Rabu, 3 Ogos 2022

(Sembang) Ummi Nazeera definisi pelakon wanita terbaik Malaysia

Hari ini drama Risik Pada Hati melabuhkan tirainya. Apa yang menarik dalam drama ini ialah lakonan Ummi Nazeera sebagai Hayfa, isteri pertama Adam yang berkorban dan akhirnya dia yang terkorban (diceraikan).

Ummi Nazeera.

Lakonan Ummi Nazeera dalam drama ini memang menjadi buah mulut penonton. Sebelum ini babak air mata lakonannya menjadikan drama tersebut trending nombor satu di Twitter. Hari ini watak Hayfa dan drama ini trending lagi di Twitter. 

Tak salah kalau ED labelkan, lakonan Ummi Nazeera ialah definisi atau maksud pelakon wanita terbaik dalam drama. Pelbagai karektor boleh dibawakan oleh beliau dengan cemerlang dan tanpa cover2 ayu. ED memang kagum betul tengok lakonan beliau. Lakonan Ummi Nazeera boleh dijadikan contoh kepada para pelakon baharu.

Tahniah Ummi Nazeera dan semua team drama Risik Pada Hati. Terbaik!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi