Hai, topik hari ini pasal Astro. Stesen TV berbayar yang ramai orang guna. ED tak guna pun.. Walaupun ED tak guna, ED nak cerita juga pasal Astro ni. Pengumuman Ahmad Dhani sebagai pengetua Akademi Fantasia 9 telah mengkagetkan (mengejutkan) majoriti rakyat Malaysia. Ye la, apa kurang bintang seni di Malaysia? ED memang tak setuju sebab industri seni kita besar & ramai lagi artis yang masyhur. ED bukan tak suka Ahmad Dhani, ED suka lagu2 Ahmad Dhani tapi dalam bab ni.. biarlah kita guna bintang-bintang tanah air kita sendiri. Walau apapun, nasi sudah menjadi bubur. Bila dah jadi bubur, kita tinggal makan dan telan je la.
Ahmad Dhani sebagai pengetua AF9
Kedua, pasal Astro First. Filem di pawagam boleh disaksikan di rumah sahaja dengan menggunakan Astro First. ED ada terbaca tentang Erma Fatima yang tidak bersetuju dengan Astro First. ED pun tak setuju juga, sebab aura filem baru itu mungkin akan hilang jika ditonton di dalam rumah. Dah macam tengok dvd kan? Lagi satu, orang kata mahal guna Astro First. Astro oh Astro, kenapa suka buat kontroversi?
Erma Fatima tidak bersetuju dengan Astro First
Daripada 2 isu Astro di atas, ED ada jawapan kenapa Astro buat macam tu. Alasan paling utama sebab duit. Mesti ada motif keuntungan jika Astro buat benda macam tu. Tapi perbuatan tu, sudah keterlaluan bagi rakyat Malaysia. Kepada Astro, please do win-win solution.. (eh terspeaking pulak, hehe...)
Akhir sekali ED nak ZZ pasal Astro la. Dah lama tak ZZ. Jom kita ZZ..
5 yang Zest pasal Astro:
- Rancangan Akademi Fantasia menjadi fenomena
- Rancangan Tom Tom Bak menjadi kegemaran kanak-kanak
- Drama Geng Surau menjadi buah mulut kawan2 ED
- Drama Halimah Jongang juga menjadi sebutan ramai (sebab kreatif)
- Program Sehati Berdansa juga menjadi fenomena
5 yang Zrett pasal Astro
- Bila hujan, Astro terganggu
- Banyak rancangan Astro yang memerlukan undian penonton (nak untung la tu..)
- Siaran ulang tayang Astro kadang2 menjemukan
- Bil Astro agak mahal
- Tak setuju Ahmad Dhani jadi pengetua bagi musim terakhir Akademi Fantasia yang ke 9.
Okelah, ini pendapat je. ED pernah pergi ke Studio Astro untuk tengok rancangan bual bicara Astro Awani. "Perspektif Kita". Astro jemput budak2 UKM untuk penuhkan studio tu (mungkin kurang sambutan rancangan tu). ED lampirkan gambar sebagai bukti ye. Udada Ubabye!!
ED & kawan2 bergambar di pintu depan studio penyiaran Astro
Dapat bergambar dengan tetamu khas Tan Sri Muhammad Muhd Taib (maaf gambar tak jelas)
ED: tak terbuka hati nak guna Astro sebab JB banyak siaran tv dapat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan