Rabu, 31 Mac 2021

(Ulasan) Episod 3 drama Tak Sempurna Mencintaimu

Berikut ulasan episod 3 drama Tak Sempurna Mencintaimu.

Gandingan serasi Redza Rosli dan Intan Najuwa.

Sinopsis:
Rupanya ayah Taqim kahwin dengan Melisa dan ayahnya sudah menghalau Taqim kerana fitnah Melisa. Sebab tu Taqim benci sangat dengan ayah dia dengan Melisa. Emak Sirat dah tahu rahsia kemalangan Safwan.

Ulasan:
Pergaduhan Taqim dengan Sirat buat penonton tersenyum. Lakonan mereka menjadi la tu. Lakonan Wan Maimunah sentiasa mantap!

Selasa, 30 Mac 2021

(Ulasan) Episod 2 drama Tak Sempurna Mencintaimu

Berikut ulasan episod 2 drama Tak Sempurna Mencintaimu.

Nice chemistry! Gandingan Intan Najuwa dan Redza Rosli.

Sinopsis:
Taqim mencuba pelbagai cara untuk mendekati Sirat. Mereka selalu bertengkar tetapi Taqim sebenarnya saja nak mendekati Sirat dengan cara menyakitkan hati Sirat.

Ulasan:
Drama ini hari ini banyak babak kelakar. Pertengkaran Sirat & Taqim menceriakan penonton :) ED suka juga watak Kak Siti lakonan Azza.

Isnin, 29 Mac 2021

(Ulasan) Episod 1 drama Tak Sempurna Mencintaimu

Berikut ulasan episod 1 drama Tak Sempurna Mencintaimu.

Intan Najuwa dan Redza Rosli.

Sinopsis:
Mengisahkan tentang Sirat (Intan Najuwa) dari kampung dan Taqim (Redza Rosli) dari bandar yang bertemu di balai polis. Mereka bertemu kerana adik Sirat terlanggar motor Taqim di jalan raya. Sirat mahu bertanggungjawab atas kerugian yang dialami oleh Taqim. Daripada pertemuan itu, Taqim mula suka kepada Sirat.

Ulasan:
Episod 1 drama ni best.

Sabtu, 27 Mac 2021

(Muzik) Ijam Majid hadir dengan single terbaharu, Dua Insan

Selepas kejayaan single PERMAINANMU yang dikeluarkan pada tahun lepas dan mendapat sambutan di radio Indonesia dan Malaysia, kini Ijam Majid melancarkan
single terbaru bertajuk DUA INSAN pada 21 Mac 2021 di bawah label Fusion Records. Ini diikuti dengan muzik video yang juga dilancarkan pada tarikh yang sama.

Ijam Majid

Menurut penyanyi Ijam Majid, kisah di sebalik lagu DUA INSAN ini adalah mengenai kekasih yang bercinta dengan rakan karib pasanganya tanpa pengetahuanya.

Lirik dan lagu Dua Insan dicipta sepenuhnya oleh komposer baru iaitu Mr Lycon.

Bermula karier seorang pelakon pada 2007, Ijam Majid mula memberi tumpuan dalam bidang nyanyian bermula pada tahun 2016 dengan single pertama bertajuk PEJUANG CINTA.

Selepas itu nama Ijam Majid mula meniti naik apabila single kedua beliau bertajuk PERMAINAMU mendapat sambutan di Indonesia dan Malaysia. Dan lagu PERMAINANMU juga mendapat tempat dibeberapa buah station radio di Indonesia.

Seperti artis lain yang berusaha keras pada masa yang sukar ini, Ijam Majid juga
terus berfikiran positif untuk terus menyanyi. Tetapi sehingga pandemik ini selesai,
Ijam Majid akan terus berharap agar dapat kembali membuat persembahan secara langsung di masa akan datang.

Dua Insan adalah sebuah hadiah yang istimewa buat semua peminat setia Ijam Majid dan berharap lagu Dua Insan dapat memenangi hati para pendengar semua. 

Lagu Dua Insan juga boleh di dengar di semua digital platform antaranya Spotity, Joox, KKbox, Deezer, YouTube dan juga di iTunes.

Untuk lebih mengetahui tentang Ijam Majid, ikuti:

● YouTube : https://youtube.com/channel/UCImGdA2WjSidXzIHvq6_lIQ

● Facebook : https://www.facebook.com/IJAM-MAJID-100196145465434/

● Instagram : www.instagram.com/ijammajid_official
Twitter : https://twitter.com/_ijammajid?s=08
#ijammajid #empireijammajid

Jumaat, 26 Mac 2021

(Drama Baharu) Drama Covid Oh Covid, bermula 2 April ini...

Drama baharu, Covid Oh Covid akan ditayangkan bermula 2 April ini di slot Lestary TV3.

Antara pelakon drama ini, Nora Danish dan Syafiq Kyle.

Selamat menonton drama komedi ini.

(Update) Tarikh siaran drama Hati Yang Dikhianati

Tarikh siaran drama Hati Yang Dikhianati adalah pada 12 April ini setiap Isnin hingga Jumaat pukul 6 petang di Astro Prima.

Pelakon utama Isyariana dan Amar Baharin.

Selamat menonton!

Rabu, 24 Mac 2021

(Drama Baharu) Drama The Hotel lakonan MK K-Clique dan Mira Filzah, akan datang...

Drama baharu ini memperkenalkan MK K-Clique sebagai hero dan bergandingan dengan Mira Filzah sebagai heroin.

Drama The Hotel, akan datang di slot Megadrama Astro Ria.

Drama ini arahan Michael Ang. Khabarnya, drama ini lain daripada yang lain. Nantikan!

Selasa, 23 Mac 2021

(Drama Baharu) Drama Masih Ada Rindu, akan datang...

Drama adaptasi novel terbaharu, Masih Ada Rindu, akan datang di slot Akasia TV3.

Mimi Lana dan Farid Kamil, pelakon utama drama ini.

Nantikan drama terbitan Nuansa Film ini di TV3. Drama ini 16 episod sahaja.

Ahad, 21 Mac 2021

(Sembang) Alif Satar dan Daiyan Trisha, pengacara baharu Muzik Muzik 36

Pengacara baharu Muzik Muzik 36...

Alif Satar dan Daiyan Trisha, pengacara baharu Muzik Muzik 36.

Nantikan Muzik Muzik 36 berwajah baharu dan pengacara baharu bermula esok di TV3.

Sabtu, 20 Mac 2021

(Drama Baharu) Drama Kampung Kolesterol, akan datang pada Ramadan ini...

Antara drama Ramadan pada tahun ini yang bakal menjadi perhatian ialah drama Kampung Kolesterol.

Para pelakon drama ini, Ziana Zain, Mas Idayu, Aiman Tino, Sufian Suhaimi dan ramai lagi pelakon best2.

Nantikan drama 20 episod ini di TV9.

Selasa, 16 Mac 2021

(Update) Tarikh siaran drama Tak Sempurna Mencintaimu

Akhirnya, dah ada tarikh tayangan drama Tak Sempurna Mencintaimu.

Drama ini akan ditayangkan pada 29 Mac 2021, setiap hari pukul 7 petang di TV3. Pelakon utama Redza Rosli dan Intan Najuwa.
Kredit: ig solaweddingcouture

Nantikan drama adaptasi daripada novel best seller ini di slot Akasia.

Isnin, 15 Mac 2021

(Update) Tajuk drama Mis Tres Hermanas Malaysia, Hati Yang Dikhianati

Tajuk drama adaptasi telenovela Mis Tres Hermanas versi Malaysia ialah Hati Yang Dikhianati.

Antara barisan pelakon drama ini.

Nantikan tayangannya di Astro Prima. Amacam tajuk versi Malaysia?

Ahad, 14 Mac 2021

(Tahniah) Keputusan AJL35

Berikut keputusan AJL35.

Persembahan terbaik:
Zizi Kirana - Eh

Vokal terbaik:
Ernie Zakri - Gundah

Ketiga:
Wany Hasrita & Dato Jamal Abdillah - Belenggu Rindu

Kedua:
Aina Abdul - Semalam

Juara:
Kaka, Noki, Loca B - Gila

Noki, Kaka dan Loca B

Aina Abdul.
Kredit: ig muzikmuzik_official

Tahniah!

Sabtu, 13 Mac 2021

(Update) Fikry Ibrahim ganti Redza Rosli dalam drama Ayahanda

Ada perubahan pelakon dalam drama adaptasi novel Ayahanda.

Fikry Ibrahim akan menggantikan Redza Rosli dalam drama ini sebagai watak utama.

Nantikan drama sedih ini di slot Lestary TV3. 

Jumaat, 12 Mac 2021

(Drama Baharu) Drama Kekasih Hati Mr. Bodyguard, akan datang...

Drama adaptasi novel terbaharu, Kekasih Hati Mr. Bodyguard akan datang di slot Lestary TV3.

Khabarnya, pelakon utama drama ini Sharifah Rose dan Redza Rosli.

Nantikan!

Selasa, 2 Mac 2021

(Drama Baharu) Drama Imamku Lelaki Pendosa, akan datang...

Drama adaptasi novel terbaharu, Imamku Lelaki Pendosa akan datang di TV3. Belum tahu lagi slot mana.

Lakonan Dato' Aaron Aziz dan Sophia Al-Barakbah. Gandingan baharu ni.

Drama ini terbitan Global Station. Drama ini agak berat dan jalan ceritanya tentang seorang suami yang baik tetapi menyukai hubungan sesama jenis. Panas! Nantikan ye...

Isnin, 1 Mac 2021

(Drama Baharu) Drama Kisah Cinta Rumi, akan datang...

Drama baharu, Kisah Cinta Rumi akan datang di slot Lestary TV3.

Para pelakon drama ini, Khai Bahar, Riena Diana, Sharifah Rose, Hariz Hamdan dan ramai lagi.

Nantikan!

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi