Isnin, 31 Januari 2011

Jom kreatif di musim hujan!

Hai, bagaimana keadaan anda? ED di sini kesejukan sebab hujan nak masuk 3 hari tak berhenti2 di JB. Bercerita pasal hujan, topik hari ini ialah hujan & cara kreatif memanfaatkan air hujan yang turun. Penasaran? Jom baca blog ini..

 Tajuk: Hujan


Definisi hujan

Hujan adalah titisan air yang gugur dari atmosfera ke permukaan setelah mengalami proses pemeluwapan ( Rosliza, 1997).  Menurut Shaharuddin (2001), hujan adalah kerpasan dalam bentuk titikan cecair yang berasal daripada awan, namun bukan semua awan menghasilkan hujan.  Saiz hujan yang turun ke permukaan bumi bergantung pada dua faktor penting iaitu jumlah sejatan yang dialami oleh titikan semasa ia jatuh dan kesan geseran udara ke atas titikan yang jatuh.



Proses hujan perolakan

Gambarajah proses hujan perolakan




 Sumber: Chan Foi Onn & Mohd Ekhwan, 2004.

Pemanasan muka bumi oleh matahari pada permulaannya hanya menjadi suatu kesan penggerak umtuk membolehkan udara naik ke atas dengan spontan.  Udara panas dan wap air semakin naik dan disejukkan dengan kadar adiabatik kering (setiap 100m disejukkan sebanyak 1°C).  Apabila semakin ke atas, jumlah wap air semakin bertambah dan apabila wap air bertukar kepada air (proses pemeluwapan) haba pendam dibebaskan dan ini akan melambatkan proses penyejukan dengan kadar adiabatik lembap, iaitu setiap 100m suhu turun sebanyak 0.3 hingga 0.9°C sahaja.

 Kenaikan udara seterusnya, dibekalkan tenaga dari haba pendam yang dilepaskan apabila pemeluwapan berlaku untuk membentuk awan kumulonimbus.  Bagi setiap gram air yang terjadi dari wap air, 600 kalori haba dibebaskan.  Pada satu paras tertentu, apabila hampir semua wap air ditukarkan kepada air hujan dan haba pendam tidak dibebaskan lagi, udara ini hilang tenaga untuk naik lalu berhenti dan suhu udara yang tidak bergerak naik lagi adalah sama dengan suhu sekelilingnya.  Pada titik ini, udara yang berhenti naik dikatakan dalam keadaan stabil lalu mulai menurun semula ke permukaan bumi.

            Hujan yang dihasilkan oleh tindakan perolakan ini adalah dalam bentuk hujan lebat kerana ia memerlukan suatu pergerakan menegak udara panas yang lembap dan dengan itu ia akan mengalami proses penyejukan yang amat cepat (Shaharuddin & Mastura, 1999).  


Bagaimana maklumat di atas? ED copy paste nota ni dari assignment ED masa belajar kat UKM. Assignment ni hasil kerja berkumpulan. Kumpulan ED dianggotai oleh Muzaidi, Farasuhada, Azura dan Hazizuryati. Kalau korang ada baca blog ni, mesti korang akan ingat balik bagaimana bekerjasama dengan ED kan? Kenangannya zaman U dulu. 

Kenangan pelajar geografi UKM sesi 2005-2008 (lokasi: Pulau Kapas, Terengganu)


Cara kreatif memanfaatkan 
air hujan yang turun:
  • Belilah tempayan dan letakkan di bawah bumbung rumah. Air hujan yang terkumpul tu boleh digunakan untuk basuh kaki, basuh kereta dan lain-lain lagi. ED jarang nampak tempayan di bandar-bandar ni..


tempayan

  • Bagi yang banyak duit, anda boleh buat tangki air hujan di atas bumbung. Fungsi sama juga, air hujan yang terkumpul tu boleh buat kegunaan domestik.. So, jimat air.
tangki air hujan (kredit gambar ideakreatifneural.blogspot.com)

Sebenarnya 2 cara di atas telah ada dilakukan di kawasan kampung. Di kawasan bandar, jarang-jarang jumpa. Padahal, haba yang paling tinggi di kawasan bandar & kos hidup yang tinggi juga di kawasan bandar. Oleh itu, siapa yang nak berjimat di kawasan bandar, jom cuba cara ini.

Akhir kata, blog EDtv bukan sahaja berunsurkan TV (hiburan) tetapi ada unsur pendidikan juga (Education). Sebab tu tagline blog ini Education & Television. Udada Ubabye!!


ED: hujan itu rahmat Tuhan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi