Sabtu, 5 November 2022

(Bintang Turkiye) Sinopsis drama Yali Capkini

 ED nak kongsi sinopsis drama Turkiye yang sedang popular di Turkiye pada saat ini. Tajuknya Yali Capkini.

Lakonan Afra Saracaoglu dan Mert Ramazan Demir.

Afra Saracaoglu sebagai Seyran dan Mert Ramazan Demir sebagai Ferit.

Sinopsis:
Ferit dipaksa oleh datuknya supaya berkahwin dengan perempuan desa di Gaziantep. Mula-mula keluarga Ferit mahu menjodohkan Ferit dengan kakak Seyran tetapi ada suatu kejadian yang berlaku menyebabkan Ferit memilih Seyran sebagai isterinya. Seyran dipaksa oleh bapanya untuk berkahwin dengan Ferit walaupun dia sudah mempunyai kekasih. Disebabkan bapa Seyran garang, Seyran akur berkahwin dengan Ferit.

Selepas berkahwin, Ferit memperkenalkan kekasihnya di bilik hotel kepada Seyran pada malam pertama. Seyran tidak kisah kerana dia suka perkahwinan mereka atas kertas sahaja. Selepas itu, bekas kekasih Seyran pula mahu mengambil Seyran daripada Ferit yang menyebabkan Ferit cemburu.

Best drama ni... Banyak lagi jalan ceritanya. Kena tengok sendiri ye...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi