Khamis, 11 Ogos 2022

(Update) Drama Biarkan Ia Pergi ganti Tarik Aku Ke Syurga

Bermula pukul 10 malam ini...

Drama Biarkan Ia Pergi lakonan Amar Baharin dan Isyariana.

Saksikan drama adaptasi novel ini di slot Samarinda TV3.

Rabu, 10 Ogos 2022

(Update) Drama Demi tayang malam ini di TV Okey

Akhirnya, setelah 2 tahun penggambaran, drama Demi akan ditayangkan bermula hari ini pukul 9 malam di TV Okey.

Drama Demi lakonan Keith Foo, Puteri Aishah, Ashraf Muslim, Riz Amin dan ramai lagi.

Drama Demi setiap hari Selasa hingga Jumaat pukul 9.00 malam. Selamat menonton. Ada kuiz drama ini di Facebook TV Okey. Boleh menang hadiah kalau join. Jom tengok bermula malam ini!

Jumaat, 5 Ogos 2022

(Muzik) Lagu Mengusung Rindu versi orkestra

Selepas kejayaan 3 lagu mendominasi Carta radio, FMC Music sekali Lagi mencipta fenomena, dengan merakamkan kembali lagu berhantu - Mengusung Rindu yang pernah di popularkan oleh Allahyarham Achik Dan kumpulan Spin .

Dari kiri, Tajul, Zack Zakwan, Afieq Syazwan dan Haqiem Rusli.

Jika Malam semakin dingin nyanyian semua Afieq syazwan Dan Tajul mendapat perhatian luar biasa dari peminat Dan pendengar lagu - lagu jiwang, melalui Mengusung Rindu Fmc Music menampilkan versi orkestra dalam dengan gabungan 4 vokal penyanyi lelaki hebat. 

"Kami sengaja mencipta kelainan demi kelainan supaya karya yg pernah popular itu mendapat sentuhan lain Dari sebelumnya dan lebih wow " -C.F Ho pengarah urusan Fmc Music

Menurut Haqiem Rusli yang pertama Kali di gabungkan di dalam projek khas ini - "saya suka mencuba sesuatu yang baru, eksperimentasi yang di lakukan di dalam lagu ini membuat kan saya sangat teruja. Tambahan pula apabila melibatkan gabungan 4 vokal penyanyi lelaki yang masing masing mempunyai karektor suara yang berbeza" 
 
Menurut Afieq Syazwan pula ini merupakan lagu ke 3 yang beliau nyanyikan semula - saya rasa ini seperti projek mega apabila Muzik lagu ini diokestrakan dan disampaikan di dalam gabungan 4 vokal, ianya merupakan sesuatu yang bukan biasa biasa.. sebelum ini saya sampaikan Layu dihujung Mekar secara solo Dan Malam semakin dingin berduet dengan tajul sahaja, tetapi Kali ini melibatkan gabungan yg luar biasa. Dan saya rasa teruja bila dapat tahu Haqiem mahu terlibat sama di dalam mengusung rindu versi 2022 ini" 

"Saya rasa bangga bila 3 orang lagi rakan saya sudi menyanyikan kembali lagu abang saya. Saya rasa seolah olah semangat Achik sentiasa ada bersama kami sewaktu pembikinan lagu ini. Terima kasih Haqiem, Afieq dan Zack kerana mewarnai mengusung rindu ini dengan cara kalian tersendiri" - Tajul 

Sebagai pendatang baru tentunya Zack Zakwan orang yang paling teruja - 
"Tidak dinafikan saya rasa tidak percaya apabila diberi kepercayaan oleh Fmc Music untuk turut bergabung di dalam projek ini. Awalnya saya rasa terlalu kerdil untuk berasa sepentas bersama Haqiem Rusli,afieq Dan tajul. Tetapi setelah proses rakaman dan Muzik video siap, saya rasa lebih yakin kerana semangat Dan kerjasama serta galakan yang mereka bertiga berikan pada saya membuat saya jadi kuat dan keyakinan saya bertambah" - Zack Zakwan

Mengusung rindu mencatat kan jumlah tontonan tinggi yang cepat. Dalam masa 4 hari jumlah tontonan telah mencecah lebih 1 juta penonton. Dan feed back yang kami terima di laman sosial sangat menggalakkkan. Terima kasih kepada rakyat Malaysia kerana memberi sokongan pada lagu ini..

"Jika keadaan mengizinkan, kami FMC Music bercadang untuk mengadakan 1 mini konsert khas bersama semua barisan Artis Fmc Music yang lain sebagai tanda menghargai sokongan pendengar Dan peminat Muzik Tanah air pada kami" - Fmc music

Rabu, 3 Ogos 2022

(Sembang) Ending drama Risik Pada Hati, realistik dan memuaskan hati penonton

Walaupun drama Risik Pada Hati jalan ceritanya lain daripada novel, penonton berpuas hati menontonnya.

Ending drama Risik Pada Hati, cinta tidak semestinya bersatu.

Ending drama ini realistik iaitu balasan untuk Adam yang kerana terlalu mengikut perasaan, balasan untuk Suhara dan emak Hayfa yang busuk hati, akhirnya kawan dan anak sendiri yang kena cerai. Atilia kena simbah asid, Nazim masuk penjara & Farid kerja jual buah tepi jalan. Kesimpulannya, semua yang jahat dalam drama ini dapat balasan. 

Hayfa pula mengandung & akhirnya dia ada anak walaupun sudah bercerai. Namun begitu, hubungannya dengan Adam & Aisyah tetap baik. Happy ending.

Puas hati :)

(Sembang) Ummi Nazeera definisi pelakon wanita terbaik Malaysia

Hari ini drama Risik Pada Hati melabuhkan tirainya. Apa yang menarik dalam drama ini ialah lakonan Ummi Nazeera sebagai Hayfa, isteri pertama Adam yang berkorban dan akhirnya dia yang terkorban (diceraikan).

Ummi Nazeera.

Lakonan Ummi Nazeera dalam drama ini memang menjadi buah mulut penonton. Sebelum ini babak air mata lakonannya menjadikan drama tersebut trending nombor satu di Twitter. Hari ini watak Hayfa dan drama ini trending lagi di Twitter. 

Tak salah kalau ED labelkan, lakonan Ummi Nazeera ialah definisi atau maksud pelakon wanita terbaik dalam drama. Pelbagai karektor boleh dibawakan oleh beliau dengan cemerlang dan tanpa cover2 ayu. ED memang kagum betul tengok lakonan beliau. Lakonan Ummi Nazeera boleh dijadikan contoh kepada para pelakon baharu.

Tahniah Ummi Nazeera dan semua team drama Risik Pada Hati. Terbaik!

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi