ni, adik mahu rampas suami kakak. Ada ilmu yang kita belajar hari ini, adik ipar tidak boleh kahwin dengan abang ipar selagi abang ipar masih suami kepada kakak.

(Sembang) Pujian untuk keberanian Kak Aishah menyanyikan lagu Aku Bidadari Syurgamu

Jika anda dipilih last minute untuk menyanyikan lagu popular Dato Seri Siti Nurhaliza, Aku Bidadari Syurgamu di pentas separuh akhir Muzik-Muzik 35, apakah yang anda akan lakukan? ED rasa tak semua penyanyi berani seperti penyanyi lagenda Aishah. ED turut bersimpati dengan Kak Aishah kerana dikecam dengan orang-orang yang tidak berpuas hati di media sosial. 

Kak Aishah. ED tabik dengan keberanian dan profesionalisme Kak Aishah menggantikan Dato Seri Siti Nurhaliza.

Jujur daripada hati ED, ED memang teruja sekali apabila mengetahui Kak Aishah yang akan bawa lagu Aku Bidadari Syurgamu. Persembahan Kak Aishah pada malam itu layak diberi pujian kerana beliau mampu menyanyikan lagu itu sehabis baik. Sepenuh tenaga Kak Aishah gunakan untuk deliver lagu tersebut. Semua maklum, Kak Aishah tak sihat pada malam itu dan hampir pengsan. Bagi ED, amat tidak wajar netizen yang mengecam Kak Aishah dengan komen-komen yang tidak baik. Hebat sangatkah kita sehingga mampu mengecam orang sebegitu rupa? Jika kaki kecam tersebut masih remaja atau muda, bertaubatlah (yang berumur pun sama juga). Jagalah adab dengan orang yang lebih tua daripada kita. Jika tak suka tengok, tontonlah apa yang kamu suka. Carilah kebahagiaan dengan buat apa yang kamu suka.

Jika Kak Aishah baca tulisan ini, ED nak beritahu, masih ramai orang yang suka persembahan Kak Aishah pada malam itu. Termasuklah ED. Abaikan orang-orang yang buat Kak Aishah sakit hati kerana masih ramai lagi orang-orang yang menyukai bakat Kak Aishah. Akhir kata, be strong Kak Aishah and good luck kepada team lagu Aku Bidadari Syurgamu.

Sabtu, 21 November 2020

(Sembang) Mungkinkah Aishah?

Katanya Legend dan vokalnya padu yang akan bawa lagu Akulah Bidadari Syurgamu dalam Separuh Akhir Muzik-Muzik 35 malam ini.

Mungkinkah Aishah?

ED suka juga kalau Kak Aishah yang ganti Dato Seri Siti Nurhaliza malam ini. Jadi, teruja nak tengok Separuh Akhir Muzik-Muzik 35 malam ini. Kalau betul Aishah, tak dapat bayangkan la... Entah-entah juara lagu terus. Tentang pembayang nama Siti di depan tu, mungkin pada saat-saat akhir boleh berubah kan?

(Sembang) Lagu Akulah Bidadari Syurgamu SFMM35 akan digantikan dengan Siti..?

Tahun ini penonton berteka-teki lagi tentang siapa pengganti Dato Sri Siti Nurhaliza dalam Separuh Akhir Muzik-Muzik 35. Satu lagu beliau, 7 Nasihat akan digantikan dengan Shiha Zikir. Yang menarik perhatian penonton  sekarang ialah siapa yang akan nyanyi lagu Akulah Bidadari Syurgamu, ost drama 7 Hari Mencintaiku 2?

Dato Sri Siti Nurhaliza.

Di Instagram hot fm, penulis lirik lagu ini beri pembayang bahawa pengganti Tokti ialah penyanyi perempuan yang depannya bernama Siti juga. Di Twitter pula, ada beberapa sumber yang boleh dipercayai mengatakan pengganti Tokti ialah penyanyi lagenda & kehadirannya malam ini pasti akan disukai ramai orang. Ada juga yang ED baca di media sosial mengatakan jangan-jangan Tokti akan buat kejutan malam ini & beliaulah yang akan nyanyi sendiri lagu tersebut.

Ishhh.... Sama-sama kita saksikan malam ini.

Jumaat, 20 November 2020

(Ulasan) Episod 12 drama Cinta Sekali Lagi

Berikut ulasan episod 12 drama Cinta Sekali Lagi.

Nelydia Senrose sebagai Amanda.

Sinopsis:
Amanda terasa apabila suaminya bercerita tentang anak lelaki. Amanda risau mengandung lagi sebab tak dapat anak lelaki. Amanda mahu buat pemeriksaan untuk mendapatkan anak lelaki dan perancangannya telah diketahui oleh Fahad.

Ulasan:
Hari ini tenang sikit tengok drama ni sebab tak nampak Amani biadap lagi dengan suaminya. Dia kan dah janda. Hehehe...

Khamis, 19 November 2020

(Ulasan) Episod 4 drama Beri Sedikit Waktu

Berikut ulasan episod 4 drama Beri Sedikit Waktu.

Zara Zya sebagai Nia. Lakonannya gred A.

Sinopsis:
Nia mula gembira apabila masakannya dimakan oleh Imran. Rezeki Nia juga murah apabila menerima tempahan membuat patung mainan. Kakak Imran cuba menjodohkan Imran dengan Mira tetapi Imran tidak suka. Imran tertekan.

Ulasan:
Episod hari ini, episod senyum. Suka tengok Nia sakat Imran yang OCD tu... Lakonan Zara Zya sentiasa bagus, dari drama Love You Mr. Arrogant lagi.

(Ulasan) Episod 11 drama Cinta Sekali Lagi

Berikut ulasan episod 11 drama Cinta Sekali Lagi.

Saharul Ridzwan dan Nelydia Senrose.

Sinopsis:
Fahad suruh Amanda berhenti kerja tetapi Amanda enggan mengikuti permintaan suaminya. Mereka sempat bergaduh kerana berselisih pendapat. Setelah Amanda mengandung anak kedua, Fahad tidak kisah jika Amanda terus bekerja. Amani pula dihukum oleh suaminya kerana keluar dengan lelaki lain. Selepas tujuh tahun, akhirnya Mukhlis menceraikan Amani.

Ulasan:
Pantas jalan cerita drama ni. Kejap je Amanda dah mengandung anak kedua. Lepas tu, terus tujuh tahun kemudian, anak-anak pun dah besar. Siapa yg tak tengok episod hari ini, mungkin terkejut tengok episod minggu depan. Hehehe..

Rabu, 18 November 2020

(Ulasan) Episod 3 drama Beri Sedikit Waktu

Berikut ulasan episod 3 drama Beri Sedikit Waktu.

Aqasha sebagai Imran, penghidap OCD.

Sinopsis:
Nia bekerja di rumah Imran. Kerana kesilapan kecil, Imran memecat Nia. Nia memegang kaki Imran dan merayu supaya tidak dibuang kerja. Kesannya, Imran tak jadi memecat Nia dan rasanya dia dah suka pada Nia.

Ulasan:
Jalan cerita drama ini rare. Hero drama ini Aqasha sebagai Imran penghidap OCD, tak boleh tengok tempat kotor dan berselerak. Lakonan Aqasha tak perlu ditanya lagi, sentiasa bagus.

(Ulasan) Episod 10 drama Cinta Sekali Lagi

Berikut ulasan episod 10 drama Cinta Sekali Lagi.

Hannah Delisha sebagai Amani yang antagonis.

Sinopsis:
Amani sudah bekerja. Amani juga mengabaikan anak dan suaminya sehingga Mukhlis mahu berbalik kepada Hana, adik Fahad. Amani lebih suka berpoya-poya berbanding menjaga anaknya. Amani juga masih mahu mendekati Fahad.

Ulasan:
Tahniah Hannah Delisha kerana berjaya bawa watak jahat dengan jayanya. Memang sakit hati tengok wataknya.

Selasa, 17 November 2020

(Ulasan) Episod 9 drama Cinta Sekali Lagi

Berikut ulasan episod 9 drama Cinta Sekali Lagi.


Sinopsis:
Amanda dan Amani bersalin pada hari yang sama. Amanda dapat anak perempuan dan Amani dapat anak lelaki. Fahad sebenarnya berharap dapat anak lelaki supaya dapat meneruskan legasinya.

Ulasan:
Belum pernah lagi ED tengok drama, kakak dan adik kahwin serentak, mengandung serentak dan bersalin pun serentak. Oke, rare jalan cerita drama ni...

Isnin, 16 November 2020

(Ulasan) Episod 1 drama Beri Sedikit Waktu

Berikut ulasan episod 1 drama Beri Sedikit Waktu.

Zara Zya sebagai Nia.

Sinopsis:
Nia diceraikan suaminya secara tiba-tiba kerana suaminya berkahwin lagi. Anaknya pula diambil oleh mak mertuanya. Sedihnya...

Ulasan:
Episod 1 je dah dramatik. Lakonan Zara Zya memang tak syak lagi, memang terbaik.

(Ulasan) Episod 8 drama Cinta Sekali Lagi

Berikut ulasan episod 8 drama Cinta Sekali Lagi.

Hannah Delisha dan Nelydia Senrose. Tengok mereka dalam drama ni, teringat drama La Usurpadora. Hehehe...

Sinopsis:
Amanda dan Amani hamil. Setiap kali Amani ingin mendekati Fahad mesti gagal kerana Fahad lebih mengutamakan Amanda. Amani tetap berusaha untuk mendekati Fahad dengan datang ke rumah Fahad dan Amanda pula.

Ulasan:
Drama ini menyerlahkan lagi kepelbagaian bakat Hannah Delisha memegang watak jahat. Selalu kita tengok dia bawa watak heroin yang baik-baik sahaja.

(Muzik) Wani Syaz tampil dengan Habibi

Pernah di kecam kerana cubaan menari di dalam muzik video lagu berjudul Pendusta Cinta membuat pemilik nama NURSYAZWANI BT SELAMAT – 23 TAHUN atau lebih mesra dengan panggilan WANI SYAZ lebih dikenali ramai. Ramai dikalangan netizen yang menyokong tindakan berani Wani dan tidak kurang juga yang mengecam. Namun jika dilihat dari sudut positif, tindakan yang diambil amat bertepatan dengan lagu tersebut malah menampakkan kematangan Wani Syaz.

“Sebagai anak seni saya kena berani mencuba walaupun hakikatnya Wani memang sedikit malu pada awalnya, tetapi bila dah cuba saya rasa selesa dan best pula. Jika tak cuba saya tak akan keluar dari zon selesa saya, bimbang nanti peminat akan bosan, dan syukur muzik video tersebut mencecah 26 juta tontonan di Youtube”.
Menyertai pertandingan Gema Gegar Vaganza juga adalah salah satu Tindakan berani Wani syaz sepanjang bergelar anak seni. 

“Sebelum menyertai GGV ramai yang tidak tahu dan tidak yakin akan kemampuan saya membawakan lagu – lagu bernada tinggi, tetapi setelah menyertai pertandingan tersebut ternyata saya berjaya membuka mata ramai pihak akan kemampuan saya termasuk syarikat rakaman saya FMC Music.” 

Tidak terasa perjalanan kerjaya seni Wani Syaz hampir mencecah 8 tahun. Bermula di tahun 2013 Wani muncul dengan single pertama berjudul  - I Cinta Jer , Kemudian meledak dengan lagu Lepaskan dan Alhamdulillah. 

Single duet  Wani Syaz bersama Wany Hasrita – SINAR TERINDAH merupakan single pertama Wani berduet dengan artis wanita. Dan lagu ini merupakan ciptaan Wani Syaz sendiri dan lirik dihasilkan bersama Wany Hasrita. Sebelum ini Wani  hanya digandingkan dengan penyanyi lelaki sahaja -  Lepaskan, Alhamdulillah dan Kembalilah wani digandingkan bersama Juzzthin dan Pendusta Cinta digandingkan bersama Waris.
Wani Syaz boleh dikatakan antara artis yang tersenarai dalam kalangan selebriti tempatan yang tiada gosip atau cerita negetif. Mungkin kerana sikap beliau yang berhati hati dan kurang bergaul sesama artis di dalam industri hiburan. 

“Bukan sombong atau taknak bergaul, tetapi saya lebih selesa bersama ummi (panggilan ibu) walau kemana saya pergi, jika ummi tak ikut ke KL, lepas habis kerja Wani terus pulang ke Batu Pahat bagi menumpukan perhatian kepada restoran kami – Beezer box yang juga terletak di Batu Pahat Johor”


16 November 2020  (isnin) jam 8 malam, secara rasminya single ke 9  (muzik video) Wani Syaz akan dilancarkan di saluran youtube FMC MUSIC. Kali ini Wani Syaz mempertaruhkan lagu padang pasir dengan sentuhan moden.

HABIBI – lagu ciptaan dan lirik – DJ FUZZ, AZIQUEBEATS  dan WARIS ini merupakan lagu ke – 2 Wani Syaz digandingkan bersama Waris. Habibi mengisahkan seorang insan yang ingin mencari teman hidup. Bagi Wani Syaz beliau tiada masalah untuk menyanyikan lagu irama begini kerana irama padang pasir yang diterapkan sentuhan moden seperti ini merupakan genre kegemaran Wani dan sangat bersesuaian dengan vocal Wani.

“Moga – moga  lepas  tonton muzik video Habibi ini nanti, tiada yang akan kecam Wani. Bagi lah peluang Wani keluar dari kotak dan zon selesa Wani, kalau boleh dimasa akan datang Wani nak cuba genre yang jauh lebih berbeza supaya Wani dapat buktikan dan cabar  kemampuan vokal Wani”.

Wani berharap Lagu Habibi ini mendapat tonton yang lebih tinggi berbanding muzik video Pendusta Cinta yang mencecah 26 Juta Tontonan. Eksklusif, jom kita tengok beberapa gambar dalam video klip Habibi.







Jangan lupa, tonton video klip Habibi pukul 8 malam ini. Udada Ubabye!!

Sabtu, 14 November 2020

(Drama Baharu) Drama Aku Seorang Perempuan, akan datang...

Wah, drama ni lain daripada yang lain. Drama biografi daripada kisah hidup Siti Nordiana. Tajuknya, Aku Seorang Perempuan.

Drama ini bukan lakonan Siti Nordiana tetapi Atikah Suhaime yang akan menjadi watak Siti Nordiana. Fezrul Khan juga akan membintangi drama ini sebagai watak utama juga.

ED belum tahu drama ini untuk tayangan tv mana. Nanti ED update lagi. Bakal dinanti ramai peminat Nana drama ni. Semoga berjalan dengan lancar.

Jumaat, 13 November 2020

(Ulasan) Keseluruhan drama Dia Bidadari Dari Syurga

Selesai tengok episod akhir drama Dia Bidadari Dari Syurga di TV Okey.

Happy ending. Akhirnya, Marisa dan Zakuan kahwin juga.

Ulasan keseluruhan:
ED boleh katakan drama ini merupakan drama terbaik dari segi para pelakonnya, jalan ceritanya dan latar tempatnya. Walaupun drama ini santai tetapi tidak membosankan. Setiap episodnya membuatkan kita tersenyum. Tahniah untuk pelakon utama drama ini iaitu Sharifah Husna dan Halim Radzi kerana lakonan mereka berjaya memikat hati penonton (lakonan mantap).

Akhir kata, tahniah untuk semua team drama ini. Terbaik!

(Ulasan) Episod 7 drama Cinta Sekali Lagi

Berikut ulasan episod 7 drama Cinta Sekali Lagi.

Nelydia Senrose sebagai Amanda.

Sinopsis:
Amanda terlalu memanjakan dan mempercayai adiknya. Dia sanggup bermasam muka dengan Fahad kerana mahu membela adiknya. Amani pula ambil kesempatan supaya dapat dekat dengan Fahad.

Ulasan:
Emosi dah tengok drama ni. Tak suka watak Amanda hari ini. Nanti suami dia kena sailang dengan Amani, baru padan muka. Lagi 1, memang betul kata Fahad, jangan masuk campur hal rumah tangga orang. Dalam realiti pun sama, kita jangan masuk campur hal rumah tangga orang lain.

(Sembang) Elly Mazlein artis berprestasi tinggi 2020

Hai, ED mengikuti Elly Mazlein dari dulu lagi. Dari lagu Sutera Kasih, Bakawali sehingga dia dah jadi Kak Lina Pom Pom. ED rasa tahun ini Elly Mazlein merupakan artis kreatif berprestasi tinggi. Semua yang dia ceburi, menjadi

Elly Mazlein aka Kak Lina Pom Pom.

Antara kejayaan atau prestasi Elly Mazlein tahun ini:
- Watak Mona Kampung People 2 disukai ramai.
- Lagu Empat Dara nyanyiannya disukai ramai.
- Pengacaraannya disukai ramai
- Jadi juri netizen Big Stage pun disukai ramai.
- Seorang artis yang berdisiplin dan menjaga masa. Disenangi pihak penerbit.

Ramai yang meramalkan Elly Mazlein Bintang Paling Popular pada malam ini. Kalau betul, sesungguhnya Elly Mazlein memang layak. Good luck!

Khamis, 12 November 2020

(Sembang) Cik B paling mencuri perhatian dalam Lelaki Lingkungan Cinta

Dalam drama Lelaki Lingkungan Cinta, ED boleh simpulkan bahawa Cik B paling menjadi tumpuan penonton. Ramai penonton suka personaliti Cik B dalam drama ni. Banyak juga komen-komen yang ED baca berbunyi begini, "aku tengok drama Lelaki Lingkungan Cinta sebab Cik B"

Cik B sebagai instafamous Maria.

Bakat Cik B boleh digilap lagi tetapi keberaniannya berlakon bolej dipuji. Tahniah Zeel Productions sebab berani ambil wajah-wajah baharu dalam drama Lelaki Lingkungan Cinta. ED cadangkan selepas ini, boleh ambil Cik B jadi heroin drama pula :)

(Ulasan) Episod 6 drama Cinta Sekali Lagi

Berikut ulasan episod 6 drama Cinta Sekali Lagi.

Hannah Delisha sebagai Amani, watak antagonis.

Sinopsis:
Amani baru tahu Mukhlis bukan bakal CEO dan bukan orang kaya. Amani juga baru sedar Fahad lebih tampan & lebih kaya berbanding suaminya. Amani bertambah iri hati dengan kakaknya. 

Ulasan:
Lakonan Hannah Delisha menjadi dalam drama ini. Ya, ED menyampah tengok watak Amani lakonannya sebagai seorang yang tamak dan penting diri sendiri. Puas hati tengok majlis perkahwinan dia tak semegah yang disangka. Hehehe...

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi