Jika anda dipilih last minute untuk menyanyikan lagu popular Dato Seri Siti Nurhaliza, Aku Bidadari Syurgamu di pentas separuh akhir Muzik-Muzik 35, apakah yang anda akan lakukan? ED rasa tak semua penyanyi berani seperti penyanyi lagenda Aishah. ED turut bersimpati dengan Kak Aishah kerana dikecam dengan orang-orang yang tidak berpuas hati di media sosial.
Kak Aishah. ED tabik dengan keberanian dan profesionalisme Kak Aishah menggantikan Dato Seri Siti Nurhaliza.
Jujur daripada hati ED, ED memang teruja sekali apabila mengetahui Kak Aishah yang akan bawa lagu Aku Bidadari Syurgamu. Persembahan Kak Aishah pada malam itu layak diberi pujian kerana beliau mampu menyanyikan lagu itu sehabis baik. Sepenuh tenaga Kak Aishah gunakan untuk deliver lagu tersebut. Semua maklum, Kak Aishah tak sihat pada malam itu dan hampir pengsan. Bagi ED, amat tidak wajar netizen yang mengecam Kak Aishah dengan komen-komen yang tidak baik. Hebat sangatkah kita sehingga mampu mengecam orang sebegitu rupa? Jika kaki kecam tersebut masih remaja atau muda, bertaubatlah (yang berumur pun sama juga). Jagalah adab dengan orang yang lebih tua daripada kita. Jika tak suka tengok, tontonlah apa yang kamu suka. Carilah kebahagiaan dengan buat apa yang kamu suka.
Jika Kak Aishah baca tulisan ini, ED nak beritahu, masih ramai orang yang suka persembahan Kak Aishah pada malam itu. Termasuklah ED. Abaikan orang-orang yang buat Kak Aishah sakit hati kerana masih ramai lagi orang-orang yang menyukai bakat Kak Aishah. Akhir kata, be strong Kak Aishah and good luck kepada team lagu Aku Bidadari Syurgamu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan