Selasa, 1 Februari 2011

3 tahun setengah penjara untuk Ariel Peterpan


Hai, topik hari ini pasal kes Ariel dan Luna Maya. Tahun lepas, dunia digemparkan dengan video porno yang katanya milik mereka. ED no komen pasal tu. Yang ED nak bagi tahu, semalam mahkamah telah menjatuhkan hukuman kepada Ariel yang terdakwa bersalah. Ariel dikenakan hukuman penjara 3 tahun setengah dan denda wang tunai sebanyak 250 juta rupiah. Semasa pengumuman itu dilakukan, Luna Maya yang hadir di mahkamah itu, menangis tanpa henti dan nyaris2 pengsan. Kesian pulak ED tengok dia. Menurut Ariel, dia redha akan keputusan ini kerana semua yang berlaku atas kehendak Tuhan.

 Kesian Luna Maya

Banyak kekeliruan yang ED nampak dalam kes ini. Tiada bukti kukuh untuh mendakwa Ariel dan Luna Maya bersalah. Jom kita sembang sumbang pasal kes ni.


Tajuk: Kekeliruan kes video porno Ariel

 kredit gambar www.the-indonesia.com

  1. Kenapa hanya Ariel yang ditangkap dan dipenjarakan? Padahal dalam video tu katanya ada Luna Maya dan Cut Tari. Kalau nak tangkap pelakunya, tangkap la tiga-tiga terus.
  2. Sepatutnya yang ditangkap adalah orang yang menyebar video tu je. Kenapa yang ditangkap Ariel? Ariel ke yang sebar video tu? Tak kan lah dia nak gali kubur untuk dia sendiri?
  3. Cut Tari mengaku dia adalah orang yang bersama Ariel dalam video yang kedua tersebar tetapi dia lupa masa dan lokasi kejadian. Boleh ke macam tu?
  4. Yang paling kusut, Cut Tari mengaku dia yang bersama Ariel dalam video tu tapi Ariel tak mengaku pulak? Yang mana 1 betul ni?
  5. Ariel ada mencipta puisi semasa di penjara tahanan. Puisi tersebut menceritakan kesedihan orang yang teraniaya (macam cerita hidup dia). Kalau diamati, macam dia dan Luna memang menjadi mangsa keadaan.?
ED minat lagu2 Peterpan. ED pun minat Luna Maya. Sebab tu ED nak share cerita pasal diorang ni. Okelah, setiap negara ada undang2. Biarlah undang2 mereka yang selesaikan. Yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan. Udada Ubabye!!




ED: Turut bersimpati kepada Luna Maya. Semoga ada keajaiban..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi