Jumaat, 4 Disember 2020

(Buah Mulut) Nasi kangkang menjadi bualan hangat dalam Cinta Sekali Lagi

Dalam segmen baharu Buah Mulut hari ini, ED nak membincangkan kisah nasi kangkang yang dipaparkan dalam drama Cinta Sekali Lagi. Dah lama tak dengar perkataan nasi kangkang kan?

Hannah Delisha sebagai Amani yang mengamalkan nasi kangkang untuk menundukkan Fahad.

Babak nasi kangkang yang diketengahkan dalam drama Cinta Sekali Lagi secara tak langsung memberitahu penonton, lebih-lebih lagi generasi muda tentang sihir nasi kangkang ini. Perbuatan nasi kangkang ini wujud dalam masyarakat kita. Ingat, nasi kangkang ini syirik dan berdosa besar.

Dulu baca kisah nasi kangkang ni di majalah Mastika dan tengok cerita seram pada zaman dahulu. Tak sangka, dalam drama Cinta Sekali Lagi ada babak nasi kangkang. Ini ilmu buat kita. Yang buruk jadikan sempadan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi