Jumaat, 26 Januari 2024

(Update) Tarikh siaran drama Rindu Kasih 2

Next drama Samarinda TV3 selepas drama Menanti Senja...

Para pelakon Ummi Nazeera, adik Dzul Hadziq, Fazlina Ahmad Daud dan Izzue Islam serta ramai lagi.

Drama Rindu Kasih 2 bermula 13 Februari 2024 di slot Samarinda TV3.

Sama-sama bersedih dan merasakan fenomena musim kedua drama ini.

Khamis, 25 Januari 2024

(Ulasan) Siri American Nightmare plot twist habis

Hari ini ED habiskan tengok ketiga-tiga episod siri Netflix American Nightmare. Sebuah dokumentari kisah benar.


Sinopsis:
Mengisahkan tentang Denise Huskins yang diculik tetapi ramai yang tidak percaya sebab Denise dilepaskan begitu sahaja selepas oleh penculik.  Siri ini merungkai kisah penculikan Denise Huskins.

Ulasan:
Tak sangka ending siri ini begitu. Mula-mula dia buat kita percaya pada pihak A. Endingnya betul-betul plot twist. Penculiknya pun buat kita tak sangka. ED tak nak bagi spoiler, kena tengok sendiri.

Denise Huskins dan suaminya Aaron Quinn. Akhirnya mereka hidup bahagia bersama anak-anak.

Rating:
9/10 dari segi olahan balik jalan ceritanya.

(Sembang) Sebutan dialog Johan As'ari sepatah demi sepatah jelas dalam drama Menanti Senja

Penonton drama Menanti Senja mesti perasan cara Johan As'ari melafazkan dialog sepatah demi sepatah dengan jelas. Inilah yang dikatakan pelakon yang berbakat dan profesional.

Episod 6 hari ini sedih. Johan As'ari sebagai Shukri.

Penonton jelas dengar dialog sebutan Johan As'ari walaupun dalam pelbagai jenis emosi dalam drama ini. Terbaik!

(Update) Tarikh AJL38

Tarikh AJL38 dah keluar...


ED nak tengok di rumah je...

(Drama Baharu) Drama Rona Bosphorus, akan datang...

Merhaba! Drama adaptasi novel Rona Bosphorus akan menemui penonton di TV Okey. Drama ini masih dalam penggambaran.

Pelakon utama Husna Mustaffa dan Syafi Tee.

Nantikan drama ini di TV Okey.

ED harap slot drama Melayu terbaru TV Okey tayang pukul 10 malam balik macam dulu-dulu. Tayang pukul 8:30 malam tak sempat nak tengok.

Sabtu, 20 Januari 2024

(Ulasan) Bintang RTM 2024 lebih segar dan lebih menarik

Minggu lepas ED tengok tau konsert pertama Bintang RTM 2024. Ingatkan nak tengok saja-saja, sekali terus melekat dan mengikuti rancangan tersebut sampai habis. Nak tahu kenapa?

Bintang RTM 2024 bersama pengacara Awal Ashaari.

ED rasa Bintang RTM 2024 lebih segar dan lebih menarik sebab pengacaranya Awal Ashaari, para pesertanya yang sengit, format pertandingan yang mengikut trend terkini seperti makluman lagu yang akan dinyanyikan peserta pada minggu hadapan dan sorakan penonton yang meriah. Nampak hidup rancangan ini!

Tahniah buat team Bintang RTM 2024! Best!

(Ulasan) Filem Air Mata di Ujung Sajadah di Netflix

ED baru ada masa nak tengok filem Air Mata di Ujung Sajadah di Netflix. Sebelum ni baca orang lain review di media sosial. Hari ini ED pulak ulas tentang filem sedih ini.

Pelakon utama dari kiri Titi Kamal, adik Faqih Alaydrus, Citra Kirana dan Fedi Nuril.

Poster filem ini tahun lepas.

Sinopsis:
Aqilla ditipu oleh emaknya bahawa anaknya telah meninggal dunia selepas lahir. Anak Aqilla telah diberikan kepada keluarga Arif Nasuha. Selepas 7 tahun, Aqilla baru tahu bahawa anaknya masih hidup dan dijaga oleh keluarga Arif. 

Ulasan:
Jalan ceritanya sedih. Yang menjadikan cerita ini sedih ialah lakonan pada pelakon yang menghidupkan jalan cerita. Jalan ceritanya ringkas dan mudah faham. ED suka persoalan apabila menonton filem ini iaitu adakah Aqilla akan dapat balik anaknya sebab keluarga angkat anaknya sangat menyayangi anaknya. Tu yang sedih tu...

Rating:
ED bagi 9/10.

Jumaat, 19 Januari 2024

(Sembang) Masih ada lagi American Idol

Masih ada lagi American Idol ni... Dah lama American Idol ni dan dah berpuluh musim dah.

Yang kekal pengacaranya sahaja, Ryan Seacrest.

Cantik poster. Bermula 18/2/2024 di saluran ABC.

Johan American Idol musim pertama ialah Kelly Clarkson. ED ingat lagi...

Rabu, 17 Januari 2024

(Sembang) Saya bukan Maya Hati Tercarik Luka

Assalamualaikum. Pagi tadi saya terima mesej di peti mesej Facebook EDtv.

Saya terus gelak. Hahaha... Saya bukan Maya la. Saya ED.

Ini baru Maya Hati Tercarik Luka. Nama pelakonnya, Ryun.

Mungkin sebab ED selalu post pasal Maya, ada yang tersalah faham. ED bukan Maya ye...

Isnin, 15 Januari 2024

(Sembang) Nasi Lemak Kopi O kembali lagi di TV9

Rancangan Nasi Lemak Kopi O kembali lagi di TV9. Dulu ED suka juga tengok rancangan santai ni...

Antara barisan pengacara NLKO musim ini, dari kiri Fakhrul, Fizo Omar, Erra Fazira dan Heliza Helmi.

Serta pengacara-pengacara yang lainnya.

NLKO bermula 17 Januari 2024, Rabu hingga Jumaat pukul 10:30 pagi. Selamat menonton.

(Cili Manja) Hero drama tu nampak muda sangat?

Ramai juga yang komen di media sosial tentang hero sebuah drama ni nampak muda sangat. Tak sesuai dengan heroin. Okey, ED rasa ED boleh jawab isu ini.

Hero muda salah, hero tua salah. Ada je korang ni!

Pemilihan seseorang hero drama biasanya akan dimesyuaratkan dahulu. Team produksi akan buat meeting dulu. Watak hero atau heroin akan diberikan kepada pelakon yang layak dan sesuai membawakannya. Kadang-kadang berlaku hero yang sesuai tak kena pulak dengan jadual shooting.

Dan pemilihan hero biasanya dipilih oleh orang-orang yang berpengalaman dalam bidang drama ini. Jadi, sebagai penonton kita tonton dahulu baru nilai. Mungkin hero yang mahu ditonjolkan adalah hero yang muda dan jambu. Barulah ada kepelbagaian.

ED tak kisah pasal rupa hero, yang penting lakonannya sampai kepada penonton. Akhir kata, perbezaan itu indah. Kalau semua hero yang itu itu saja, bosan juga kan?

Sabtu, 13 Januari 2024

(Drama Baharu) Drama Gemersik Berbisik arahan Amor Rizan

Sebuah drama original Unifi TV.

Antara pelakonnya Zarina Zainoordin dan Wan Zarul Imran.

Drama Gemersik Berbisik arahan Amor Rizan di Degup Unifi TV bermula 19/1/2024.

Poster drama ini, ada Elisya Sandha dan Ezzrin Loy juga.

Yang ada Unifi TV, selamat menonton drama misteri ini. 

Jumaat, 12 Januari 2024

(Ulasan) Filem Society of the Snow daripada kisah benar

ED dah tengok filem ni minggu lepas di Netflix.

Filem Society of the Snow.

Sinopsis:
Sekumpulan penumpang kapal terbang yang terhempas dan terkandas di pergunungan Andes yang dilitupi salji tebal. Kisah manusia meneruskan kehidupan dalam salji dan kesejukan.

Ulasan:
Selepas tengok filem ini, terus rasa bersyukur tinggal di Malaysia yang tiada salji. Ada part yang tak lalu nak tengok. Apapun, sedih juga filem ini.

Rating:
8/10.

(Muzik) Afieq Shazwan pilih Asyraff Khan dalam Langkah Seiringan 2024

Dalam kehangatan kisah pelbagai Langkah itu dan Langkah ini. Afieq Shazwan memilih Langkah Seiringan sebagai tajuk utama perdebatan. Tetapi bukan perdebatan politik,  Afieq memilih untuk berdebat tentang Langkah yang lebih positif di dalam Lagu.


Tidak berseorangan di dalam single cover Kali ini, Afieq memilih untuk berduet dengan Juara Bintang Kecil peringkat WPKL 2022 - Ashyraff Khan. Asyraff Khan juga merupakan peserta program realiti The Chosen One Astro Ceria yang tidak dipilih oleh Afiq Syazwan sebagai protege diperingkat prelude.

Ashyraff Khan dan Afieq Shazwan

"Saya setuju dengan projek duet Kali ini kerana ianya merupakan duet yang menarik di mana Saya berganding dengan penyanyi junior. Dan kebetulan Lagu Langkah Seiringan ini dirakam oleh penyanyi asal Mamat bersama Kumpulan Exist sewaktu vokalis Kumpulan itu masih belasan tahun. So Saya Rasa feel untuk membangkitkan nostalgia itu memang dapat dirasakan dibahagian Asyraff Khan nyanyikan. Kebetulan suara Asyraff seakan akan suara Mamat. Tidak Sama tapi seakan-akan

Tambah Afieq lagi -  "Jujurnya ini juga Satu lagi  kelainan  dalam kerjaya saya yang juga saya anggap sebagai Satu penghormatan apabila  dapat merakamkan kembali Lagu berhantu nyanyian seorang lagi penyanyi lagenda lelaki tanah air" .

Langkah Seiringan - Lagu Kumpulan Exist yang sangat popular disekitar tahun 90 An itu pastinya sekali lagi akan membawa peminat Lagu Lagu balada 90 an  kembali kepada nostalgia lama.

"Saya yakin lagu berhantu ini peminatnya sungguh luar biasa. Pakej dilengkapi dengan aura dan suara uncle Mamat dan Exist yang semua orang perkatakan tentangnya pada masa itu. Sebagai pendatang baru, tidak dapat gambarkan bagaimana perasaan saya ketika dimaklumkan yang Saya terpilih untuk projek ini. Siapa tak terharu dapat duet dengan Idola sendiri dan nyanyi pula lagu popular yang bila sebut tajuk je semua orang tahu" - Asyraff Khan.

AMIRUL ASYRAFF KHAN B HAMIMI SHAMSUL  - Ashraff Khan  12 Tahun,  yang berasal Dari Wangsa Maju Kuala Lumpur merupakan Anak bongsu Dari 3 orang adik beradik. 

"Saya memang minat Lagu Exist. Lagu  Untuk Mu IBU selalu Saya nyanyikan setiap Kali Ada persembahan di sekolah atau di mana mana. Terima Kasih FMC Music kerana percaya pada bakat Saya dan  bagi peluang keemasan ini" - Asyraff Khan

Lagu Langkah Seiringan versi duet Afiq Shazwan dan Asyraff Khan ini telah  dilancarkan di YouTube FMC Music dan semua platform digital bermula 11hb Januari 2024.

Khamis, 11 Januari 2024

(Sembang) Drama Cinta Bersemi di Wadi Safiyyah mendapat sambutan yang positif

Barulah best nak tengok drama Akasia. Drama macam ni la best! Episod 1 dah tangkap penonton untuk terus follow drama ni! Itulah antara respons penonton drama Melayu selepas menonton drama Cinta Bersemi di Wadi Safiyyah. Drama cinta yang ada pengajaran dan keagamaaan.

Dibintangi Aidit Noh, Aniq Suhair dan Rita Nadira.

Drama ini bermula 9 Januari lalu.

Sebenarnya ramai penonton suka drama yang ada unsur-unsur ajaran agama seperti ini. Jalan cerita di Wadi Safiyyah juga disukai penonton kerana jalan ceritanya lari daripada terkahwin paksa, mak mertua jahat, berebut harta dan yang seklise dengannya.

Tahniah untuk team drama ini kerana menghasilkan sebuah lagi drama yang ada kualiti!

Selasa, 9 Januari 2024

(Drama Baharu) Drama Takdir Itu Milik Aku, akan datang...

Drama adaptasi novel karya Siti Rosmizah, Takdir Itu Milik Aku akan datang di slot Megadrama Ramadan Astro Ria.

Pelakon utama drama ini Shaheizy Sam dan Emma Maembong.

Drama ini akan tayang sempena Ramadan di slot Megadrama Astro Ria.

Pembaca novel ini kata, jalan ceritanya sangat sedih. Kalau tak sedih, bukan novel Siti Rosmizah kan? Nantikan dan selamat menonton.

Sabtu, 6 Januari 2024

(Ulasan) Part 2 drama GyeongSeong Creature di Netflix

ED dah selesai menonton drama GyeongSeong Creature part 2 di Netflix. Berikut ulasannya...

Lakonan mantap Han So Hee dan Park Seo Jun.

Ulasan:
Banyak juga plot twist dan ending drama ini bikin sedih juga. Sedihlah sebab emosi kita terbuai apabila menonton drama ini. Tak nak bagi spoiler, nanti korang tengok tak best pulak. Kalau tengok episod akhir, macam ada sambungan tapi tak tahu la... 

Keseluruhannya, drama ini best! 

Jumaat, 5 Januari 2024

(Bintang Turki) Drama The Ottoman tamat hingga episod 60, TV2 beri penjelasan

Semalam di tempat ED tiada bekalan elektrik pada waktu petang. Jadi, ED tak dapat tengok drama Turkiye The Ottoman di TV2. Hari ini baru tahu semalam tiada drama tersebut.

Drama The Ottoman akhir pada hari Rabu lepas. Jadi, ED sempat tengok episod akhir musim 1 drama ini.

Ini penjelasan TV2 di Facebook.

Sebenarnya ED join peraduan Tonton dan Menang drama The Ottoman. Harap-harap menang, dapat pergi Türkiye free. Amin.

Rabu, 3 Januari 2024

(Sembang) Hari-hari kena maki, lakonan jahat Ryun menjadi dalam Hati Tercarik Luka

Semalam macam tak percaya tau! Ryun tag ED di instagram tentang story dia hari-hari kena maki disebabkan watak Maya dalam drama Hati Tercarik Luka.

Ryun sebagai Maya dalam drama Hati Tercarik Luka.

Story Ryun. Disebabkan dia tag ED, ED repost balik di ig story EDtv semalam.

ED siap balas story dia. Diapun berterima kasih pada ED.

Memang menjadi pun watak dia. Yang ED suka, rambut ungu dia tu dah menonjolkan kejahatan dia. Mana ada watak penyondol rambut ungu. Dia satu-satunya. Lain daripada yang lain. Tahniah Ryun sebab lakonan mantap dalam drama tersebut.

Selasa, 2 Januari 2024

(Drama Baharu) Drama Menanti Senja, akan datang...

Ini drama yang akan menggantikan drama Hati Tercarik Luka di slot Samarinda TV3.

Drama Menanti Senja lakonan Trisha Ooi dan Johan As'ari serta ramai lagi.

Drama ini akan bersiaran bermula 17/1/2024.

Drama ini hanya 15 episod. Nantikan dan selamat menonton.

Isnin, 1 Januari 2024

(Drama Baharu) Drama Wanita Syurga, akan datang...

Selamat tahun baharu 2024! Entri pertama untuk tahun ini ialah update drama baharu iaitu drama Wanita Syurga yang akan menemui penonton di slot Akasia TV3.

Hero Redza Rosli dan heroin Siti Khadijah Halim.

Drama ini akan tayang pada bulan Ramadan khabarnya. Ada 35 episod.

Ramai juga pelakon terkenal dalam drama ini seperti Nazim Othman, Riena Diana dan ramai lagi. Nantikan!

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi