Selasa, 24 Januari 2023

(Ulasan) Selesai tonton drama Korea Taxi Driver

Akhirnya, ED selesai menonton drama Korea Taxi Driver di Netflix. ED tengok sebab terpengaruh dengan komen-komen di media sosial, katanya drama ini sangat sedih walaupun tajuknya Taxi Driver.

Para pelakon drama Taxi Driver.

Sinopsis:
Teksi Mewah Pelangi menawarkan perkhidmatan membalas dendam kepada penjenayah yang terlepas daripada hukuman undang-undang. Drama ini ada pelbagai kisah perkhidmatan  balas dendam yang ngeri, emosi dan menyayat hati.

Lee Je Hoon sebagai Kim Do Ki. Watak utama drama ini

Ulasan:
ED setuju drama ini sedih tetapi ngeri juga. Ada beberapa episod yang ED tak sanggup tengok babaknya kerana terlalu kejam. ED ambil bantal dan tutup mata. Hehehe... Keseluruhannya, ED puji drama ini kerana jalan ceritanya lain daripada yang lain dan tak terfikir pun jalan ceritanya begini. Patutlah, ramai orang suka tengok drama Korea.

Dua watak yang mencuri perhatian penonton, Esom sebagai Kang Ha Na dan Lee Je Hoon sebagai Kim Do Ki.

Nak tahu tak, ED sanggup tangguhkan dulu menonton drama Turki kerana nak beri laluan dan habiskan tengok drama ini sebab best!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi