Jumaat, 18 November 2022

(Muzik) Lagu Bakawali 2022 Wany Hasrita dan Dato Jamal Abdillah


BAKAWALI Versi 2022 DILANCARKAN MALAM INI . lagu duet Bakawali yang pernah popular suatu ketika dulu dinyanyikan semula oleh Dato’ Jamal Abdillah duet bersama Wany HasritaLagu yang diberi nafas baru ini merupakan single duet ke – 3 Dato Jamal Abdillah duet bersama Wany Hasrita.

Dato Jamal Abdillah dan Wany Hasrita.

Yang pertama  berjudul Belenggu Rindu dan  yang terkini KucumaBercakap tentang lagu Bakawali, pada awalnya Dato Jamal agak lambat memberi jawapan apabila ditawarkan oleh FMC Music untuk merakamkan lagu ini Kembali. Kerana lagu ini pernah dirakamkan oleh penyanyi asal dan beliau juga bimbang jika tidak dapat mengatasi atau menyamai kebaikan Bakawali  yang pernah dirakamkan penyanyi asal "Tetapi apabila difikirkan semulaversi kali  ini agak berbeza dengan yang asal kerana versi sebelum ini duet 2 penyanyi wanita, jadi saya terima dan saya terpaksa gunakan kebolehan dan kelebihan yang ada pada saya  untuk mewarnai lagu ini sebaik mungkin. Serta mengambil cabaran tersebut dengan tekad untuk menberi hasil yang terbaik bukan sekadar buatdan suam suam kuku sahaja” – Dato Jamal.



Bercakap tentang Wany Hasrita, Dato Jamal berkata beliau senang berkerjasama dengan Wany kerana Wany seorang penyanyi yang berbakat dan mempunyai pengetahuan dalam lenggok dan  patah lagu langgam dan tradisional serta mampu menyanyi dengan baik.


Menurut Wany pula, “ ini sebagai satu cara Wany untuk menyumbang dan membantu mengekalkan irama tradisionalmalah Wany memang suka menyanyikan lagu-lagu berentak melayu dan tradisional. Dan peluang merakamkan Kembali lagu ini merupakan satu 

cara Wany menguji kemampuan diriSemua orang dah tahu lagu Bakawali ini pernah dinyanyikan dengan baik oleh penyanyi asalApabila dinyanyikan semula tentunya ramai yang tidak sabar nak dengar bagaimana hasilnya adakah lebih baik atau sebaliknya


Namun Wany bersyukur kerana dapat berduet dengan seorang mentor yang bagi Wany beliau juga seperti sifu. Dato jamal banyak beri tunjuk ajar dan ianya memudahkan dan menguatkan semangat Wany untuk siapkan lagu ini dengan jayanya” .



Menurut Dato Jamal lagi beliau merasa teruja dan terharu apabila dapat berganding bahu dengan penyanyi baru yang berbakat besar. Kerana sebelum ini bila pergi mengadakan persembahan dimana-manajarang sekali beliau sepentas bersama Angkatan artis baru. Oleh itu apa yang dilakukan oleh FMC Music ini sangat bagus


Di samping dapat memperkenalkan Artis lama pada peminat generasi barubeliau boleh melalui pengalaman dan suasana baru disamping mendekati dan memberi sedikit sebanyak tunjuk ajar pada artis generasi kini.


Saya juga berhajat ingin merakamkan lebih banyak lagi lagu dan ingin menjadikan lagu lagu duet bersama Wany ini sebagai sebahagian dari koleksi lagu-lagu yang pernah saya rakamkan” Dato Jamal. 


Lagu Bakawali yang diberi nafas baru ini akan mula dilancarkan jam 8 malam, 17 November 2022 di Youtube rasmi FMC Music dan seluruh saluran online yang lain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi