Semalam ED dah tengok dengan kepala mata ED sendiri telefilem Demi Tuhan Aku Bersaksi di TV1. Khabarnya telefilem ini dah tertangguh 2 tahun tayangannya kerana diprotes segelintir netizen. Katanya tak sesuai, mengangkat kaum LGBT & memalukan institusi tertentu. Selepas menonton telefilem ini semalam, tiada satupun babak kontroversi, babak panas atau babak yang boleh mengundang sensasi malah telefilem ini sebuah naskhah yang layak dipuji dari segi jalan cerita dan lakonan para pelakonnya.
Syafie Naswip berlakon dengan begitu cemerlang sekali dalam telefilem ini. Lakonannya mengundang sedih para penonton.
Sedikit sinopsis tentang telefilem ini, mengisahkan tentang Hamid (Syafie Naswip) bekas transgender yang ingin berhijrah menjadi baik tetapi diuji dengan orang-orang di sekelilingnya. Tak semua orang boleh menerima Hamid. Di pusat tahfiz, Hamid difitnah oleh para pelajar di sana lalu dibuang dari pusat tahfiz. Akhirnya, Hamid bertemu dengan Kiyai Mustaffa dan dia lebih tenang tinggal bersama Kiyai Mustaffa. Apa yang ED nampak, cerita ini banyak menekankan isu jangan menilai orang daripada luarannya dan masa lalunya. Jangan juga mudah percaya kepada rakaman video sekerat jalan.
ED bagi 5/5 bintang untuk telefilem ini. Part ending semalam, bikin suspens je. Tahniah untuk semua team Demi Tuhan Aku Bersaksi. Tahniah juga untuk TV1. Udada Ubabye!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan