Rabu, 15 Jun 2022

(Sembang) Meerqeen Melur Untuk Firdaus jadi kesukaan ramai wanita Indonesia

Nama Meerqeen semakin popular bukan sahaja di Malaysia, tetapi di Indonesia juga. Ini kerana drama Melur Untuk Firdaus lakonannya menjadi kesukaan ramai. Memang tengah fenomena drama tu...

Muhammad Shameer Shauqeen bin Saiful Izam, lahir pada 4 Jun 2001 atau lebih dikenali sebagai Meerqeen yang berasal dari Ampang, Selangor.

Di story Instagram Meerqeen hari ini, ramai gadis-gadis Indonesia bergambar dengan handphone yang ada gambar Meerqeen. Ramai betul gadis Indonesia yang meminati Meerqeen.

Di Tik Tok juga, ramai orang Indonesia yang share video tentang Meerqeen dan drama Melur Untuk Firdaus. Meletup sekelip nama Meerqeen melalui drama ini. Syabas!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi