Hai, selamat berhujung minggu. Malam tadi tengok Pilih Kasih tak? Rancangan Rosyam Nor yang nak cari pelakon tu. ED terkejut bila peserta kegemaran ED, Kris Cempaka disingkirkan. ED suka tengok dia dan bakat dia. Hehe.. Bagi pendapat ED, singkirkan sorang je la malam tadi (Bil Azali), bagilah peluang lagi untuk Kris Cempaka. Kris Cempaka mempunyai pakej sebagai seorang pelakon. Macam Luna Maya. Eh, bila ED mengikuti rancangan Pilih Kasih setiap minggu, ED baru perasan muka Kris Cempaka ni macam Luna Maya. Haa.. ED pun minat sangat kat Luna Maya. Walaupun dia terlibat kasus (kes) pornografi, ED tetap minat dia. Percaya atau tidak, ED ada bertanyakan kawan ED di Indonesia pasal kes Luna Maya tu. Jawapan kawan ED, video Luna Maya dan Ariel tu sukar untuk dibuktikan bahawa orang dalam video tu Luna dan Ariel. Harap2 memang Luna tak buat la perbuatan tu..
Haa, bercakap pasal mirip ni, ada 3 orang artis Malaysia lagi yang ED perasan mukanya sama macam artis luar negara. Jom kita lihat, eksklusif di blog EDtv.
1. Juliana Evans dan Julie Estelle
Mirip tak? ED rasa mirip dari segi bentuk mukanya. Juliana Evans anda dah kenal kan? ED cuma cerita sikit pasal Julia Estelle. Julia Estelle merupakan pelakon filem di Indonesia. Dia heroin dalam filem Alexandria. Kalau muka dah cantik macam dia, maka dia juga seorang model.
2. Diana Danielle dan Alexa Key
Macam mana? Mirip tak? ED cuma cerita pasal Alexa Key je la.. Budak ni penyanyi baru di Indonesia. Dia bernaung di Syarikat Republik Cinta Ahmad Dhani. Pernah dengar lagu dia? Klik video di bawah kalau nak tengok dia menyanyi.
Bagus tak suara dia? Okela.....
3. Ziana Zain dan Jennifer Lopez
Yang ni ED tak payah ulas sangat la. Sekarang ni kan musim rancangan American Idol 10. Jennifer Lopez merupakan juri baru bersama Steve Taylor dan Randy Jackson. Bila tengok muka Jennifer ni lama2, ada mirip la dengan Ziana Zain. Bila ED tengok cover majalah InTrend (Edisi Januari 2011), macam J-Lo la muka ZZ ni. Haha..
Okelah, ini sahaja catatan untuk hari ini. Sekarang ni musim hujan, berhati-hati ye.. Udada Ubabye!!
ED: kepada Kris Cempaka, jangan putus asa..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan