Jumaat, 31 Mei 2024

(Ulasan) Drama Restu di Iqiyi best!

ED baru selesai tengok episod akhir drama Restu di Iqiyi. Drama Melayu pertama yang ED tonton di Iqiyi. Episod akhir drama Restu tadi buat penonton banyak tersenyum sendirian. Hehehe...

Drama Restu lakonan Remy Ishak, Puteri Rafasya, Elizabeth Tan, Elizad Sharifuddin, Wanna Ali, Ahirine Akhirudin, Yusuf Bahrin dan ramai lagi.

Best drama ni! Vibes drama ni macam kita tengok drama Teman Lelaki Upahan dulu².

Sinopsis:
Razak (Remy Ishak) seorang duda mencari calon isteri yang memenuhi kriteria anaknya Amy. Tiga calon emak tiri Amy ialah Sara (Elizad), Aini (Wanna Ali) dan Melanie (Elizabeth Tan). Siapakah yang berjaya menjadi ibu tiri Amy?

Ulasan:
Jalan cerita drama ini ringan tetapi menarik minat penonton. Ada babak romantik komedi, emosi dan air mata sikit. Kena tengok drama ni sampai habis sebab ending drama ini tak seperti yang kita jangka. 

Rating: 10/10

Akhir kata, ED suka drama ni! 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi