
Fara Fauzana
Hai, selamat berhujung minggu. Anda minat Fara Fauzana? Ya, dia dj Hot fm dan pengacara Melodi di TV3. Siapa yang minat Fara menjadi pengacara Melodi, bersiap2lah untuk kecewa kerana Fara Fauzana telah memutuskan untuk mengundurkan diri dalam program hiburan sensasi nombor 1 Malaysia itu. Alahai, Fafau! Kenapa mengundurkan diri? Walau apapun, kita mesti terima keputusan Fara kerana dia lebih tahu kenapa dia lakukan itu. Menurut Fara dalam blog Roti Kaya dia mengundurkan diri secara rela hati dan percaya pengacara yang bakal menggantikannya mampu buat yang lebih baik lagi.
Setakat ini, ED tak tahu bila Melodi akan memperkenalkan pengacara baru yang bakal menggantikan Fara. Ada desas-desus yang mengatakan bulan depan. Tapi dalam facebook Melodi, Zuan Vj (wartawan Melodi) menafikan khabar angin tersebut. Klik 2x pada gambar untuk membesarkan saiz gambar.
Kenyataan dari FB Melodi
Nantikan pengacara baru yang bakal menggantikan Fara dalam Melodi 2011. Kadang-kadang Melodi ni propa juga. Kalau Fara dah bagi tahu media yang dia dah mengundurkan diri, mesti la dalam masa terdekat ni juga Melodi akan bertukar pengacaranya. Kita layankan je..
ED nak ZZ pasal Fara Fauzana hari ini. Jom..
5 yang Zest tentang Fara Fauzana!
- Dj yang ceria. Banyak kali menang dj wanita popular ABPBH.
- Suara dia unik.
- Berjaya membantu menghidupkan rancangan Melodi dengan tagline nya "Layan!!"
- Tak sombong dan komited pada kerja
- Tak pernah dengar gosip buruk pasal dia. Tahniah!!
3 yang Zrett tentang Fara Fauzana!
- Rancangan Alahai Fafau kurang mendapat sambutan penonton.
- Filem Jin Notti lakonan beliau juga kurang memberansangkan.
- Pernah digelar anak emas Media Prima kerana banyak sangat dia terlibat dalam rancangan TV Media Prima.
Okelah, ED nak kongsi sikit pasal kemusykilan ED tentang awal tahun ini Melodi ada jemput Zizan dan Dira Abu Zahar sebagai pengacara jemputan Melodi. Dah dua kali mereka dijemput menjadi pengacara jemputan Melodi. Jangan2, mereka tak bakal pengacara baru Melodi? Sama-sama tunggu dan lihat. Udada Ubabye!!
Mungkinkah mereka bakal pengacara Melodi?
ED: kalau boleh, tukar Wahid sekali dalam rancangan Melodi. Dia tak sesuai la..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan