Ahad, 16 Oktober 2022

(Ulasan) Telefilem Matahari Tak Bercahaya terbaik!

Malam ini ditayangkan telefilem Matahari Tak Bercahaya di TV3. Berikut ulasan ED.




Lakonan Nad Zainal, Fattah Amin, Nur Khiriah dan ramai lagi.

Sinopsis:
Mastura diuji apabila menghidap penyakit HIV akibat pihak hospital tersalah beri darah. 

Ulasan:
ED memang tunggu cerita ni sebab nak tengok kisah penghidap penyakit HIV yang bukan salahnya. Lakonan Nad Zainal yang hidup menyebabkan penonton meresap bersimpati dengan watak Mastura. Lakonan Fattah Amin juga sebagai suami Mas juga baik. Lagu Biarlah Rahsia pula menambahkan lagi kesedihan telefilem ini.

ED suka penggambaran telefilem ini. Yang paling penting, jalan cerita telefilem ini lain daripada yang lain. Telefilem ini juga banyak unsur pendidikan dan pengajaran kepada masyarakat tentang pesakit HIV. Selepas ini, jangan takut dan jangan hina dengan pesakit HIV.

Tahniah kepada semua team Matahari Tak Bercahaya. Secara keseluruhannya, telefilem ini terbaik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi