Isnin, 31 Mei 2021

(Ulasan) Episod 14 drama Cukup Derita Itu

Berikut ulasan episod 14 drama Cukup Derita Itu.

Ruhainies.

Sinopsis:
Lani selamat bernikah dengan Zarul. Mak Ngah sengaja berpura-pura sakit supaya Lani balik ke rumah pada hari pernikahannya. Zarul datang ke rumah Lani & Zarul dah tahu layanan buruk Mak Ngah kepada Lani.

Ulasan:
Setiap episod best drama ni...

Jumaat, 28 Mei 2021

(Update) Meriahkan malam hujung minggu ini bersama Awesome TV

Kuala Lumpur - 27 Mei 2021. Saksikan filem Jaan E Mann, Bad Boys II dan Takbir Semalam filem yang menarik bakal memeriahkan hujung minggu penonton di kaca televisyen hanya di  Awesome TV.

Slot Hindi Special akan menayangkan filem Jaan E Mann. Jaan E Mann merupakan sebuah filem muzikal romantik Hindi yang ditulis dan diarahkan oleh Shirish Kunder. Dibintangi oleh Salman Khan, Preity Zinta dan Aksyah Kumar. Menceritakan kisah Suhaan Kapoor dan Piya Goyal yang jatuh cinta sewaktu di universiti dan berkahwin. Namun, Suhaan harus merahsiakan perkahwinannya untuk menaikkan kariernya sebagai bintang filem dan ketika kariernya merudum, dia pulang ke rumah dan mendapati bahawa Piya telah pergi meninggalkannya dan menerima notis penceraian. Suhaan cuba menyatukan Agasthya dan Piya supaya dia tidak perlu membayar alimoni. Saksikan pada hari Jumaat, 28 Mei 2021, jam 9.30 malam. 

Manakala Bad Boys II merupakan filem komedi aksi Amerika yang diarahkan oleh Michael Bay. Dibintangi oleh Martin Lawrence dan Will Smith sebagai dua detektif narkotik Miami, Marcus Burnett dan Mike Lowrey. Bad Boys II menceritakan tentang Miami yang dibanjiri dengan ekstasi yang datang dari Cuba melalui pengedar dadah terkemuka Johnny Tapia. Detektif Mike Lowrey dan Marcus Burnett berada dalam kes tersebut, dan bertekad untuk membawa lelaki itu ke muka pengadilan. 
Saksikan Bad Boys pada Sabtu, 29 Mei 2021, 10.00 malam di Awesome TV.

Telefilem Takbir Semalam akan ditayangkan pada 30 Mei 2021, Ahad, 9.00 malam di slot Ohsem Tele. Takbir Semalam mengisahkan Mak Yah terkenal dengan sikap yang suka memaki hamun dan bercakap kasar. Tahun ini merupakan tahun pertama bagi Mak Yah untuk menyambut Hari Raya seorang diri. Orang kampung sedih melihat Mak Yah kerana dia masih lagi belum boleh menerima hakikat kerana semua ini berlaku di atas sikapnya yang sering memarahi anak menantunya sehingga mereka sekeluarga nekad keluar dari rumah dan terlibat dengan kemalangan yang meragut nyawa mereka semua. Lakonan Fauziah Nawi, Wan Sharmila dan Syazwan Zulkifly.

(Update) Drama Budak Tebing 2 bermula 3 Jun 2021

Siapa yang tak sabar nak tengok drama Budak Tebing 2 angkat tangan?

Drama Budak Tebing 2 bermula 3 Jun ini di slot Lestary TV3. Ganti drama Kekasih Hati Mr. Bodyguard.

Antara pelakon drama ini ialah Aedy Ashraf, Adam Lee, Syafie Naswip, Fariz Iskandar, Khalis Dean dan ramai lagi. Selamat menonton!

Khamis, 27 Mei 2021

(Ulasan) Episod 13 drama Cukup Derita Itu

Berikut ulasan episod 13 drama Cukup Derita Itu.

Jasmin Hamid sebagai Mak Ngah Gayah.

Sinopsis:
Usaha Mak Ngah Gayah nak pisahkan Zarul dengan Lani gagal. Walaupun Mak Ngah dah beritahu sebab sebenar Lani kahwin dengan Zarul sebab Mak Zarul, Zarul tetap akan berkahwin dengan Lani demi ibunya. Mak Ngah cuba beri separuh emasnya kepada Lani supaya Lani tidak jadi kahwin dengan Zarul.

Ulasan:
Watak Mak Ngah lakonan Jasmin Hamid antara faktor penarik drama ini. Walaupun watak jahat, ED suka tengok Mak Ngah Gayah lakonan Jasmin Hamid.

(Update) Drama Masih Ada Rindu ganti Sabarlah Duhai Hati

Inilah drama yang akan menggantikan drama Sabarlah Duhai Hati di slot Akasia TV3.

Drama Masih Ada Rindu lakonan Mimi Lana dan Farid Kamil. Dijangka tayang 2 Jun ini.

Nantikan!

Rabu, 26 Mei 2021

(Ulasan) Episod 12 drama Cukup Derita Itu

Berikut ulasan episod 12 drama Cukup Derita Itu.

Ruhainies dan Hisyam Hamid. Lakonan air mata yang wow!

Sinopsis:
Lani terpaksa setuju berkahwin dengan Zarul kerana tidak mahu Zarul mencederakan dirinya dengan mengunci dirinya di dalam bilik. Lani juga tidak mahu membiarkan emak Zarul terus sedih. Kerana cemburu dengan Lani dan abang Salwa, Zarul mengunci dirinya di dalam bilik.

Ulasan:
Jalan cerita drama ini bagus sebab buat penonton rasa serba salah juga seperti bagaimana Lani rasa serba salah juga nak terima Zarul ke tak. Kira lakonan mereka sampai di hati penonton.

Selasa, 25 Mei 2021

(Ulasan) Episod 11 drama Cukup Derita Itu

Berikut ulasan episod 11 drama Cukup Derita Itu.

Terbaik lakonan Ruhainies sebagai Ellani.

Sinopsis:
Ellani yang kena jaga Mak Ngah. Lana sudah belajar di UK, habis duit simpanan Mak Ngah Lana curi. Ellani mahu balik ke kampung kerana tidak mampu membayar duit sewa rumah Mak Ngah. Ayah Zarul mahu Ellani nasihatkan Zarul supaya Zarul pulih.

Ulasan:
ED suka tengok watak Ellani lakonan Ruhainies. Ellani ni bukan wanita lemah tetapi banyak juga dia lawan Mak Ngah sejak Mak Ngah dia sakit. Mulut dia pun laser. Hehehe....

Isnin, 24 Mei 2021

(Ulasan) Episod 10 drama Cukup Derita Itu

Berikut ulasan episod 10 drama Cukup Derita Itu.

Mak Ngah Gayah dah balik ke rumahnya.

Ruhainies dan Chacha Maembong.

Sinopsis:
Lani tahu bahawa Lana suka pergi kelab malam dan keluar dengan lelaki lain. Walau bagaimanapun, Lana tidak akan membiarkan Zarul bersama dengan Lani. Zarul pula sudah menyatakan cintanya kepada Lani.

Ulasan:
Lama-kelamaan, penonton dah boleh terima gandingan Ruhainies dan Chacha Maembong sebagai kembar Ellani dan Ellana dalam drama Cukup Derita Itu.

Jumaat, 21 Mei 2021

(Sembang) Sinopsis drama Diva Popular

Kuala Lumpur – 20 Mei 2021. Konflik di antara dua diva tanah air, Fauziah Ahmad Daud dan Erma Fatima pernah mengemparkan industri hiburan pada tahun 90-an sehinggakan kontroversi diangkat menjadi sebuah telefilem bertajuk Pengantin Popular pada 1994. Pengantin Popular seterus menjadi fenomena angkara jalan cerita yang memaparkan kisah sebenar industri seni tempatan di samping lenggok perbualan yang unik sesama mereka turut menjadi ikutan ketika itu.

Selepas 27 tahun, kisah pertelingkahan ini kembali berterusan dalam drama 21 episod bertajuk Diva Popular arahan Rashid Sibir terbitan Rumah Karya Citra dan skripnya ditulis oleh Erma Fatima sendiri. Drama Diva Popular masih mengekalkan Fauziah Ahmad Daud dan Erma Fatima sebagai teraju utama bersama Tiz Zaqyah, Nabila Huda, Ben Amir dan Syafiq Kyle untuk menambahkan kehangatan siri tersebut.

Telah mula menemui penonton melalui Slot Dramatix, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam hingga 8.00 malam hanya di Awesome TV di Astro, saluran 123 dan MyTV, saluran 112. 

Diva Popular mengisahkan pertelingkahan yang tiada kesudahan di antara anak-anak Diva Popular Dato Rona Alfonso (Erma Fatima) dan Lola Kartika (Fauziah Ahmad Daud) yang merupakan musuh sejak azali. Bukan hanya dalam bidang lakonan malah turut bersaing dalam semua perkara termasuk perebutan seorang lelaki yang sama suatu ketika dahulu sehingga tercetusnya perang besar antara mereka.
Kini, sejarah 27 tahun itu berulang kembali apabila perkara yang sama berlaku kepada anak mereka iaitu Ika Natalia (Tiz Zaqyah) dan Erma Erika (Nabila Huda). Kedua-duanya merupakan pelakon sedang meningkat naik berebutkan seorang pelakon lelaki bernama Syazwan (Ben Amir). 

Erma Erika mempunyai ramai pengikut di sosial media. Dia digambarkan pelakon kayu yang tidak berbakat dan masa sama bergelar Youtuber dengan suara ke laut. Ika Natalia pula pernah merangkul anugerah berpaksikan popular dan kini bercita-cita untuk menjadi pelakon terbaik. Malangnya, Ika Natalia tidak berdisiplin dan dalam masa sama hanyut bercinta dengan Syazwan. 

Pertelingkahan antara Ika Natalia dan Erma Erika telah melibatkan kedua ibu mereka, Dato Rona Alfonso dan Lola Kartika yang menyebabkan perang besar tercetus kembali.   

Khamis, 20 Mei 2021

(Ulasan) Episod 9 drama Cukup Derita Itu

Berikut ulasan episod 9 drama Cukup Derita Itu.

Hisyam Hamid sebagai Zarul.

Sinopsis:
Zarul nak sangat jumpa Ellani. Apabila Ellani datang berjumpa dengan Zarul, Zarul nak Ellani temankan dan suapkan nasi ayam. Selepas kemalangan, perangai Zarul macam budak-budak.

Ulasan:
Hisyam Hamid, antara pelakon dari Singapura yang berbakat dan tanpa kontroversi. 

Rabu, 19 Mei 2021

(Ulasan) Episod 8 drama Cukup Derita Itu

Berikut ulasan episod 8 drama Cukup Derita Itu.

Lakonan Jasmin Hamid sebagai Mak Ngah Gayah, terbaik!

Sinopsis:
Mak Ngah Gayah, Zarul dan emak Zarul kemalangan. Zarul tidak jadi bernikah dengan Lana. Zarul hilang ingatan, dia suka pada Ellani pulak. Paling best, Mak Ngah Gayah lumpuh. Padan muka!

Ulasan:
Sebab dah sebati dengan jalan cerita drama ini, ED suka tengok watak Mak Ngah Gayah lumpuh. Rasa gembira. Hehehe... Ini maknanya, lakonan Jasmin Hamid sebagai Mak Ngah Gayah menjadi!

Selasa, 18 Mei 2021

(Ulasan) Episod 7 drama Cukup Derita Itu

Berikut ulasan episod 7 drama Cukup Derita Itu.

Lakonan Ruhainies mantap! Banyak air matanya yang berguguran.

Sinopsis:
Mak Ngah seksa Lani cukup-cukup sebab emak Zarul memarahi Mak Ngah kerana kejam terhadap Lani. Emak Zarul dah tahu tentang kejahatan Mak Ngah.

Ulasan:
Lakonan Ruhainies dalam drama ini meruntun jiwa. Lakonan dia diseksa seakan diseksa betul-betul. Huhuhu, sedih drama ni.

(Sembang) Rezeki Sharifah Rose jadi heroin drama Kekasih Hati Mr. Bodyguard

Pemilihan Sharifah Rose menjadi heroin drama Kekasih Hati Mr. Bodyguard menuai pro dan kontra netizen. Lumrah, ada yang suka, dan ada yang sebaliknya. Namun begitu, penerbit Haji Zil menyukai lakonan Sharifah Rose dalam drama tersebut. Ini pula pendapat ED tentang lakonan Sharifah Rose.

Sharifah Rose. Rezeki dia, selepas drama Kisah Cinta Rumi, dia tampil sebagai heroin drama Kekasih Hati Mr. Bodyguard.

Pada pendapat ED, Sharifah Rose mempunyai pakej sebagai seorang pelakon. Cantik dan lakonannya boleh diterima. Lontaran vokalnya juga jelas apabila bercakap. Paling penting, keberanian dia berlakon sebagai heroin drama. Itu yang patut dipuji.

Akhir sekali ED nak cakap, kalau anda perasan, penerbit Creative Skill Solution memang banyak menampilkan hero & heroin baharu. Tengok balik, Mia Ahmad (Hati Seorang Perempuan), Niena Baharun (Sayangku Kapten Mukhriz) , Nadia Brian (Sweetie Nanie) dan ramai lagi. Jadi, tahun ini sudah tiba masa penerbit tersebut memperkenalkan heroin baharu.

Isnin, 17 Mei 2021

(Ulasan) Episod 6 drama Cukup Derita Itu

Berikut ulasan episod 6 drama Cukup Derita Itu.

Lia Natalia sebagai Salwa. Suka tengok watak Salwa dalam drama ini.

Sinopsis:
Salwa berpakat dengan abang dia untuk buat Amirul cemburu. Di rumah Amirul, Salwa buat seperti Lani dengan abangnya sebagai sepasang kekasih. Amirul mula rasa cemburu.

Ulasan:
ED kenal Lia Natalia ni dari program Pilih Kasih lagi. Lakonan Lia Natalia sebagai Salwa dalam drama ini bikin penonton tersenyum. Salwa ini ibarat pendingin hawa, menyejukkan sikit emosi penonton.

Selasa, 11 Mei 2021

(Ulasan) Episod 3 drama Cukup Derita Itu

Berikut ulasan episod 3 drama Cukup Derita Itu.

Jasmin Hamid sebagai Mak Ngah Gayah.

Sinopsis:
Mak Ngah menyuruh Lani tandatangan surat penyerahan tanah pusaka milik ibu bapanya. Kerana Lani enggan menandatangani surat itu, Mak Ngah menyeksa Lani di rumah. Ditamparnya Lani & Mak Ngah tak bagi Lani makan kerak nasi beriani.

Ulasan:
Lakonan jahat Jasmin Hamid sebagai Mak Ngah Gayah tak perlu dipertikaikan lagi. Memang bikin penonton geram.

RAYA TETAP OHSEM BERSAMA FILEM MENARIK DI AWESOME TV

Kuala Lumpur - 11 Mei 2021. Raya tahun ni masih tak dapat balik kampung sebab PKP, siap kena berkurung di rumah. Namun raya tetap ohsem dengan Awesome TV! duduk di depan kaca televisyen bersama keluarga layan filem pecah panggung Abang Long Fadil, Abang Long Fadil 2, KL special Force, Sembilu dan Sembilu II pada Hari Raya ini di Awesome TV.

Abang Long Fadil ialah sebuah filem komedi aksi Malaysia arahan Syafiq Yusof. Dibintangi oleh Zizan Razak, Tauke Raja Lawak, Kamal Adli, Soffi Jikan, Aaron Aziz, Yassin Yahya, Syamsul Yusof dan Harun Salim Bachik.
Fadil tidak mahu lagi masuk campur dalam dunia kongsi gelap setelah sahabat baiknya Malik dijatuhkan hukuman penjara selama lima tahun. Fadil mahu bebas daripada geng Shark, tetapi dia perlu melaksanakan satu tugasan terakhir untuk membebaskan diri daripada kumpulan gangster tersebut. 
Saksikan filem Abang Long Fadil pada Hari Raya Pertama, Khamis, 13 Mei 2021 jam 10.00 malam.

Manakala Abang Long Fadil 2 akan ditayangkan pada Hari Raya kedua, Jumaat, 14 Mei 2021, jam 9.00 malam. Merupakan filem aksi komedi Malaysia arahan dan lakon layar oleh Syafiq Yusof. Mengisahkan perjalanan hidup Fadil (Zizan Razak) yang terjerumus ke dalam dunia kongsi gelap, didalangi oleh Taji Samprit (A. Galak) dan anaknya Wak Doyok (Wak Doyok). Berlaku satu insiden yang menyebabkan Fadil disalah anggap oleh Inspektor Wahab (Syamsul Yusof) dan Inspektor Shuib (Shuib Sepahtu) sebagai pengganas upahan kejam bernama Tiger.  

Fattah Amin dalam KL Special Force.

Selain itu, KL Special Force yang merupakan sebuah filem aksi Malaysia arahan Syafiq Yusof akan disiarkan jam 3.00 petang, Sabtu, 15 Mei 2021. Ia dibintangi oleh Dato' Rosyam Nor, Fattah Amin dan Syamsul Yusof. Mengisahkan tentang sekumpulan unit khas Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang diketuai oleh DSP Roslan yang berusaha untuk menumpaskan sekumpulan mafia yang diketuai oleh Asyraff. Kumpulan mafia yang dikenali sebagai 'Geng Anarkis' melaksanakan pelan rompakan dengan begitu licik dan pelbagai taktik untuk mengelirukan pihak polis.
Saksikan filem KL Special Force, pada Hari Raya Ketiga, Sabtu, 15 Mei 2021 jam 3.00 Petang di Awesome TV.

Sempena Hari Raya ini Awesome TV akan menayangkan filem Sembilu dan Sembilu II di slot Istimewa Retro pada hari Sabtu dan Ahad, 15 dan 16 Mei 2021, jam 6.00 petang. Dibintangi oleh Erra Fazira, Awie, Ziana Zain dan Mustapha Kamal. 
Sembilu menceritakan tentang Wati yang merupakan kekasih hati Awie, seorang penyanyi rock terkenal. Hubungan mereka yang bermula daripada zaman persekolahan itu mendapat restu orang tua mereka masing-masing, kecuali Azman, iaitu abang kepada Wati.  Azman sentiasa mencari jalan untuk memisahkan dua insan yang sedang hangat bercinta itu. 

Sembilu II merupakan kesinambungan kisah hubungan Awie dan Wati. Mereka merancang untuk bertunang. Tetapi, kerana terlalu sibuk mereka menangguhkan pertunangan tersebut. Azman yang sememangnya masih menaruh dendam terhadap Awie berusaha untuk memisahkan Awie dan Wati. Ziana meneruskan rancangan untuk menggoda Awie untuk jatuh ke dalam perangkapnya lagi. 

Saksikan kesemua filem ini di Astro, saluran 123, dan MyTV di saluran 112. Ikuti perkembangan Awesome TV, melalui kesemua akaun media sosial Awesome TV atau layari laman sesawang Awesome TV di www.awesometv.my

Isnin, 10 Mei 2021

(Sembang) Lakonan Ruhainies sebagai Ellani Cukup Derita Itu mantap dan terserlah

Wah, lakonan Ruhainies sebagai Ellani dalam drama Cukup Derita Itu mantap dan terserlah! Nampak satu sisi lagi versatiliti lakonannya.

Ruhainies.

Lakonan Ruhainies dalam drama Cukup Derita Itu banyak bermain dengan air mata. ED sangat suka tengok lakonannya sebagai Ellani. Lakonan sedihnya menjadi! Tahniah Ruhainies!

(Ulasan) Episod 2 drama Cukup Derita Itu

Berikut ulasan episod 2 drama Cukup Derita Itu. Sebab drama ni best, boleh la ED ulas...

Ruhainies sebagai Ellani.

Sinopsis:
Emak Ellani meninggal dunia selepas melihat Ellani didera oleh Mak Ngah. Pada bulan puasa, Ellani dihalau pula oleh Mak Ngah kerana Ellana tak beritahu basikal Ellani rosak. Pada Hari Raya, Ellani pakai tshirt dan seluar trek je.. Jahatnya Mak Ngah!

Ulasan:
Sedih drama ni... Emosi tengok Mak Ngah seksa Ellani.

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi