Khamis, 31 Disember 2020

(Carta Top 10) Drama Kesukaan EDtv 2020

Hai, hari ini 31 Disember 2020. Seperti biasa di EDtv, ED akan senaraikan 10 drama kesukaan ED pada tahun ini. Carta Top 10 Drama Kesukaan EDtv 2020 ini berdasarkan skala kesukaan dan keterujaan ED menonton sesebuah drama.

Jom kita mulakan!

10. Drama Seadanya Aku TV3. ED suka tengok Zara Zya dan Azlee Khairi bergandingan lagi dalam drama ini.

9. Drama Budak Tebing TV3. Jalan ceritanya lain dan dekat dengan masyarakat kita. ED suka!

8. Drama Bulan di Kota Langit TV OKEY. Jalan ceritanya tentang adik-beradik 4 lelaki & 1 perempuan menarik untuk ditonton.

7. Drama Cinta Sekali Lagi TV3. Tak boleh lupa part nasi kangkang Amani. Rare drama Akasia macam ni. Hehehe... 

6. Drama Beri Sedikit Waktu TV3. Tema penghidap OCD yang dipaparkan menarik minat untuk ditonton. Chemistry Aqasha dan Zara Zya pun best.

5. Drama 7 Hari Mencintaiku 2 TV3. Drama ini banyak bermain dengan emosi penonton. 

4. Drama Manuskrip Cinta TV OKEY. ED suka drama ni sebab santai dan gandingan Siti Saleha dan Fadlan Hazim ni ngam la.

3. Drama Misteri Mona TV3. Sesekali layan drama berat macam ni, best! Drama psiko thriller yang bagi ED hebat!

2. Drama Dia Bidadari Dari Syurga TV OKEY. ED suka drama ni, kesederhanaan drama ni dan gandingan hero & heroin drama ni. Terbaik!

Juara, drama Korban Kasih TV1. Buat pertama kalinya, ED paling suka drama TV1 ni sebab jalan ceritanya sedih, suasana kampung yang indah dan lakonan para pelakon yang mantap! Terbaik drama ni, memang drama ni buat ED teruja nak tengok setiap episodnya.

ED tahu, ramai dah boleh jangka drama nombor 1 pilihan ED tahun ini.

Sekali lagi, ED ingatkan, drama-drama di atas antara 10 drama yang ED suka pada tahun ini. Sebenarnya banyak lagi drama best, tapi itulah ... ED kongsi 10 je drama Kesukaan EDtv. Terima kasih kerana sudi mengikuti EDtv :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi