Selasa, 27 April 2021

(Ulasan) Episod akhir drama Tak Sempurna Mencintaimu

Berikut ulasan episod akhir drama Tak Sempurna Mencintaimu.

Penutup drama yang dramatik hari ini.

Sinopsis:
Epul, Siti dan Rokiah minta maaf kepada Sirat. Sirat dah tahu semua tentang kejahatan Melissa. Melissa yang bunuh emak Sirat. Berlaku pergelutan antara Sirat dengan Melissa. Taqim datang dan akhirnya Taqim yang ditikam oleh Melissa. Kyle cuba melarikan Melissa tetapi mereka kemalangan dan meninggal dunia. Taqim juga meninggal dunia.

Ulasan:
Episod hari ini ada babak sedih dan ada babak puas hati. Puas hati tengok Sirat lawan dengan Melissa walaupun Sirat kena pijak-pijak dengan Melissa. Penutup drama yang baik dan penuh aksi. Tahniah kepada team drama ini.

Isnin, 26 April 2021

(Ulasan) Episod 27 drama Tak Sempurna Mencintaimu

Berikut ulasan episod 27 drama Tak Sempurna Mencintaimu.

Intan Najuwa terpaksa menelan beribu makian akibat watak Sirat yang terlalu baik.

Sinopsis:
Rokiah sudah mendapatkan balasan atas perbuatannya. Akibat Sirat terlalu baik hati, Melissa memerangkan Taqim sekali lagi. Sirat nampak Taqim tidur bersama Melissa lagi.

Ulasan:
Maaf, ED terpaksa cakap ini... ED setuju dengan netizen. Watak Sirat ni terlalu *tuuuttt....*. Mungkin inilah sebab tajuknya Tak Sempurna Mencintaimu. Tak Sempurna okey....

(Drama Baharu) Drama Kerana Dia Suka, akan datang...

Sebuah lagi drama adaptasi novel akan tayang di kaca tv anda. Tajuknya Kerana Dia Suka.

Pelakon utama drama ini, Fikry Ibrahim dan Scha Elinnea.

Drama ini akan diterbitkan oleh Zeel Productions. Nantikan di TV3.

Ahad, 25 April 2021

(Ulasan) Episod 26 drama Tak Sempurna Mencintaimu

Berikut ulasan episod 26 drama Tak Sempurna Mencintaimu.

Melissa semakin mengganas.

Sinopsis:
Memang betul tekaan ramai. Melissa yang baling serbuk kari pada emak Sirat. Emak Epul tahu kejahatan Melissa dan bersubahat dengan Melissa. Melissa juga yang menyebabkan Sirat gugur. Jahatnya Melissa.

Ulasan:
Tak senang duduk tengok episod hari ini. Best!

Sabtu, 24 April 2021

(Ulasan) Episod 25 drama Tak Sempurna Mencintaimu

Berikut ulasan episod 25 drama Tak Sempurna Mencintaimu.

Wan Maimunah.

Rita Nadira. Watak Melissa semakin popular sejak kebelakangan ini.

Sinopsis:
Melissa risau jika emak Sirat boleh melihat semula. Dalam episod hari ini menunjukkan Melissa yang balik serbuk kari pada emak Sirat. Melissa juga kantoi dengan Safwan, katanya nak pergi usrah tetapi keluar dengan Kyle. Akhirnya, emak Sirat dapat melihat semula selepas berjaya menjalani pembedahan tetapi meninggal dunia selepas bahagia seketika.

Ulasan:
Huhuhu.... ED tak boleh tengok part watak emak meninggal dunia. Sedih.

Jumaat, 23 April 2021

(Ulasan) Episod 24 drama Tak Sempurna Mencintaimu

Berikut ulasan episod 24 drama Tak Sempurna Mencintaimu.

Rita Nadira.

Sinopsis:
Sebenarnya, Melissa memang ada niat jahat kepada Sirat. Melissa juga masih menyimpan hati kepada Taqim. Melissa masak pajeri nenas dan buat jus nenas untuk Sirat dengan harapan kandungan Sirat gugur.

Ulasan:
Semakin ke penghujung episod, semakin menarik kisah antara Melissa, Sirat & Taqim.

Khamis, 22 April 2021

(Ulasan) Episod 23 drama Tak Sempurna Mencintaimu

Berikut ulasan episod 23 drama Tak Sempurna Mencintaimu.

Intan Najuwa

Sinopsis:
Sirat ni degil betul, seboleh-bolehnya dia nak Melissa tinggal di rumahnya. Emak Sirat dapat rasa Melissa bukan orang baik walaupun Sirat kata Melissa dah berubah. Emak Sirat tidak suka kepada Melissa.

Ulasan:
Geram tengok perangai Sirat yang baik tak bertempat. Terima kasih Intan Najuwa, lakonan awak berjaya.

Rabu, 21 April 2021

(Ulasan) Episod 22 drama Tak Sempurna Mencintaimu

Berikut ulasan episod 22 drama Tak Sempurna Mencintaimu.

Rita Nadira dan Intan Najuwa.
Kredit: Twitter Farez Jamal

Sinopsis: 
Melissa semakin kerap datang ke rumah Taqim sebab Sirat melayannya. Sirat juga menawarkan Melissa tinggal bersama mereka. Taqim risau jika Melissa melakukan sesuatu yang tidak baik.

Ulasan:
ED masih nak tahu, apa agenda Melissa sebenarnya.

Selasa, 20 April 2021

(Ulasan) Episod 21 drama Tak Sempurna Mencintaimu

Berikut ulasan episod 21 drama Tak Sempurna Mencintaimu.

Rita Nadira sebagai Melissa.

Sinopsis:
Mata emak Sirat kena baling serbuk kari yang dicampurkan dengan sesuatu. Mata emak Sirat perlu dibedah segera untuk mengelakkan buta. 

Tiba-tiba, Melissa datang ke rumah Taqim dengan imej bertudung. Melissa meminta maaf kepada Sirat dan Taqim.

Ulasan:
Curious, Melissa ni dah baik atau masih jahat lagi. Hehehe...

Isnin, 19 April 2021

(Ulasan) Episod 20 drama Tak Sempurna Mencintaimu

Berikut ulasan episod 20 drama Tak Sempurna Mencintaimu.

Wan Maimunah sebagai Hasnah.

Sinopsis:
Sirat mengandung. Sirat balik ke rumah emaknya untuk memberitahu emaknya. Ada seseorang yang melemparkan sesuatu di mata emak Sirat. Sebelum tu mak Sirat bergaduh dengan Rokiah. Siapakah yang jahat tu?

Ulasan:
Drama ni mula panas balik. Dfah ada yang jadi jahat balik. Part paling best hari ini tengok mak mak gaduh :)

Ahad, 18 April 2021

(Ulasan) Episod 19 drama Tak Sempurna Mencintaimu

Berikut ulasan episod 19 drama Tak Sempurna Mencintaimu.

Aniq Suhair dan Intan Najuwa.

Sinopsis:
Sirat dah boleh berjalan semula. Safwan pula diminati oleh Cammy. Cammy sanggup datang ke rumah Safwan untuk membantu emak Safwan. Epul pula sudah berubah menjadi orang yang baik.


Ulasan:
Episod hari ini santai-santai je.. Oke la tu!

Sabtu, 17 April 2021

(Sembang) Mikabytee oleh Zoey Rahman

Tahniah Zoey Rahman!

Zoey Rahman keluar dengan produk terbaru, Mikabytee

Setelah kosmetik di bawah jenama mikaseries mendapat tempat di pasaran tempatan. Pekakon dan pengacara Zoey rahman kembangkan perniagaan ke bidang f&b.. Projek pertama yg di hasilkan di bawah jenama  - Mikabitee  sempena ramdhan ini ialah - nutella brownies premium dark chocolate yang dah mula dilancarkan secara online - shopee mulai semalam.

Brownies ni sangat sedap. Keras di tangan dan lembut cair dimulut. Tidak terlalu manis kerana kita gunakan premium dark coklat so rasanya tidak terlalu manis seperti brownies yang biasa kita makan. Memang layan makan brownies ni.. Sangat sesuai dimakan bila masa.dan sesuai utk di jadikan hadiah hamper atau di hidangkan di hari raya kerana telah siap di potong dadu. Pack yg boleh di tutup semula dan kedap udara. Yang berminat nak jd ejen dan stokis sila dm ig Zoey Rahman.


Selain itu Zoey juga turut berkolaberasi dengan sahabatnya - firdaus feeq mengahsilkan dendeng bakar special yg unik. Dendeng bakar Zoey Rahman - Ianya berbentuk daging salai yang di potong nipis dan mudah di makan. Sangat sesuai utk yang mengamalkan makanan sihat tanpa minyak kerana ianya di salai.

Ada ayam daging lembu dan kambing. Senang nak makan dan kunyah sebab ianya nipis. Ada beberapa perisa seperti BBQ, perasa original dan pedas.

(Ulasan) Episod 18 drama Tak Sempurna Mencintaimu

Berikut ulasan episod 18 drama Tak Sempurna Mencintaimu.

Intan Najuwa

Sinopsis:
Melissa mempunyai masalah mental dan dimasukkan ke rumah sakit jiwa. Sirat menyuruh Taqim membantu Melissa walaupun Melissa pernyah menyakiti Sirat. Taqim geram dengan permintaan Sirat.

Ulasan:
Kadang-kadang kalau ada watak yang baik sangat pun susah juga. Buat penonton geram :)

Jumaat, 16 April 2021

(Ulasan) Episod 17 drama Tak Sempurna Mencintaimu

Berikut ulasan episod 17 drama Tak Sempurna Mencintaimu.

Fendy Bakry.

Sinopsis:
Epul minta maaf kepada emak Sirat seakan dia sudah menyesal akan kesilapannya. Sirat sudah dibenarkan pulang ke rumahnya. Emak Sirat mengadakan kenduri kesyukuran sempena Sirat sihat dan Sirat sudah bernikah. Epul mahu meninggalkan kampungnya kerana malu.

Ulasan:
Fendy Bakry antara pelakon yang berbakat. ED dapat rasa lakonannya seorang lelaki yang patah hati kerana cintanya tidak berbalas.

Khamis, 15 April 2021

(Sembang) Rita Nadira berjaya bawa watak jahat dalam drama Tak Sempurna Mencintaimu

Nama Rita Nadira semakin dikenali dek watak jahatnya sebagai Melissa dalam drama Tak Sempurna Mencintaimu.

Rita Nadira.

Jujurnya, daripada episod 1 lagi, ED dah suka tengok lakonan Rita Nadira. Lakonannya ada aura dan karisma. Watak jahatnya menjadi, memang sakit hati tengok lakonannya.

Selamat maju jaya untuk next drama Rita Nadira. Tahniah Zeel Productions kerana berjaya menggilap sebutir lagi bintang.

(Ulasan) Episod 16 drama Tak Sempurna Mencintaimu

Berikut ulasan episod 16 drama Tak Sempurna Mencintaimu.

Redza Rosli, Aniq Suhair dan Fendy Bakry.

Sinopsis:
Sirat hilang disebabkan Epul berkomplot dengan Melissa. Epul membawa Sirat ke taman lalu diserahkan kepada Melissa. Sirat diseksa oleh Melissa. Taqim terpaksa ikut cakap Melissa untuk mengelakkan Sirat daripada dibunuh. 

Akhirnya, Melissa tewas dan ditangkap pihak berkuasa. Taqim dan Sirat kahwin juga akhirnya.

Ulasan:
Dahsyat episod hari ini. Tak sanggup nak tengok Sirat diseksa oleh Melissa. Walaupun ini hanya sebuah drama. Hehehe.....

Rabu, 14 April 2021

(Ulasan) Episod 15 drama Tak Sempurna Mencintaimu

Berikut ulasan episod 15 drama Tak Sempurna Mencintaimu.

Intan Najuwa dan Redza Rosli.

Sinopsis:
Sirat semakin pulih tetapi masih belum boleh berjalan. Epul pula kembali baik kepada Sirat dan keluarganya. Taqim nekad untuk menikahi Sirat di hospital. Sirat hilang pada hari pernikahan.

Ulasan:
Wah, semakin mendebarkan drama ini! 

Selasa, 13 April 2021

(Ulasan) Episod 14 drama Tak Sempurna Mencintaimu

Berikut ulasan episod 14 drama Tak Sempurna Mencintaimu.

Redza Rosli dan Intan Najuwa.

Sinopsis:
Pada hari pernikahan Sirat dan Taqim, Sirat dilanggar kereta. Melissa yang langgar Sirat. Huhuhu... Tragisnya drama ini.

Ulasan:
Sedihnya jalan cerita drama ini. Tak satu2 dugaan hidup Taqim.

Isnin, 12 April 2021

(Ulasan) Episod 13 drama Tak Sempurna Mencintaimu

Berikut ulasan episod 13 drama Tak Sempurna Mencintaimu.

Redza Rosli dan Datuk Ahmad Tarmimi Siregar.

Sinopsis:
Taqim dan Sirat dah bertunang. Ayah Taqim pulak meninggal dunia. Melissa pula berkelakuan seolah-olah dia yang menyebabkan kematian suaminya dan dia menyalahkan Sirat atas apa yang telah terjadi.

Ulasan:
Jalan cerita drama ini semakin menarik. Nak tahu apa kesudahan Melissa dalam drama ini.

Ahad, 11 April 2021

(Drama Baharu) Drama Kiblat Yang Hilang, drama pukul 7 di Awesome TV

Awesome TV mempersembahkan drama Ramadan mereka pada tahun ini iaitu drama Kiblat Yang Hilang. Rasanya antara drama yang hebat juga ni..

Barisan pelakon drama ini, Neera Azizi, Badrul Muhayat, Azhan Rani, Zul Huzaimy, Laila Nasir, Sweet Qismina dan ramai lagi.

Drama ini akan ditayangkan bermula 12 April ini pukul 7 petang setiap hari Isnin hingga Jumaat. Selamat menonton!

Jumaat, 9 April 2021

(Sembang) Mengapa semua pelakon tidak guna loghat Perlis dalam drama Tak Sempurna Mencintaimu?

Beberapa orang di Instagram EDtv tanya, mengapa semua pelakon tidak guna loghat Perlis dalam drama Tak Sempurna Mencintaimu? Sebab penggambaran dah cantik di Perlis tetapi pelakon tak cakap Perlis. Berikut jawapan daripada penerbit drama ini, Haji Zil.

Drama Tak Sempurna Mencintaimu semakin hari semakin menarik untuk ditonton.

Menurut Haji Zil, drama Tak Sempurna Mencintaimu bukannya drama tentang kisah orang utara atau orang Perlis. Pada awalnya penggambaran drama ini sepatutnya dilakukan di Kuala Kangsar Perak, tetapi disebabkan Covid, hanya Perlis sahaja kawasan yang sesuai untuk shooting.

Walaupun penggambaran di Perlis, dalam drama tidak dinyatakan latar tempatnya di Perlis. Jadi, logiklah para pelakon tidak bercakap Perlis. Terima kasih Haji Zil atas jawapannya :)

(Ulasan) Episod 12 drama Tak Sempurna Mencintaimu

Berikut ulasan episod 12 drama Tak Sempurna Mencintaimu.

Intan Najuwa dan Wan Maimunah. Sedih pulak tengok babak ni.

Sinopsis:
Sirat sudah berjumpa dengan ayah Taqim. Ayah Taqim tanya soalan-soalan sensitif kepada Sirat, namun Sirat tenang dan tidak cepat melatah. Akhirnya, ayah Taqim secara senyap-senyap merisik Sirat.

Ulasan:
Watak Sirat dalam drama ini yang ED suka ialah tak cengeng dan tidak mudah putus asa. Tahniah untuk Intan Najuwa kerana berjaya bawa watak Sirat.

Khamis, 8 April 2021

(Ulasan) Episod 11 drama Tak Sempurna Mencintaimu

Berikut ulasan episod 11 drama Tak Sempurna Mencintaimu.

Rita Nadira, semakin menjadi-jadi jahatnya dia dalam drama ini.

Sinopsis:
Melissa semakin menjadi-jadi jahatnya. Dia menolak meja makan gerai Sirat, biadap dengan ayah Taqim dan juga sanggup buat apa sahaja untuk dapatkan Taqim. Sirat tidak akan tinggalkan Taqim walaupun diugut oleh Melissa.

Epul dan Melissa bekerjasama untuk mendapatkan crush masing-masing. Ayah Taqim mahu Taqim dan Sirat ke fasa yang lebih serius.

Ulasan:
Lakonan Rita Nadira semakin menyerlah dalam drama ini. ED rasa bintangnya bakal bersinar selepas ini.

Rabu, 7 April 2021

(Ulasan) Episod 10 drama Tak Sempurna Mencintaimu

Berikut ulasan episod 10 drama Tak Sempurna Mencintaimu.

Rita Nadira sebagai Melisa.

Sinopsis:
Melisa balik ke rumah Taqim. Keranan kebiadaban Melisa, Taqim menampar Melisa. Rupanya, Melisa penyebab Taqim dihalau dan dibenci oleh ayahnya sebelum ini. Melisa fitnah Taqim mahu meniduri dirinya.

Ulasan:
Rita Nadira, pelakon baharu yang berjaya bawa watak jahat dengan baik. Good job!

Selasa, 6 April 2021

(Ulasan) Episod 9 drama Tak Sempurna Mencintaimu

Berikut ulasan episod 9 drama Tak Sempurna Mencintaimu.

Redza Rosli sebagai Mustaqim.

Sinopsis:
Akhirnya, Taqim berlembut hati dan balik menjenguk ayahnya. Mungkin faktor nasihat Sirat juga sebelum ini supaya Taqim memaafkan ayahnya.

Ulasan:
Huhuhu... Touching tengok episod hari ini. Tengok anak dan ayah dah berbaik.

Isnin, 5 April 2021

(Ulasan) Episod 8 drama Tak Sempurna Mencintaimu

Berikut ulasan episod 8 drama Tak Sempurna Mencintaimu.

Datuk Ahmad Tarmimi Siregar sebagai ayah Taqim.

Sinopsis:
Taqim mula memaafkan ayahnya. Taqim mula mendoakan ayahnya. Ayah Taqim block kad kredit Melisa dan ayah Taqim menyuruh drivernya memujuk Taqim pulang ke rumah.

Ulasan:
Tahun ini, drama Ramadan dapat tengok lakonan Datuk Ahmad Tarmimi Siregar lagi di kaca tv. Tahun lepas beliau jadi ayah yang membuang anak perempuannya dalam drama Korban Kasih.

Ahad, 4 April 2021

(Ulasan) Episod 7 drama Tak Sempurna Mencintaimu

Berikut ulasan episod 7 drama Tak Sempurna Mencintaimu.

Lydiawati sebagai Rokiah, watak antagonis drama ini.

Sinopsis:
Rokiah menyerang Sirat dengan emaknya di gerai. Rokiah menuduh Sirat dan emaknya menggunakan ilmu hitam kerana restoran anaknya tidak ramai orang datang. Sebenarnya, Rokiah memang berdendam dengan emak Sirat.

Ulasan:
Geramnya tengok perangai Rokiah hari ini. Lakonan pelakon senior Lydiawati berkesan buat penonton geram.

(Drama Baharu) Drama Kuali Mentua Lauk Menantu, drama Ramadan TV2

Ini drama Ramadan TV2 pada tahun ini...

Drama Kuali Mentua Lauk Menantu lakonan Hafreez Adam, Afifah Nasir dan ramai lagi...

Drama ini akan tayang bermula 7 April ini pukul 6 petang di TV2. Selamat menonton.

(Drama Baharu) Drama Anak Sena, akan datang...

Nantikan sebuah drama yang mengisahkan tentang Cikgu Amir di perkampungan orang asli menerusi drama Anak Sena.

Ben Amir sebagai Cikgu Amir.

Drama ini akan ditayangkan di slot Lestary TV3. Boleh tengok ni...

Sabtu, 3 April 2021

(Ulasan) Episod 6 drama Tak Sempurna Mencintaimu

Berikut ulasan episod 6 drama Tak Sempurna Mencintaimu.

Kehadiran Wan Maimunah dalam drama ini mengubati kerinduan penonton drama Melayu.

Sinopsis:
Taqim berbual dengan emak Sirat di telefon. Emak Sirat mula menerima Taqim dan emak Sirat reda jika Taqim adalah jodoh anaknya. Emak Sirat menasihati Taqim, jika suka Sirat, jangan berdiam sahaja.

Akhirnya, Taqim dah berbaik dengan Sirat.

Ulasan:
Lakonan Wan Maimunah memang meresap di jiwa penonton. Lakonannya dalam babak sedih, tidak boleh dinafikan lagi. Memang hebat!

Jumaat, 2 April 2021

(Ulasan) Episod 5 drama Tak Sempurna Mencintaimu

Berikut ulasan episod 5 drama Tak Sempurna Mencintaimu.

Fendy Bakry sebagai Saiful.

Sinopsis:
Saiful meluahkan perasaan sukanya kepada Sirat sewaktu mereka keluar makan malam. Namun, Sirat belum ada ruang di hatinya untuk Saiful. Persoalan pergaduhan emak Sirat dan emak Saiful belum lagi terungkap.

Ulasan:
Lakonan Fendy Bakry dalam drama ini nampak natural dan macam itulah watak dia yang sebenar, lebih-lebih lagi dia memang orang Perlis. Penggambaran drama ini kan di Perlis.

Khamis, 1 April 2021

(Ulasan) Episod 4 drama Tak Sempurna Mencintaimu

Berikut ulasan episod 4 drama Tak Sempurna Mencintaimu.

Intan Najuwa sebagai Sirat.

Sinopsis:
Sirat dah tahu tentang Safwan menyembunyikan kebaikan Taqim kepada keluarganya. Sirat marah dan mahu memulangkan duit yang diberikan oleh Taqim. Sirat dah tak tahan digula-gulakan oleh Taqim.

Ulasan:
Untuk drama ini, ED puji lakonan Intan Najuwa yang semakin matang. Terbaik!

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi